Jumaat, Disember 14

give in


Give (in charity) and do not give reluctantly lest Allah should give you in a limited amount; and do not withhold your money lest Allah should withhold it from you (Bukhari)

Rabu, Disember 5

menyulam mujahadah

kredit : gugel

Akal diasah dengan ilmu. Pemikiran diasah dengan pengetahuan. Sikap diasah dengan pengalaman. Lain benar bagi hati, ia diasah dengan mujahadah.

Hati tidak kemana, tiada erti, tiada harga, tanpa ujian mujahadah. Jadi mujahadah ialah murabbi bagi sang hati.

Tanpa mujahadah, iman tidak akan bertambah.

Tanpa iman, siapalah kita?

kopipasta dari sini

Selasa, November 20

I need to decide!

bismillah

di saat manusia sekeliling mengejar dunia, dan termasuk aku jua yang seakan-seakan terhanyut dengan arus yang deras menarikku, Allah mengarah ke suatu arus yang perlahan menentang arus.

subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.

saat pertama kali aku melangkah ke sekolah alhidayah, hanya satu yang terbit dari hati dan fikiranku. "I feel peace". Truly. Perasaan yang aku rasa subhnallah. Tenang. Rasa selamat. I feel secure to be there. I feel I'm safe. Saving myself from hellfire. Saving myself from sinning.

suatu perasaan yang cukup indah bila bersama mereka, melihat nur iman di wajah mereka yang terbit dari hati yang suci mahu memahami kalamullah. Setiap bait kata-kata yang ditampal, digantung di dinding aku amati.

inilah impianku.
this is my dream.

It's been a long time.
and subhanallah. Now Allah give this to me. Incomparable for any other things.

but now, I have to decide.
Should I let go this dream?
or should I pursue it?

Rindu menggamit kalbu.
mahu bersama mereka itu
yang ingat dan takut Tuhan selalu

akan tetapi
keputusan ini
harus kuyakini
bukan bunga membanjiri
penuh liku dan onak duri
bakal aku tempuhi
itu pasti

wahai hati
apa lagi yang kau nanti
bila-bila boleh mati
apakah bekal untuk kau hadapi
menghadap Ilahi?

masalah duit?
Allah boleh bagi

masalah masa?
boleh beralasan itu ini

masalah jarak?
tidak harus menghalangi

its a dreamm.
truly like a dream come true.
to found this
beautiful school
beautiful people
beautiful teaching
beautiful place
and I knew
if I choose
if I really determined
nothing can hold me back
nothing can stop me
only myself.
and all the whispers that say I can't.
I can't make it
I can't afford it.

Yes you can!

It is a commitment.
Indeed a commitment.

bukankah sudah tiba masa aku harus belajar lebih bertanggungjawab?

ya rabb.
teguhkan hatiku.
permudahkan langkahku.
kurniakan aku kebaikan di mana saja aku berada. 

10:45PM
2nd day experience.

distractions


boleh nak facebook.
boleh nak dengar lagu
boleh nak cari distractions.
tapi biar benda yang baik
tapi biar ada tujuan
tapi harus kuat jangan sampai hanyut dan lalai.
tapi harus sedar betapa engkau itu lemah
akan lebih  mudah boleh tersasar
jika tidak diniatkan dengan kebenaran
ini hanya untuk Tuhan


thats why we need reminders
and we need to remind people
so that we are reminded by ourselves
yang mana boleh 'rasa' mana baik mana salah

kerana rasa itu fitrah
yang memang Allah dah bagi
cuma kita mahu ego atau humble
mahu terima atau tidak

sejauh mana kita betul-betul serius
serius untuk hidup
serius untuk mencari
serius untuk menyerah diri

apa ingat hidup ini main-main?
yes, zaman kebudak-budakan kita telah berlalu
walau mungkin perasaan, cara fikir kita adakala
masih 'kebudak-budakan'
namun jangan salah anggap
kadangkala ia perlu
kerana tanpa budak,
tiadalah kita pada hari ini.

kita tak akan menjadi dewasa
sebelum kita melalaui fasa ke'budak'an

itu lumrah.
kita tidak akan mampu
mencapai tahap dewasa
mahupun melangkah
sebelum kita punya satu fasa
dan kemudia beralih
dari fasa ke satu fasa

begitulah kehidupan.
lakaran dari kaki dan tangan
kita yang menghidup dan mematikan
apakah sebenar erti kehidupan
yang kita benar-benar mahukan?

