Jumaat, Mei 16

Siapakah lelaki misteri itu??!

Dear diary..
kejap tadi ada posmen pos laju ke rumahku membunyikan honnya yang membingitkan telinga. Aku tergesa-gesa meluru ke arahnya. Tudung pun senget-senget sebab terburu-buru nak bukak pintu suruh dia tunggu kejap. Kalau tak nanti payah pulak nak kena amik parcel kat pos ofis. Tak berapa lama lepas tu, aku pun keluarlah rumah. Nasib baik sempat sarung tudung yang besar² sikit cuma aurat tak sempurna ditutup tanpa stokin. Huhu..tak dapat lari dari aurat yang sempurna ditutup..Hmm..nak buat macamana ek..payah gak jadi pempuan nih! Tapi xpe, itu bukan isu besar nk diceritakan kat sini.


pastu posmen tu tanya," siapa punya surat ni, nama Qurratulain? ". Aku pun jawab, " hehe..saya!" sambil angkat tangan macam budak sekolah nak jawab soalan dalam kelas. Pastu, dia kata" Oh..ha sain kat sini. Nama dengan IC sekali.." Aku pun sain la nama ngan ic. Rupa²nye, surat dari USIM. Aku pun katalah.." haih..surat USIM ni pun pakai pos laju. Nape la pakai pos laju ek.." Tapi posmen tu takde respon pun. Usai turunkan tandatangan, aku pun masuklah rumah. Belum sempat nak tutup pintu kayu, ada orang bagi salam. Bunyi dia macam lain sikit. Aku ingat bangla mana la bagi salam. ni mesti kes nak jual karpet ke kan. Dengan agak takut², aku pun menjengah-jengah mencari arah suara..


Rupa-rupanya, seorang jejaka tampan! uish..masa tu belum sempat lagi nak analyse dia ni hensem ke x. Skrg ni je..aku terasa dia hense. Hmm..dia mintak bantuan derma untuk anak² yatim kat Afghanistan. Cara dia cakap tu..fuhh..dia cakap arab seh.ade la gak campur satu-dua perkataan melayu. Dia ade kuakan hadis pasal saudara. pstu ayat quran sape tolong saudara, Allah akan tolong kita. al mukmin ikhwah.. ade lagi la. Tapi itu yang aku paham. Mengasyikkan r.. tetiba ade sorang jejaka datang kat kita terus kuakan hadis ngan ayat quran. Tak ke macam syok sikit. Tapi memang r. dia cakap mengasyikkan. Tak tau nak kata macamana. Sedap r dengar dia ckp arab ngan aku. n aku mmg bleh paham r. Dia ckp arab xmcam org arab yg biasa aku dengar dorang ckp kat dlm bas or LRT yg habuk pun aku tak paham. Pastu, bila dia dah explen utk 30 saat, aku pun jawablah.." err..wait a minute..Intazirni!.. "hehe..dapat gak aku pk perkataan 'tunngu saya' dalam b.arab masa tu gak..suke aku!

Pastu, aku pun berlari la tinggalkan dia kat pintu, naik atas amik duit. Mama dengan anyah n abang sume kat atas. Mama n anyah sibuk hias katil. Yela esok kakak aku nak tunang. Aku ade rasa pelik r gak. Watpe nak hias katil daa.Bukan nak kawin pun..Hmm..biar je r mereka² dengan kerja mereka tuh..Aku pun masuk blik aku yang macam tongkang pecah tu, mencari duit nak bagi. Haizz..masa ni r, ak rase mmg aku macam dah lama tak pegang duit pun..huhu..korek²la kat laci.n tengok dompet kat handbag..haizz..no money maa..yg ade singgit 2.hmm xbest r lak bg singgit jek. dia dtg bukan slalu. cari punye cari..jumpe la khazanah dlm kantung. ade la 2 keping not wane merah. satu duit msia. satu lagi duit spore. dua² wane merah. hmm..nak bagi yg mn satu ni..nk bg spore ke nk bg msia. Aku terpk plak..nak bg duit spore ke..nt nak gune gi spore ke camne. tp pstu ak rs, ala bg je la. duit spore besar ape. tanpa pikir pnjg, akupun bg je la dua² tanpa pilih salah satu pun.

