Sabtu, Mei 10

Adakah perlu ditangisi?

Assalamu'alaikum pembuka bicara.
Salam ke atas kalian baik jin mahupun manusia..

Hari ini dan semalam hari yang cukup mendebarkan.
Tergerak hati untuk membuat sedikit coretan hati..

Semalam internet rumahku sedikit terganggu lantas membantutkan hasrat untuk menyemak keputusan Biasiswa Luar Negara JPA.

Adakah hari ini hari mendukacitakan?

Entah seakan hari ini kurasakan berbeza dari hari yang lain. Ibarat impian meninggal kenangan. Di sana aku lepaskan yang menunggu berkecai harapan. Ya, hari ini hari pendaftaran Darul Quran dan hari ini hari jawapan kepada segala penantian. Melepaskan satu peluang menanti peluang yang lain namun peluang yang ditunggu tidak seperti yang diharap.huhu..tipulah kalau tak rasa sedih. rasa macam nak nangis je!! tp aku tahan.. i dont want to cry. qurratul dah besar kan..huhu..tp bila org yg mula tanya.~abah~ dpt jpa ke x? aku jawab xdpt. dengan tak tertahan terus hilang segala kekuatan lantas berguguranlah beberapa titis air mata kesedihan...tp tetap kaver2 dpn abah.

Aku pasrah Ya Allah.

Andai ini satu dugaan, jadikan aku orang yang bersabar dan redho dengan ketentuanmu.
Seseunggunnha aku yang lemah, jahil lagi hina dalam memahami hakikat takdirmu, maka berilah petunjukMu moga aku tergolong dalam golongan orang yang Kau beri petunjuk.


Syukran ya akhi zamil kerana memberi secebis kekuatan di saat hati terasa duka sebentar.

Tidak perlu ditangisi apa yang bukan milik kita.


Teringat aku dengan satu ucapan yang sering aku ucapkan kepada mereka yang bersedih dalam hidup kerana mendapat sesuatu musibah atau sesuatu yang tak seperti mereka harapkan..

La tahzan! Jangan bersedih..


Hidup ini amat singkat untuk berasa sedih. Kesedihan hanyalah suatu yang tidak dapat memberi kekuatan malah akan menyebabkan diri lebih mudah dipengaruhi syaitan. Aku tidak mahu dipengaruhi oleh makhluk terkutuk itu lantas aku cuba memujuk diri menerima kenyataan dan ketentuan Ilahi. Aku tidak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku namun dalam masa yang sama aku tidak mahu menyalahkan diri kerana menyalahkan diri serupa sahaja seperti menyalahkan takdir. Mungkin hanya berupaya mengaku diri ini masih mempunyai banyak kelemahan. Namun kelemahan bukanlah untuk diratapi tetapi untuk diatasi dan diperbaiki.

Mungkin juga usaha yang belum mencukupi? Cukupkah doa? Cukupkah usaha?
Oh adakah aku tersalah faham. Allah itu tidak perlu bersandar pada usaha kita. Allah Maha Berkuasa. Andai Dia mahukan, pasti dia akan beri. Allah tu Maha Adil. Andai aku dah berusaha, maka natijahnya apa yang aku usahakan. Namun, andai tidak berjaya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Dia Maha mengetahui perkara di masa hadapan. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku. Jadi, xperlu gusar akan keputusan ini. Mungkin ini yang terbaik juga ini satu ujian. Menguji adakah aku bertambah keimanan atau berkurang..Aku pasrah ya Allah. KepadaMu jualah aku berserah dan mengharap. Tiada kekuatan melainkan Engkau. tiada juga kuasa melainkan Dikau.


Wahai diriku cahaya penyejuk mata..
Orang beriman tak boleh bersedih dengan takdir. Orang beriman itu orang yang kuat. Orang yang beriman tak mengenal erti kalah. Orang beriman tak pernah jemu memohon. Orang beriman tidak pernah kecewa. Orang beriman tak akan berputus asa. Orang beriman tu kan sentiasa kuat semangat. Ya! Aku mahu jadi orang yang beriman dan bertakwa. Tak akan mengalah dengan dugaan.


Hidup perlu diteruskan dengan semangat perjuangan. Mari berjuang! Seperti nama penaku..everjihad = Sentiasa berjuang
Aja2!!Fightin'..

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

la tahzan nur ain.
kerana saudari jauh lebih bertuah dari orang lain, termasuk saya.
saudari memperolehi keputusan
yang cemerlang di dalam spm & dengan itu saudari berjaya mendapat temuduga jpa.
tapi saya?
dengan keputusan yang mengecewakan,
sudah tentu banyak lagi kesulitan yang terpaksa saya lalui.
oleh itu, bersyukurlah.
mungkin rezeki saudari tidak ada di tempat itu..
=)

everjihad berkata...

Syukran.
Yup. saya sedar pasal itu. kerana itu, sy cuba memujuk hati untuk melihat ini sebagai ujian dan dugaan. Saya juga nmpk, di sini perlu lebih bnyk bersyukur. Rahmat dan ujian.

