Bismillah..
Aku terfikir satu perkara tatkala sedang berchatting dengan sorang member di YM. Dia mempamerkan gambarnya yang tidak bertudung. Senang cerita gambar dia tu tak tutup aurat. Boleh tahan cantik orangnya. Sekali memandang boleh tertarik kerana ke'cun'an wajahnya dengan lirikan senyuman yang menawan. Walau aku seorang perempuan, aku juga boleh rasa tertawan dek kerana cun nya dia. tapi xde nafsu la ek..ak ni tetap seorang perempuan sejati. Tak bernafsu sesama perempuan. Tapi yang pasti, aku membayangkan, kalaulah lelaki apatah lagi boleh tertawan. Itu bagi lelaki yang bernafsu dan bagi yang beriman pasti nafsu itu dapat dikawal. Insyaallah. Tapi ini bukan pokok persoalan utama dalam entri kali ni.
Ok, aku nak ajak berfikir tentang satu benda. Mari kita dalami kepada satu persoalan.
Masa aku chat ngan member ni, aku terfikir satu benda. Apa patut aku buat ek nak dakwah dia ni bagi pakai tudung? hmm nak bagi dia pakai tudung nmpk mcm melampau lak. nak dakwah bukan nak tengok kesan berjaya ke x. yang penting usahanya. ni dakwah pun tak lagi..nak harap hasil n kesan jek..Muka dah cun. Aku terfikir-fikir..mcmana la nk try dakwah kat dia ni..Karang kalau xckp, tanggungjawab xlepas. Dah tu, aku terfikir bila tengok muka dia yang jelita tu..terbayang-bayang aku ..haih kalo kat akhirat kang dia persoalkan aku macamana? Maksud aku, ye la.. Apa yang dia buat tu aku xpernah pulak sekali2 larang ke..tapi nampak macam aku gembira plak ngan perlakuan dia. Langsung tak tunjuk apa yg dia buat tu tak betul atau senang ckp, tegur dia pun. Hmm..ckp psl tegur ni, aku teringat plak kisah aku kat sekolah..
Alkisah..
Aku dulu seorang pustakawan. Pakai baju warna peach. Hari-hari mestila pakai tudung kan. Cuma pada suatu masa tu, aku tak pakai badge. Sebab ntah macamana badge tu, bila masuk washing mashine dia tercabut skx. Dia tak kuat n aku plak tak jahit. Bermula dia tak cabut tu, aku xde la pakai lencana gi sekolah. Kalau mengikut akta dan peraturan sekolah..hehe..tak pakai lencana tu boleh kena 5 mata penalti sebagai hukuman. n diwajibkan pegi beli masa tu gak n tampal or pin kat baju or tudung. So, nak dijadikan ceritanye..bila aku tak pakai lencana, aku tau aku wat salah. Memang aku tau tak pakai lencana tu satu kesalahan. Hampir seminggu aku tak pakai, xde orang tegur. Dalam erti kata lain, yang mesti dan sepatutnya tegur berbanding orang lain is pengawas la kan. Haih..dalam hati aku,
" aku kawan dengan penolong ketua pengawas. Kamcing memang kamcing. tapi dia xde plak tegur aku...Meaning, ape aku wat ni xde r salah mane..dah xde org tegur.."
Tapi, at last, ada spotcheck perhimpunan..Haih..dah nama spotcheck..for sure xbleh lari. So masa tu, kena la gak tegur tak pakai lencana. tapi xde kena denda sbb pengawas kamcing2. n masa tu peraturan longgar.
Nak tunjuk kat sini, apa yang aku alami sendiri..
Aku masih meneruskan perbuatan yang salah tu(tak pakai lencana) walau aku memang ada rasa bersalah pon..tp lama2 aku rasa macam tak bersalah sebab TAKDE ORANG TEGUR. Masa tu ak rs mcm " ala xpe la wat..bukan ade org tegur pun. kalo xde org tegur..meaning xde r salah sgt.." Mcm tu r lebey kurg perasaan dia. Perasaan bila kita wat salah, tapi xde org tegur, so kita rasa mcm xde r salah sgt..n teruskan dgn 'kesalahan' tu. Sampai bila kita nak buat salah? Itu persoalan lain. Sebab aku nak bincang benda lain kat sini.