4:44 PM
OCT 20, 2012 / 4 Zulhujjah 1433H
191 Sherbourne St

credit : pakcik gugel

Khamis, November 15

Hijrah: Perjuangan

1 Muharram 1434H


kredit : gugel

malam ni bermula 1 muharram 1434H. hari dan tarikh tercatat sejarah paling bermakna. hijrah, hijrah, hijrah. moga sama-sama mengambil ibrah (pengajaran) dan semangat ruhi dari peristiwa hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat 1434 tahun yang lalu.

 moga Allah perteguhkan, persucikan niat kita berhijrah (berubah), hanya kerana Allah dan bukan selain-Nya. Sucikan hati-hati kami ya rabb.

ya rabb, ya muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'ala to'atik, 'ala hijrah ilaik. 
Ameen ya rab.

---

 
hijrah perjuangan
di hening malam kota mekah
rasul berkelana
dilindung Allah di perjalanan
di situ sejarah HIJRAH rasulullah
bermula menuju kota madinah
yang menjanjikan sebuah kemenangan

dikejar musuh di belakang
sembunyi di gua thur
dipelihara keselamatan
menguji kesetiaan seorang sahabat
bersandar pada mukjizat nabi

berhijrah menyusun
langkah yang lebih teratur
merancang perjuangan
berhijrah bukanlah berundur ke belakang
tapi mengumpul kekuatan

--------

Sabtu, November 10

absence and presence


every day we will learn something
the way we learn, we learn differently.
because we are living

nothing is something
something can be nothing
nothing can be anything
anything can be nothing
anything can be something

if my presence is something
my presence has meaning

if my absence is something
my absence has meaning

your existence means something to me
your presence means something to me
your absence means something to me

you and me
can be same in difference
can be different in same
If you can find me in you
and I can find you in me

you and me
can be anyone
can be someone
can be no one

defining you and me
it still a mystery

3:09PM
17 Zulhijjah 1433H
Forgotten Promise
Woodsworth, Toronto

Isnin, November 5

to be or not to be



to be or not to be,
it is not up to me

to be or not to be
just let it be

to be or not to be
I wanna be free.  

CU, Ottawa.
20 Zulhijjah 1433H.

Khamis, November 1

sempurna




Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa


Rabu, Oktober 31

definisi ini

bismillah

buatmu ya ukhti
aku tidak berniat mahu mengguris hati
hanya kerana menjauhkan diri
mencari kembali
definisi diri
mencari kembali
akan sebuah erti
apa ertinya semua ini
buat diriku dan juga Ilahi

aku jua tidak mengerti
malah masih mencari
akan persoalan ini
apakah ini sekadar emosi
inikah binaan jahiliyyah hati?
atau apakah ia suratan Ilahi?

tidak tergerak di hati ini
untuk aku terus melari diri
namun harus aku berhenti
dari 'hebat' beraksi
untuk aku menyendiri
mengoreksi setiap penjuru diri
apa ertinya semua ini?
apa ertinya pada aku dan Ilahi?

seluas terbentang langit Ilahi
lazuardi itu mewarnai
kehidupan ini

dan aku mahu kembali
mencari Ilahi
mencari diri
mencari erti
apa itu Ilahi?
dimana itu Ilahi?

andai benar jalan ini menuju Ilahi
aku pasti kan temui
tenang itu tidak menyendiri

bersendiri tidak bermakna melarikan diri
bersendiri ini bersama Ilahi
bersatu dengan restu Ilahi

aku yang mencari
suatu definisi
pada hidup yang benar-benar di erti

dan aku mencari
pada hidup ini
yang mahu mengerti

kerana erti
aku di sini

kerana erti
aku berdiri

kerana erti
aku punya Ilahi

kerana erti
tidak mungkin meragui

kerana erti
janji setia tidak dimungkiri

kerana erti
tidak sepatutnya berbelah bahagi

kerana erti
cinta itu bersemi

dan aku mungkin tersalah erti
aku mungkin tidak mengerti
dan aku barangkali
belum mengerti

akan sebenar-benar erti
yang manakah sebenarnya lebih beerti
untuk Ilahi,
demi Ilahi,
kerana Ilahi.

beratnya hati ini
hanya Tuhan mengetahui
mengucap pahit kata-kata ini.
tulus dari hati
hakikat hidup ini
hakikat perjalanan ini
hakikat rasa hati

akan tiba suatu hari
andai aku berlalu pergi
tidak bermakna aku memungkiri janji
namun kerana suatu janji
aku mencari kembali
erti hidup pada memberi

moga aku tidak disalah erti
moga aku mengenali
akan detik hati
yang tidak meragui
akan segala janji Ilahi

moga aku kembali
menyerah diri
merantai hati
membelah awan pelangi
bersama serikandi
berkhidmat bakti
menuju satu destinasi
juga satu definsi
hidup yang beerti
mardhotillah yang kita impi
 
aku masih seorang ukhti
yang engkau cintai demi Ilahi.