Pastu aku pun turun. Mama tak syak apa² sebab tadi mmg aku ada posmen. n pasal orang mintak derma ni mama tak tau pun. Aku Senyap² je.Dah turun aku hulur 2keping not tu. Aku kata " this one is malaysia money, n this one is Singapore money" pastu dia katala apa²..macam ckp time kasih la. tp dia tak sebut time kasih pun. Dia cakap dlm arab. Macam jazakallah..tapi dia ckp lagi pnjg..Aku pun tersengih² n sebut amin..amin..Pastu dia tanye
" Oh..You can speak arabic? " Aku jwb.." Yea..sikit-sikit. qolillan.."
" Are you from madrasah tahfiz? i am mu'allim fi madrasah tahfiz fi afghanistan." pastu dia tunjuk kad guru dia. Hmm..ak belek2 sesaat dua..Menarik gak mamat sorang ni..

tapi aku tak jawab pun, aku madrasah tahfiz ke ape..sbb aku tak tau nak jawab ape. So, aku just tunjuk excited kat dia..Woaa..tahfiz..alquran 30 juzuk?" Dia pun angguk². pastu dia ucap.jazakallah..ilalliqa' ma'assalamah..aku plak tak tau nk jawab ape balik sbb dah sume dia sebut. patut aku yg jwb ma'assalamah..haizz...

Bila dia dah blah..aku pun naik atas..Hmm..ntah napa aku rasa semacam. Ntah r. Baru aku perasan dia seorang yang sangat² baik rupanya. Belum pernah lagi aku jumpa lelaki sehebat rupa dia. Aku terasa macam malaikat plak yang datang tadi. dahla tiba2. pastu cakap b.arab yang mengasyikkan. Buat aku memang terpesona! tapi bila dia sebut tahfiz..teringat aku darul quran..huhu..Hmm..hafal 30 juzuk..! kagum aku. tapi memangla, lepas tu aku dah macam berangan da..haizz..mentang² kakak aku nak tunang, penangan dier macam aku lak terasa. Aku macam berangan nak kawin laki macam tu..hohoho..Salahke nak berangan ek..kawin laki arab? Hmm..aku tak fikir jauh² just berangan sikit je. tapi dat guy, ntah nape aku rasa mcm misteri..smp dalam ati aku berbisik, "ya Allah bagilah aku jodoh yang baik..mcm laki tu ke.." Oh..cik Qurratul dah mula berangan.. hoho..

aku terfikir satu benda,..
seronoknye dpt cakap arab..jumpe orang arab. terasa macam nak masuk UIA r plak! bleh jumpe org arab..hoho.. teringat plak aku pasal UK..huhu..sanggup ke aku nak pergi UK..nanti xdpt nak belajar arab..hmm..dapat ke aku berpisah dgn b.arab.? hoho...rs mcm xsanggup lak..well..sume ni mesti ada hikmah dier kan!..cuma aku kene tahan dari rase jeles ngn org len..and rasa bersyukur yang sangat²..huhu..