Jadi, inilah yang aku nak asimilasikan. macam member aku yang cun tadi tu la. Aku takut nanti kat akhirat karang, dia 'fire' aku balik = dia tunding jari kat aku.
" Oh..aku kat dunia aritu xpakai tudung, ko tak tegur pun aku kan! Aku wat salah nape ko tak tegur?"
Hmm..itulah yang aku terbayang kat benak fikiran. Lantas membuatkan aku rasa macam satu tanggungjawab plak. Mungkin ini satu cara patut kita gunakan bila kita berjumpa dengan perkara yang mungkar depan kita., kita fikir macam tu. Kalau kita tak tegur (tegur = cegah), cuba bayangkan nanti kat akhirat dia 'fire' kita nanti kang..camne? So, mau tak mau, baru terasa.."oh aku kena buat sesuatu!!" nak tegur ke or apa2 ..n nak bagitau yang perbuatan dia tu salah!Kat situ baru kita akan terasa ini satu tanggunjawab. Untuk melepaskan tanggungjawab ni kita mesti buat sesuatu. Nak sampaikan kat dia supaya tanggungjawab kita terlepas! Supaya kita selamat kat akhirat n member kita tu pun selamat dunia akhirat. Inilah keuntungan bersama! Wah bagusnya agama Islam ni kan..
Pedulisme
Pedulikah kita? Mungkin sebab dah biasa jumpa dimana2 orang tak bertudung. Lantas mencetus satu fenomena yang lazim dan membuatkan kita rasa ini perkara biasa. Ya, ini perkara biasa. Namun adakah kita menanganinya dengan biasa juga? Aku terfikir satu perkara..masa aku tengah syok2 sidai kain. .
Aku ni suka cegah orang dari wat perkara mungkar. Senang kata macam aku tak suka nak tengok perkara mungkar berlaku depan mata. Walau aku tak suka, tapi aku pun sebenarnya takde plak pegi cegah. Or buat sesuatulah..huhu..Sedey jugak melihat mereka2 yang buat kemungkaran n diri aku yang xcegah kemungkaran ni. Kadang-kadang tu terbabas pulak. Sampai nilai asas - PEDULI itu semakin pudar. Nauzubillah..
Persoalannya, walau kita peduli, adakah kita benar-benar peduli? Ok beb, cuba tengok, dalam hari-hari kita doa..ada x kita selit orang yang kita nak dakwah tu sama2 sekali? Huhu..kalau aku, secara peribadi totally mungkin 1%. Mencegah kemungkaran tu pun ada 3 peringkat n 3 cara.
3 cara nahi mungkar
1) tangan (kuasa)
2)Lidah (lisan)
3) Hati
Hati tu la selemah2 iman. Kalo iman up sikit, kita bagila dia peringatan or teguran. tapi dalam selemah-lemah iman tu pun, aku rasa doa itu senjata kita. Senjata bagi orang yang beriman. Dalam banyak-banyak senjata, kita takde pulak guna senjata yang satu ni. which is DOA. huhu..aku pun kadang2 terperasan benda ni. Kadang kita sibuk dakwah macam2. tapi terlupa nak doa untuk orang yang kita dakwahkan tu. Doa pun termasuk dalam pedulisme. Kita berdoa sebab kita peduli pada mereka. Kerana itu kita berdoa. Sebagai senjata dan selemah-lemah cara. Mudah-mudahan dia mendapat taufik n hidayah atas makbulnya doa kita. Sebab, aku pernah dengar antara doa yang makbul, ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya. tetapi sahabatnya tidak tahu kita doakan dia. Jadi, dengan doa, mungkin masalah boleh jadi berkurang.