 Robarts Library
15 Zulhijjah 1433H

uniting the pieces


Isnin, Oktober 29

anta jihadi





ilahi 
anta jihadi

every day is a struggle
help me get up and walk 
O Lord ..

ouch! curahat on usrah

kopi pasta dari ouch!

Personally lagi suka guna term usrah daripada "bulatan gembira", taktau kenapa.


Okay, penggunaan term apa pun tak patut la jadi issue, sekarang nak share pengalaman usrah.

Diperkenalkan dengan sistem usrah ni sejak zaman sekolah menengah lagi, masa dekat langkawi dulu. Tapi masa tu usrah ramai2, masa kaum lelaki semua pergi solat jumaat. Masa tu sungguh "jahiliyah". Orang tengah cakap2 kat depan, kita duk cakap2 kat belakang. Kalau dengar pun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Lepas tu, sistem usrah ni sambung kat KMS pulak. Masa ni usrah kecil-kecilan, dapat kakak usrah (senior yang lebih berilmu dan beramal) dan start aktiviti macam makan sama-sama, baca Quran sama2, tengok video and bercerita bagai. Tapi, masa tu mungkin tak "matured" lagi, rasa macam usrah ni just satu rutin yang semua orang wajib pergi. Tu je.

Lepas tu, sambung lagi usrah kat India. Rasanya, ni kot detik permulaan - mula menghargai apa itu usrah. Bukan nak kata usrah sebelum ni tak berkualiti atau tak best atau tak betul, tapi kali ni mungkin dah matang, jauh daripada family, dan orang2 dah tak cakap ini haram itu haram.

Serius, masa zaman sekolah, banyak sangat dengar ini haram itu haram tapi tang mengumpat tak haram lah pulak. 

Kat India, start belajar nak tanda Quran. Belajar direct daripada ayat Quran, rasa lain daripada duk dengar orang ceramah pasal hukum hakam kan. Selain daripada usrah dengan senior, ada join ISK(ini sejarah kita) yang sebenarnya sangat best - tapi tak habis sebab ... err takpelah. And ada satu-perkataan-ni-tapi-tak-ingat - kira macam usrah makan2 tido2 dengan makcik-makcik geraham.

Betullah nak belajar, banyak jalan, mana-mana cara pun boleh selagi tak salah. Lagi banyak lagi bagus. Tapi usrah special sebab kita ada macam... bonding. Kita boleh share. Kita boleh tanya. Selalu berat rasa nak pergi (sekarang pun), tapi lepas balik dari usrah, takde rasa menyesal. So far. Alhamdulillah. Lagipun pergi usrah selalu dapat makan freeee. Hehe.

Lagi satu, selain kawan2 kelompok usrah, ramai je member2 yang banyak share videos and tweets pasal hal2 menaik-taraf kan diri. Tak ke untung gitu. :D

Kalau free, tengok la video ni. Student Malaysia kat China buat.Tomato 2.0. Klik! 

Walaupun bukanlah daripada golongan usrah sejati, tapi sangat bersyukur sebab ditakdirkan untuk jumpa dengan orang-orang macam ni.

p/s maksud bukan golongan usrah sejati ialah, belum ada ciri2 mereka lagi. Insyaallah one day. Doakan :)

I remember




Where there is a right there is no wrong,
I always thought we were so strong,
but our time just flew by,
But yea your smile still lingers in my mind,

and yea its so hard i just break down and cry.

I remember the time our friendship was strong,
I remember your eyes find a way to melt my heart,
Most of all I remember your smile.