Terima Kasih menyedarkan.
Kesilapan yang lalu moga kita perbaiki bersama.

Tiada istilah gagal jika kita berusaha.
Apa2pun, moga tanpa nama sukses ye.Saya doakan. Mudah2an. Kita berjaya dunia akhirat.

Tidak diciptakan sesuatu itu olehNya sia2 belaka.
Pasti punya hikmah dan rahsia di sebalik semua yang terjadi.
Moga ini menjadi pedoman penawar buat orang yang beriman. Amin.

Tanpa Nama berkata...

qurratul!
aku sntiase doakn ko!
semoga kter same2 success..
amin..
ingat ade hikmatnye ape yg terjadi k!
mayb tyme nih bkn rezeki ko!
ingat..
Allah Maha Mengetahui..
kte rancang..
die tentukn!
u r da best!
just remember that!
pe2 jd i'll always be by ur side..
no matter whenever n whatever will heppens k!
best fren 4 eva!

-aliah fatin-

p/s: just want to say that i love u so much =)

everjihad berkata...

haha..touching ak doww..

xbleh blah r ayat ko..
luv u so much!
wakaka..sejak bila la ko jadi minah jiwang..

tp xpe..bagus tuk friendship..(ngan pempuan je tau!!!)

hehe..teruskan kejiwanganmu..aliah-san. Moga ukhuwah kita terus subur mekar mewangi.

Ukhuwah fillah, sis! ^^

Tanpa Nama berkata...

ceh kuang asam kO!
aku ckp tol2 ko ingat aku main2 ek!
xsnonoh tol..
haha!

-aliah fatin-

everjihad berkata...

heh..tak senonoh??

=P..xde r..ak ingt ko dh bnyk terpengaruh ngn cite2 jepun or korea punye love story kan..

aishiteru..
sarang neh yoo..

hoho..

ala..skg ni ak ketawakan ko..tp ms hari tu ak touch doww..hoho..

everjihad berkata...

di saat orang lain gembira sangat2, kita menanggung kecewa. mungkin inilah kehidupan. di saat kita gembira ada insan yang berduka. maka pokoknya, kita perlu sentiasa rasa bersyukur hatta dalam berduka. kerana masih ada lagi insan yang tak senasib mcm kita n lagi teruk dari kita.

Bersyukur dengan apa yang ada.
Redho dengan apa yang tiada.
Insya Allah hidup kan bahagia...^_^

hanif_m_noor berkata...

emm, sy nk tnye, awk kate mase SPM skola awk xde twrkn sbjk B Arab, mksdnye awk xskolah agm (menengah)...kt mn awk blaja agama? i'm just wondering...sy tnye bkn sy kate awk xblaja agma, tp sy nmpk mcm sblknye...


p/s: sy tnye je...bc tulisan awk pon baru 2...dah nk buat ksmpln...ha3

everjihad berkata...

hanif's say :
sy tnye bkn sy kate awk xblaja agma, tp sy nmpk mcm sblknye.

my say:
hmm..xpaham..
amik b.arab sorang2..erm blaja ngn ade ust ni. luar waktu sekolah. tp mula belajar ikut silibus mase f5. huhu..masa f4 ade r blaja sket2. pastu soalan akhir tahun f4 import dari kuala selangor. markah teruk jugak sbb xbelajar. kantoi bila nk 'irab..
yg best, mase da dkt SPM lg seminggu, ada Ust SBPI Gombak ajak join bengkel dia buat. so ikut la.ada la jugak yg kua ms spm. tp mmg soalan tu direct dr bku teks. kebetulan ms bengkel tu ust tu ajar part tu. seronok la ms jwb...huhu..tp masa kertas 2, sy nangis sbb xbole nk jwb. part yg blkg to agk confuse n tak paham soalan. huhu..nak pulak ketua pengawas dier india n xde sorang pun tau b.arab..!mmg..killing. .tp nangis snyp2 la..huhu..tawakal jek lps tu..alhamdulillah dpt A2 SPM. tp sedey gak. sbb trial sy dpt A1.huhu..trial sgor soklan dier agk sng rsnye.trial sbp pun bole thn. cuma spm ni je rs mcm soklan dier xbleh bla..tp ape2pun tetap bersyukur..

haizz dh terlebey pnjg r lak..
err..terjawab ke soalan td? hoho..sorila kalau jwpn dh keluar tajuk n terpesong..=P

hanif_m_noor berkata...

xpela, xpyh jwbla soklan tu...x pnting+merepek je...abaikan...

A2? Wah, hebat r tuh! kwn2 sy pon rmi yg xdpt A...sdgkn diorang blaja berguru+agak pandai gak la...

everjihad berkata...

to hanif:

hmm..pelik jugak ek..
rsnye ade something la tu yg Allah nk tunjuk la tuh..

tp mmg benda tu pun terjadi kat sy.hohoho.. subjek yg tmbh n xde kelas formal mcm akaun,perdagangan n tasawur sume dpt A. tp subjek yg blaja dlm kelas mcm fizik chem..kantoi..