Ajak buat baik, Cegah buat mungkar
Saja aku tukar, dari jahat to mungkar. walau baik tu lawan dia jahat. Sebab aku terfikir lak, nanti ada orang mungkin boleh persoalkan. Tak pakai tudung tu jahat ke? hehe..nak kata jahat macam pelik plak. Jadi better guna mungkar. So orang terus faham. Tak pakai tudung tu perkara mungkar. Aku terfikir lagi, dalam nak cegah, xbleh senang-senang macam tu nak condemn or cegah. Kena bagi mad'u(org yg nk didakwah = ditegur) tu faham. Kalau tak dapat nak cegah secara terang, at least cuba bagi dia dapatkan kefahaman. Semalam aku ada chatting ngan sorang member ni lagi. Dia study kat Uniten.
Nur Ain: Long time no see. Where r u now?
Siti : Sy study kat uniten skrg.
Nur Ain: Ouh..Da mula ek?
Siti: A'a. Dari Jan lagi..
Nur Ain: Macamana life in U?
Siti: Ok la. Best n agak bebas. Tapi the time is very flexible. You really need to know how to
manage.
Nur Ain: oh..quite killing ek kalau mcm tu..
Siti: Ala, dont worried, somehow when u r in it then u slowly can adapt with the situation.
Nur Ain: I c..So, can I ask you some question?
Siti: Sure. Nak tanye ape?
Nur Ain: erm,..how you approach your friend that are not wearing tudung?
Siti: Oh. roomate saya pun xpakai tudung. Somehow, i try to tunjuk benda baik2 la. mcm bc
quran dlm bilik..
Nur Ain: oh..
Siti: Ala, dorang bukan tak tau tu salah. Tapi kita kena pandai2 la..
Nur Ain: Hmm..you are right. But isn't that wht you did is just amar ma'ruf..Somehow where is the nahi mungkar?
Where is the Nahi Mungkar?
Ya where is the nahi mungkar?? She dont answer me..Gurlpp..=O. Yup. Selama ni rata-ratanya kita biasa ajak orang buat baik. Ajak ke arah kebaikan. Kita buat blog. Tulis benda-benda baik. Rata-ratanya mungkin seharian hari kita benda-benda yang baik. Insyaallah. Tapi bila berhadapan dengan perkara mungkar, adakah kita mencegah? Secara tak sedar, kadang-kadang kita tak cegah pun. Kita ajak buat baik je. Jumpa dgn org2 mcm ni, kita ajak dia buat baik. Ajak dia kpd benda2 baik. But somehow, dimanakah pencegahan? Kalau tak dengan tangan, guna lidah kalau lemah guna hati. Kalau dengan hati je pun, kita belum selamat sepenuhnya kerana tanggungjawab masih tidak terlepas kerana kita pasti akan ditanya di akhirat kelak.
"Apakah usaha kamu untuk mencegah perkara mungkar..?"
"Oh saya cegah dengan hati je.."
Hmm..Agak-agak macamanalah penerimaan bg jawapan tu..
Ya..itulah selemah iman. Kita membenci perbuatan mungkar. Hati kita benci. Namun, apa buktinya kita benci? Apa buktinya kita tak suka? Apa buktinya kita kasihan sesama saudara kita yang melakukan kemungkaran. Nabi s.a.w pun ada pernah bersabda. Tak sempurna iman selagi mana kita tak kasih kat saudara kita macam kita kasih diri kita.
Kita nak selamat dari api neraka jadi sama gak. Macam kita nak kawan kita selamat dari api neraka. Kita benci perkara mungkar yang dilakukan pada masa yang sama kita perlu ada rasa KASIHAN pada dia. Sebab dia buat perkara yang tidak diredhoi Allah. Lantas, buktinya kita perlu lakukan sesuatu. Mungkin dengan BERDOA. Kita doakan kawan kita, sebab kita rasa kesian kat dia. Jadi, kita doakan dia dengan harapan dia dapat taufik dan berubah. Itu salah satu bukti yang ada untuk menjawab pertanyaan di akhirat kelak.~ Apakah bukti kita membenci perkara mungkar?
(bahagian lps ni bukan tulisan asli aku, tp point tmbhn dari blog orang lain.)