Sabtu, Oktober 20

kerana aku hanyalah manusia


se'akhowat'mana pun seorang 'akhowat' itu,
dia tetap seorang perempuan dan manusia secara fitrah.

aku kini belajar,
mengutip hikmah dari kehidupan,
ibrah tarbiyyah direct dari Allah.

semakin jauh kita berjalan,
kita patut lebih mula mengenal,
memahami diri sendiri sebelum orang lain.

sesuatu yang sukar untuk kita memahami orang lain,
selagi diri sendiri belum 'setel'.

dan aku anggap ini suatu persiapan jua ke arah fasa itu.

membayangkan,
andailah begini yang kurasai
walau bersama 'akhowat',
walau bersama yang punya 'fikrah',
tetap masing-masing mereka masih manusia.

masih manusia!
aku harus akui itu
hakikat kemanusiaan aku dan mereka.

mereka manusia
aku jua manusia

hanyalah manusia.
hanyalah seorang manusia.
bukan malaikat tidak bernafsu.
bukan malaikat tidak berdosa.

mereka juga manusia.
bukan malaikat bebas dari dosa.
bukan malaikat bebas dari nafsu di dada.

semua mengetahui hakikat iman.
semua mengetahui hakikat jalan ini.
semua mengetahui kita harus bergerak dan terus bergerak.
semua mengetahui kita tidak lagi boleh memilih untuk berehat.
semua tahu itu.

namun sejauh mana aku juga mereka dapat membumijiwakan semua itu?
segala yang 'ditahukan' dari 'mereka-mereka yang tahu' kepada 'aku dan mereka'?

itulah suatu proses lumrah.
itulah proses tarbiyyah.
bukan sehari dua engkau bisa terus berubah
pabila terjerumus dalam jahiliyyah
kemudian disapa kembali oleh tarbiyyah
tidak sesingkatnya seperti masanya langit gelap bertukar cerah
tidak secepat dan sebegitu mudah
harus ditelusi dan disantuni dengan kuatnya mujahadah!

dan aku kini melalaui  proses mencerna setiap satu fikrah
yang cuba ditanam oleh "mereka-mereka"
untuk kami "hidup" bersama dengan fikrah tersebut
dan kemudiannya bangkit menghidupkan fikrah itu

jauh mengakar pekat di qalbi
seraya kemudiannya kembang menjalar ke seluruh pelusuk duniawi
bebas mengibarkan panji islami
meluaskan sayap menyebarkan tempias ruhi
menghidupkan fitrah hakiki
hidup dalam sibghah rabbani
seprti nila ciptaan Ilahi

aku di sini
menghadam diri
melampias rasa hati
di alam ilusi

aku di sini
mahu tegak berdiri
mengakur janji
setulus hati
mencari Ilahi

demi cinta ini
demi yang kekal abadi
aku harus berdiri

kembali
menggapai mimpi
walau tak seindah realiti
namun tidak akan kubiar berkunci
harus aku terus bermimpi
kerana akan aku menjejak pelangi
bila kujejak ia menjadi pasti
kerana Tuhanku sudah berjanji
Dia tidak akan pernah memungkiri.

10:50AM
Oct 20,2012 / 4 Zulhijjah 1433H
191 Sherbourne St

the theory of facebook

People is a complex human being. 
Before I can understand other people, I have to fully understand myself first. 


credit : google

Something that I can conclude from the past flare up,


The louder you are on facebook, the more silent you are in the real world 
The louder you are on facebook, the slower and unproductive you are in the real world.
The more you are expose on facebook, the more you are disclose from the real world.
The more people you talk on facebook, the less you talk with people from the real world.

Facebook is not real. 
They are illusion. 

However, do not underestimate the power of illusion. 
from illusion they have the power to topple down dictators and unite one nation. 

Jumaat, Oktober 19

jangan futur!

4) Memberi untuk menerima.
ini pelik. tapi benar. Saya selalu rasa terisi lepas mengisi adik2 saya. tak tahu nape. selalu rasa meningkat lepas habis sesi daurah ataupun usrah. Rasa wow! Iman bergerak! Yeeehaaaa! So boleh terussssss bergerak dan bergerak.Begitu juga, ruh dakwah itu mengalir laju berduyun-duyun apabila saya perlu berusaha untuk sampaikan dakwah itu.Travel tengah malam dan pulang ke tempat kerja di pagi hari setelah semalaman berdaurah. Drive berjam-jam hanya untuk attend setengah jamnya talk. Spend masa dengan adik-adik walaupun tanpa kata-kata dakwah yang terkeluar.

Iya. aku setuju denganmu ya ukhti!

sememangnya itulah hakikat kehidupan yang hakiki
yang HIDUP, BERGERAK itu PASTI.
andai tidak, ia MATI.
sedangkan bayi, dianggap mati,
jika tidak BERGERAK seperti seorang BAYI,
lantas bergeraklah dikau seperti DAI'E yang SEJATI.

allahu robbi
aku mahu keluar dari rantaian jahiliyyah ini..
dan terbang bebas berlari ke syurga firdausi

kuatkan aku ya Ilahi.

kredit : psych
aku mahu membesar dalam bulatan gembira ini!