tapi memang la. aku rasa agak lain. Sebab aku rasakan wajah dia seakan-akan berseri. Apa yang dia cakap pun, penuh dengan hikmah. Somehow aku terasa, macam akhlak mulia jelas terpancar. Walau pun kita dengan dia hanya sebentar. Lepas tu aku terfikir satu perkara..Kalaulah Rasulullah, pasti jauh lebih baik dari lelaki tu. Itu baru je aku nampak akhlak yang ditunjukkan oleh salah seorang umat baginda Kalau Nabi sendiri, mesti percakapan dia lebih lemah lembut n lebih halus. Lepas tu kan, terus aku rasa macam terbit rasa cinta kat Rasulullah. Aku terfikir lak..harni hari jumaat..Mane la tau kot yang datang tadi tu malaikat yang nak menguji. Aku terasa dia macam malaikat r plak! Ntah ape pasal aku rasa macam tu. Maybe Sebab sangat elok n abik paras rupa dia. Subhanallah! Aku tak tau nak gambarkan macamana. Terasa macam terpikat ngan mamat tu pun ade..Haizz..bleh plak terasa angau untuk sesaat. Hmm.. terbit pulak rasa kasih aku pada Nabi..secara tiba². terus aku rasa, aku nak ikut akhlak Nabi. yang sampai buat orang lain rasa sayang, rasa hormat ,terpegun n terpikat dengan akhlaknya. Hmm..patutla ade orang boleh masuk Islam hanya sebab terpikat dengan akhlak nabi. Sebab rasa terpikat tu, membuatkan seseorang tu rasa mcm nak ikut orang yg terpikat tu..Macam tu la kot ape yg aku rasa ..Aku pun terfikir lagi n teringat pesanan Habib Hassan. Kalau orang yang cinta Nabi, dia akan ikut akhlak nabi, pesanan nabi..Aku pun, rasa kalau macamtu, aku kenela jadi rajin² tolong mama. jadi anak baik. Sebab, itu bukti aku sayang nabi. haih..ntah nape la dari lepas jumpa 'jejaka misteri' tu boleh terbit pulak rasa sayang kat Nabi. Alhamdulillah. Mungkin ini taufik hari Jumaat kot..

Ape²pun ..entri ni xde ape² sangat Just mencuri² nak posting gak..sebab rasa macam something n tak tahan nak rasa nak posting. Semalam, aku chat dengan Bro. ImKoyube. n dia offer jadi admin iLuvislam. Wah..tak sangka² dapat..Buat aku tersenyum je sepanjang malam tadi. Memang hajat di hati nak jadi sebahagian dari team dorang..tapi aku takdela mengharap sangat melihat sape la aku ni..Alhamdulilah aku terpilih dari kalangan yang ada. dalam nak lipat kain, suara hati membisik ..

Aku tak mahu hidup dihantui penyesalan
Aku tak mahu hidup dalam kesedihan
Aku tak mahu hidup yang menyesatkan

Aku mahukan hidup yang damai
Aku mahukan hidup yang penuh rasa kesyukuran
Aku mahukan hidup yang ada keceriaan dan kebahagiaan

Penyesalan dan kedukaan..Nyahlah dari hidupku!
Kerana aku hanya mahukan cahaya Islam menyinari hidupku.
Indahnya hidup dengan Islam.
tak perlu rasa kecewa atas takdir ketentuan'Nya
tak perlu rasa sedih dengan ketetapan Ilahi
tak perlu rasa menyesal dengan keputusan yang dipilih.

kerana itu, aku mahu berdamping dengan ILahi
agar menyimbah hati ini dengan ketenangan
kebahagiaan dan kedamaian walau dimana ku berada.
kerana walau dimana ku berada..
Aku tetap di BUMI ALLAH.

janganlah bersedih wahai diriku..
walau tak dapat seperti yang diharapkan.
Mungkin pintu itu, tertutup di suatu masa
Dan akan tiba suatu masa dibuka..

Yup..xmo sedey²! sebab kite org beriman.
Ya Allah kuatkan hatiku menahan rasa hati...


*huhu..agak rasa jeles bila dgr or tgk bdk2 overc..somehow, i'm still finding how to pujuk my hati to just bear for it..

Ok..dah lepas ape yg tertahan..pasni struggle kemas bilik! Aja²..fightin'!
A day before my sis's engagement. Tomorrow i'll be the camerawoman hehe..