Sungguhpun jihad hati ini merupakan selemah-lemah jihad, tidak seharusnya ia dilupakan. Bahkan, menurut Sa’id Hawwa, ia adalah satu tuntutan yang tidak diberikan keringanan (rukhsoh) kecuali dengan alasan yang kukuh. Sebab itu dalam hadith di atas, jihad dengan hati diletakkan sebagai jihad yang terakhir. Ahli-ahli fiqh berpendapat bahawa perbuatan berdiam diri daripada mencegah kemungkaran akan mengundang kepada dosa, kecuali jika dia betul-betul lemah dan tidak berupaya daripada menghalangnya. Walaubagaimanpun, yang sebaik–baik kaedah ialah dia melakukan usaha untuk mencegahnya dan dalam keadaan ini sekiranya dia dibunuh maka hukumnya syahid.
“Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu yang mungkar, hendaklah ia mengubahnya dengan tangan jika ia tidak boleh hendaklah ia mengubah dengan lidahnya dan jika ia tidak boleh hendaklah mengubahnya dengan hati. Demikian adalah selemah-lemah iman.”
Sa’id Hawwa meletakkan jihad dengan hati boleh dilakukan sekiranya berhadapan dengan 2 keadaan. Pertama, dia yakin dan pasti bahawa sekiranya perbuatan seseorang menyuruh kepada ma’ruf atau mencegah daripada kemungkaran itu tidak akan memberi sebarang kesan. Dalam ertikata yang lain, sebarang perubahan positif tidak akan tercapai. Nabi berpesan di dalam hadithnya : Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata benar atau hendaklah ia diam…..”(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Kedua, perkara yang diambil kira sebelum gugurnya perintah al-amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar ialah dhorar atau risiko yang mungkin terpaksa dihadapi oleh seseorang. Dalam situasi ini, Islam telah menggariskan bahawa sekiranya risiko yang terpaksa dihadapi setakat penghinaan, cacian, dikatakan riya’ atau sebagainya yang tidak membahayakan nyawa sendiri atau orang lain, maka tidak timbul soal gugurnya perintah berdakwah ini. Malah Allah memberikan kekuatan kepada umatnya supaya bersabar menghadapi situasi ini. Sekiranya perkara yang sebaliknya yang akan berlaku, maka keringanan ini dibolehkan.
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 17.
Maksudnya : Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
Jihad dengan hati bukanlah bermaksud hati itu mati, tetapi seharusnya kita berusaha untuk melaksanakan perintah al-amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar sekadar yang termampu. Sekurang-kurangnya kita berazam dan menanam tekad bahawa tidak akan terlibat sama dalam perkara maksiat. Hati mestilah menjauhi perkara maksiat. Kalau hati tidak bersifat demikian maka hati itu telah terkeluar daripada Islam.
Wallahu’alam.
Sekadar lontaran dan komentar.
Sesama la kita praktikkan ek..
3 ulasan:
salam
mmg ape yg awk tulis nih merupakan realiti yang berlaku dlm m'kat kita,,mmg tk dpt dinafikan,,
tp klu nk bgtau dkt member awk tuh mgkn bleh gna uslub puji 10 tegur 3
mknenye awk puji dia kata "dia cantik,lawa,manis" pastu awk tegur dia kata "awk nih lg cantik klu pakai tudung sbb tudung nih tuntutan agama"nih yg sy dpt dr sahabat sy la
posting yg bagus...bukan sebab xtau, tp sbb dh dilupakan oleh msyrkt islam skrg...mungkin puncanya ialah sistem pendidikan semasa dan kebiasaan (salah) yg berterusan...kene wat something ni...
to aiman :
wassalam. hmm..good idea..nak tegur pun kena berhikmah ek..
huhu..kadang terfikir-fikir caranye.but somehow, tak berani menyuarakan..
itulah yg lemahnye...huhu..camne nak buat ek..bila tiba mcm tu? =(
to hanif:
Alhamdulilah. first time wat posting mcm ni..huhu...
yup! mmg kene wat something! nak wat camne ek? wht do u think? any ideas? somehow..sy still baru dakwah-dakwah ni..tak tau sangat selok belok or cara nk dakwah..huhu
Catat Ulasan