Khamis, Oktober 18

kata tok guru

kata tok guru HAB,

"Berikanlah, biar orang lain mendapat faedah; tanamlah,
biarkan orang lain yang menuai; bersusahlah,
biar manusia lain mendapat kesenangan."

Kerana kita tak punya apa-apalah,
maka kita memberi dan memberi..
Kerana kita mahu mereka menuailah,
maka kita terus bekerja menanam dan membaja...
Kerana kita punya hati seluas samuderalah,
maka kita akan terus bersusah dan bersusah,
 agar orang lain dapat kesenangan...
 
kredit : dinadinaso
 —

Matang

Bismillah.

Hari-hari yang dilalui di sini, di tahun ketiga nak masuk empat di Canada, banyak mengajarku untuk menjadi seorang yang matang. Semakin matang dalam dunia T, semakin matang dalam dunia D. Ia ia memerlukan proses yang bukan sebentar, bukan sehari dua untuk aku merasa dan membina kematangan tersebut. Aku di'proses' dengan bermacam-macam cubaan, semakin hari tahap ujian semakin mencabar. Semakin hari 'level' semakin tinggi dan ada juga mungkin menurun mengikut kedudukan iman yang aku ada waktu dan ketika itu.

Dan kisah proses pematanganku bermula di sini, Canada.

Aku merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Aku punya 3 orang kakak dan seorang abang. Hidupku sebagai anak bongsu sedikit sebanyak memberi kesan dalam perwatakan dan pembawaan diriku dalam hidup.

Sinonimnya, anak bongsu dilabel sebagai anak manja. Kalau dulu, aku cukup pantang orang panggil aku anak manja, pasti aku akan tarik muka dan 'rebel' menafikan. Sejauhmana aku anak manja? Itu suatu perkara yang subjektif. Persepsi manusia berbeza-beza menurut cara mereka berfikir juga berdasarkan pengalaman lepas yang mereka lalui.

Aku bukanlah seorang anak yang "sami'na wa ato'na". Jauh sekali dari gambaran ciri-ciri anak solehah. Kadangkala jiwa memberontak itu terpancar dan terzahir dengan tindakan yang tiada siapa sangka. Namun itulah aku suatu ketika dahulu. Itulah aku seorang budak yang belum dan tak cukup matang.

Perbezaan dan perubahan yang aku alami di sini cukup ketara sekali. Sehingga aku tersedar, betapa aku sedang 'membesar' hari demi hari.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupku ini sehingga aku benar-benar mampu mencapai sifat matang iaitu sifat dan sikap yang harus ada pada setiap yang bergelar dewasa.

Kalau dulu, aku cukup takut untuk membesar dan menjadi dewasa.

Kalau dulu, pernah juga aku tak sabar nak membesar supaya orang tak lagi label aku anak manja. Supaya semua orang boleh percayakan aku dan tak pandang rendah padaku. Supaya semua orang yakin aku boleh jaga diri sendiri dan bertanggungjawab.

Fuh. Baru sekarang aku sedar betapa menjadi dewasa bukan muda dan memikul tanggungjawab itu pun satu perkara yang berat sekali.

Adakala aku tersungkur.
Adakala aku jatuh.
Adakala aku lemas.
Adakala aku lelah.

Namun itu semua menjadikan aku belajar untuk matang dari hari ke hari.

Kalau dulu, aku merasa orang besar-besar ini membosankan. Dewasa dan matang suatu yang ganjal bagiku dek kerana label orang yang selalu menganggap, memperlakukankan aku dengan manja hingga aku merasakan "ah sudahlah.. memang aku tak akan matang sampai bila-bila". Suatu penyataan yang seakan-akan putus harapan untuk melihat diriku membesar dan menjadi dewasa.

Walau mungkin ada benarnya aku jenis yang manja namun tidak bermakna aku patut "dimanja-manjakan" dengan ketidakpercayaan bahawa aku juga sudah membesar dan harus belajar untuk membesar dan menjadi matang.

Apa-apa jalan (anyways), akan aku nukilkan cerita aku menjadi sedikit matang lebih dari dulu dan biasa di sini dari masa ke semasa, jika diizinkan Allah. Insha Allah.



P/s : oh okayy. This post sgt nye lahhh skemaaaa! First trial and first step utk .... Haishh.. Topik larii. Nak citer benda lain tpi termelalut benda lain. =,=z this is what we call free writing.