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,...

drpd post enti..gaye nye mcm akan smbung bljar UK..
am i right?..
ana tgh mencari2 teman2 malaysia yg dpt buat A level Uk nie...

everjihad berkata...

wa'alaikumsalam..
huhu..ana xdpt ke UK la. masihhu dalam proses rayuan JPA lg..kalau ade rezeki dpt la..

huhu..

Tanpa Nama berkata...

haha!
gle r ko!
kwn ngan pak arab siot..
haha!
amin2..
semoga berjaya!
aku pun camerwoman, tukang bsh pnggn!
tukang makan (yg nih plg xsket)..
aku smpt mkn nasi lemak jer!
haha

-aliah fatin-

everjihad berkata...

heh...dah kata aku gler..
then doakan lak..
ape2 aku aminkan aje alang2 dah ade yg nk mendoakan, kan..
y not? 'rezeki' jgn ditolak, maut jgn dicari! hahakzz =P

chewwah..wish aku 'semoga berjaya'..haha..

weh aliah ..ada maksud 'tersirat' ke sebalik wish tu..semoga berjaya..
huahua...semoga berjaya kawin ngn laki arab ke??

haha..ko niii..xbleh bla btol!


hmm..ak rs ak tersilap tittle r. ak mane ade pegang camera daa...aku pgn video cam..it should be videowoman. tp mcm pelik n semacam lakk bunyi dier...O_o hoho..

hmm..weh..ko komen tau personaliti kat post ak tu. org yg lahir bln mei. ak nak komen JUJUR. xkisah r camne pon. ak nak jugak. lagi panjang lagi bagus! komen setiap satu. mcm analisis yg ak wat tu. tp ak xwat abis agi.xkisah r ko nk wat certain2 part dulu ke.

ko nak asingkan yg mana ko agree yg mana ko xagree ke..ape2 je r.ikut suke. or nk wat berepisod pun boleyy.^_^

KUTUKAN membina amat DIALU-ALUKAN. PUJIAN membodek atau mengampu tidak dialu-alukan or in other word, DILARANG sama sekali. nak puji biar seikhlas or setulus hati..ngeh3..=P ( eh ak serius ni tau! jgn ingat ak main2 lak. although ak mmg tulis scr sempoiii mcm ni.)

daa...i am waitin for your comment!

Tanpa Nama berkata...

uikss..
npe tulisn nie tetibe tukar kuning?..
camne nk bace..
x jelas la..
penin pale..

Ahmad Saifuddin Amran berkata...

Di sini (Jordan) akhowat Melayu sibuk tak nak kahwin dengan lelaki Arab walaupun ada yang dioffer. Akhowat di Malaysia pula sibuk nak kahwin dengan Arab ye.

Kalau nak saya boleh rekomenkan. =D

everjihad berkata...

saje dibuat kuning. sbb tak nak bg org bc..hoho..tp publish gak..mcm ape jek..

ntah r. nama pun dear diary..

terasa segan sikit kalo org baca.(seriously).just deep from my heart

everjihad berkata...

to tanpa nama..
saje dibuat kuning. sbb tak nak bg org bc..hoho..tp publish gak..mcm ape jek..

ntah r. nama pun dear diary..

terasa segan sikit kalo org baca.(seriously).just deep from my heart talks like that.

to ahmad saifuddin,
terima kasih sudi berkunjung..

aiseh ..
org bkn sibuk nk kawin laa..
huaa..xterfikir pun nk kawin ms nii..
sibuk nk masuk U ade laa..huhu..

kalau nak, boleh rekomenkan?

wah..adakah ini satu peluang?
hahakss..

hmm..ntah r.no comment..(org xsiyess sgt laa..)=P

Aurora Trading & Services berkata...

salam

fuyooo...

itu je yg mmpu terkata...ok salam

Bashir IbnDzul berkata...

salam..
ana tak pkai fuyyo, ana pakai pergh...
huhu..

everjihad berkata...

huh..

pergh..
fuyoo..

hmm...
nak komen ape sbnrnye??
tak dpt tgkp mksud tersirat laa..
huaa T___T