Isnin, Oktober 15

kalau bukan kerana Allah



Kalau bukan kerana Allah,
Orang tak kisah pasal ko,
Ko boleh breakdown kecewa

Kalau bukan kerana Allah,
Orang reject ko
Ko boleh breakdown sbb kecewa

Kalau bukan kerana Allah,
Orang kutuk or judge ko
Ko boleh breakdown and depressed

Kalau bukan kerana Allah
Orang tak fulfill expectations ko
Ko boleh simply dissappointed and depress.
Ah sudahlah ko
Aku dah penat dah nak idop
Bukan kerana Allah
Penaatt.. Tau tak penatt..
SERIUS PENAAAAAAT!!!
I am so tired with my own nafs!


Eh kalau semua bukan kerana Allah,

Aku tak rasa ko boleh idop dengan aman, tenang lagi sejahtera.

Nak hidup ni betul-betul bukan kerana Allah?

Pffttt..

hey Qur, think twice, thrice and billions..

Hidup is temporary.
Manusia datang n pergi.
Perasaan pun dtg n pegi.
So, why to stick and stay and live in world that is temporary?

Get out! And seek for the one that everlasting till jannah!

p/s : ini mood malas nak layan rasa yg entah apa-apa. kthxsalam.

Khamis, Oktober 11

maafkan

maafkan aku
ya akhowat
atas kelemahan diri ini
yang terperangkap dalam jahiliyyah hati
yang pekat mengotor menghalang diri
dari beraksi di pentas realiti

maafkan aku
yang selalu melarikan diri
yang selalu menyembunyikan diri
tidak sanggup berhadapan dengan realiti
dan juga tidak begitu berani
berhadapan denganmu ya ukhti
kerana malu dengan diri sendiri
juga rasa bersalah menggunung tinggi

maafkan aku
atas langkah yang perlahan ini
harus bertatih kembali
bergerak di atas jalan ini
demi cinta Ilahi

engkau yang kurindui
kerana Ilahi

engkau yang di hati
terus mengembangkan cinta ini
berorientasi sayap rabbani

engkau yang kucintai
berpasak teguh atas dustur Ilahi

moga Allah satukan hati ini
kembali
dalam tautan cinta kudus rabbani
ukhuwwah yang harus bersemi
demi menggapai redha dan syurga Ilahi

aku yang harus kembali
bersama-samamu ya ukhti
demi cinta Ilahi.

ukhtikunna fillah.
9:12AM, Oct 11, 2012
pra-midterm @ Robarts Library.

satu cinta

Isnin, Oktober 1

tiba waktu

Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Dia tlah menyapa jiwa
Memberikan makna


Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Segera kan kujemput engkau imami
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput si dia
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari 
sepenuh hati

Jumaat, Ogos 17

niqab hati

bismillah.

ukhti seusrahku ada bertanya,
"ain dah tak pakai purdah?"

aku hanya tersenyum. memberi ungkapan jawapan yang aku sendiri mencari.

entah kenapa bila saja menjejak Malaysia, aku lebih mudah meninggalkan pakaian itu. walau hati ada keinginan untuk cuba istiqamah, tapi entah, aku sendiri tak kuat untuk memakainya di Malaysia lebih-lebih lagi bila bersama keluarga.

pokok utama yang sebenar bukanlah isu pakaian tersebut akan tetapi soal hati jauh lebih utama

kadang-kadang aku terfikir,
"apakah selama ni aku bertopeng ya?"


bertopengkan secebis kain di muka namun perwatakan disebaliknya jauh dari nyata,.

ya ada masa, kita kuat, ada masa kita lemah.
tak selamanya aku kuat, dan juga tak selamanya aku patut merasa lemah.


Selasa, Ogos 14

Rahmat Allah

Rahmat Allah tidak boleh dijual beli. Perlu usahakan bersungguh-sungguh untuk dapatkan! - TU, Tv9.

Last 3 days of beloved ramadhan. =(

Ahad, Jun 10

wasilah


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) agar kamu beruntung. Al-Maidah 5:35
With this in mind, I hope may the step that I took bring me closer to Allah. It just one of the means but not the only means. I put my trust in Him. to Him, all matters return. 
 - everjihad 

سبل السلام



Sahih International
By which Allah guides those who pursue His pleasure to the ways of peace and brings them out from darknesses into the light, by His permission, and guides them to a straight path.
Malay
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

be forgetful to be forgiven

bismillah


This morning I get mad at her. again and again. Am I hot-tempered person? I don't know. but truly I cannot stand with a person that losing 'common sense'. That truly annoying and get me irritated.

However, in another side, looking bad at myself, I still have a long way to go.
Living with her really taught me patience, and 'berlapang dada'. Imagine if one day I'm going to be a mother, insha Allah, and I'm still with this character that just smash a person once he/she get me irritated, what will happen to the kid? 



Truly it's not easy to self-restrain. It is easier to burst the anger out rather than to keep it. 


and she start mumbled, 'why everyone hates her'. 
'Oh ya, you are so irritating and annoying, that's why!', my heart whisper.


But truly I'm pity at her. It's not her fault for not having 'common sense'. 


She reminds me to my old self, when I still kiddo and how all my sisters keep on scolding me day and nights. Everything I do, there must something wrong to them. Not to say my mum. She is legend in scolding me day and night. That is how I grew up and learning what is 'common sense'.

I believe she never been scolded and told what is hygiene and what is common sense. Unfortunately she is an orphan, her mum died when she still child.

I feel bad but I'm just a normal human that has flaw by her own.

Too bad, Since I just read Quran last night and Allah promised for those who forgive other people's fault, Allah will forgive him/her.

I believe I did much misdeed that truly breach the 'common sense' in Allah's sight. But never Allah 'smash' me or yell and say, "You are annoying".


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; { 3:133-134 }

Truly Allah is The Most forgivenl and I have to learn that character. Not easily to be mad to anyone,  don't simply yell to people that really hit my 'red button' even so I used to be yelled once upon time ago.

hew hew.. sah Qurratul ni not yet pass to step in another step. U've a lot to learn, Qur and a long wayy to go.



3 days to go
before I leave this place

11.11am
Neptune 2, #Suite 1069
209 Fort York Boulevard
Toronto



sinar baru

bismillah

hati ini
tidak akan pernah berhenti
memulakan langkah berani
demi memelihara diri
memperhalus pekerti


demi Ilahi
ku sahut seruan suci

demi Ilahi
aku yakin pasti
tiada resah membayangi
kerana ketetapan-Nya sudah pasti

dan aku mahu gegas berlari
mendapatkan redha Ilahi
yang menanti
seluas langit dan bumi

---
It just one of the way,
to reach The Most Glorify
but not the only way.

I don't mind what will be
soon or later

It is not about who, how, where, when
since everything already written up there
what will be, sure will be.

what is not, sure will not
regardless how hard I try to get there.

therefore,
I've nothing to lose!

because,
no matter what
it's already there.

smile :)

kredit: m

may Allah purify this heart. 

message sent @ 11:44pm,
090612 Neptune 2, Toronto.


Ahad, Mei 20

Turning 22

Bismillah

I'm turning 22 in 2 days.

Subhanallah.
What have I achieved so far?

What have I done in fulfilling my obligation

I'm getting older and I'm not little gurl anymore.

Am I getting wiser?
Am I getting mature?
Am I getting better?

Am I getting closer and closer to Allah?
Am I a better servant to Allah?

Last 2 days, a brother passed away. And the announcer at the ISNA masjid told the people that

People come and go. And the reason Allah sent us on this earth is to do what He please.

Despite of being overwhelmed or thinking too much, this simple reminder (simple in the sense of less words but profound), had strucked me in someway.

The question is simple.

Am I doing what He please?

Qur,
You know what He please and you know what is not. But at the end of the day, how deep do you really feel Allah is in your heart?

That every heartbeat thinking of Him. Thinking and worry for doing something that He is not please with.

Sometimes,my heart can fill full with love but sometimes, fear need to take place when the sense of love start to fade.

If love doesnt get along, fear the only way to get to the love.

At least, to have fear if being displeased,

Ya robbi,
I'm turning 22
Death is closer day by day
Sometimes, I'm not sure
Am i getting better or am I not?
And I didn't know whether
Do You please with me or You don't
Nauzubillah

Ya ilahi
Put barokah in my life
To live at this age
Pleasing You

I need you my Lord
To survive in this journey
Without You
I'm helpless
Grant me patience
to be istiqamah
In every steps that I took
Towards Your pleasure

209 Fort York Blvd
May 20, 2012
7:45PM

Selasa, Mei 8

do-it boleh dicari

bismillah.


astaghfirullah azim, 
astaghfirullah azim
astaghfirullah azim.

may Allah forgive all my sins, for wrongdoings that I've done, for the past that keep coming haunting me, for the future that uncertain, I leave to Allah the rest. For Him will decide, and to Him I put my trust.

tawakkaltu 'alallah .
la hawla wala quwwata illa billah
tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu ya Allah

it's a mistake, yes it is.
everyone did mistakes.

for this  and other people's mistake, I lost 2/3 of the income.
yet, this misery keep haunting me,
unhappy heart for past mistakes.
and it's never easy for me to MOVE ON
where I feel my life so screwed
coz lot of things, and from one thing get to another thing
a problem to another problem
a mess to another messes

but as people always say,
Life will go on

even so how stuck am I in a pretty stressful life I would say
I have to choose

how long I wanna keep this problem haunting me
and stop me from being happy?
stop me from being what I wanna be?

kite nak jadi hamba Allah yang baik, kan?

hamba Allah yang baikk dia tak zalimi orang lain.
dia takkan sesuka hati buat n bertindak sesuka hati
dia takkan cakap benda2 yg buat orang rasa tak senang hati
walaupun mungkin dia terasa hati n menderita akibat dari perbuatan org lain
walaupun mungkin dia sedih sangat dengan orang lain,

tapi cukup bagi dia jadi hamba Allah
Tuhan yang cukup bagi diri Dia

sebab dia ada Allah yang sangat hebat memujuk
Allah nak bagi syurga kot
utk sesape yg leh tahan dgn sume ujian yg Allah nak kasi kat dunia ni
ish ish ish org dah offer syurga, takkan still nak pilih jalan to the hell kot?

hu.
time iman tgh ada, i can say this to myself.

tapii time iman tercabut..
maigod.. only Allah knows.
huhu

soo
what you had learnt from the bitterness of this messy life, Qur?

ya
sekolah atau universiti kehidupan yang mengajar dan mendidik aku erti tanggungjawab.

tanggungjawab menjadi hamba Allah yang beriman dengan sebenar-benarnya.
seriusly, baru sekarang hati boleh sedikit tenang dan mula bercahaya setelah lama dalam gelap.

sangat rungsing dengan masalah yang berpanjangan
namun, seharusnya sudah tiba masa aku belajar selesaikan dan hadapi masalah kehidupan.

lari bukan lagi satu pilihan!

dan ternyata kadangkala lebih mudah bertindak mengikut rasa,
namun akhirnya iman rosak binasa

kini aku sedar
yang aku sebenarnya belum lagi benar-benar mengertikan
hidup untuk memberi, bukan untuk menerima
dan memberi maaf adalah jauh lebih mulia
berbanding membalas 'rasa'.

yes, at one point I'm tired
tired for all the messes

dan kadangkala sukar melepaskan dan memaafkan
namun, sikap itulah yang sebenarnya menghurung dan mengurung aku
dari terus bebas menjadi hamba Tuhan yang Maha Pemaaf, Pemurah

d0-it boleh dicari, Qur
tapi ...
hubungan yang dah lama terbina dan terjalin, mana mungkin boleh dicari ganti

apakah dirimu tegar membiar saudaramu kesulitan
kerana sifat kamu mementingkan diri lebih dari dirinya?

at one point,
you might feel
I have the rights!

but to have those rights, won't ever make you happy.
when you have to step over other people's rights
and others have to suffer

tak ape suffer sekejap je kat dunia,
nanti Allah ganti kat akhirat sana.

yes, do-it boleh dicari.
Allah pinjamkan kejap je pon.
it's not yours even.
and Allah amik kejap nak tengok how you behave.
what you lost are just nothing
as compared what you gained.

yes, you lost material.
but you gained a lot of things.
you learnt a lot from those experiences
don't you?

you really really LEARNT and GROW UP!

isn't that beautiful?

insha Allah, Allah ganti dengan something much much muchhhh better

lupakan je kisah silam, okay!
kita BINA hidup baru, hari baru.
insha Allah, pelangi bakal menyapa
kejap je lagii nanti mati
suffer tak lama
kejap je
syurga kan menanti
utk org2 yg tak penat buat baik kerana Ilahi..

SO

buang sifat2 n rasa2 yg tak best tu.
kan dah rasa kan rasa yang tak best tu.
hasil tarbiyyah sape?
pak tan n konco-konconya jugak kan?

kan Allah cakap, jangan ikut langkah2 pak tan tu
nanti sesat.

see..
see urself right now..
how miserable you are lately
and how you are totally in LOST

truly lost

tula tak caye..
lenkali kena beriman betul2..
so that tak rasa lost lagi

hu.
so so terriible and horrible the feeling
the feel of feeling 'lost'
losing direction
life feel meaningless
senseless

ahh semua rasa kelabu
tiada lagi hati yang berbunga2 disiram iman dan taqwa
rasa macam dah tercabut walau pun masih lagi jasad tunduk sujud dan ruku'

tapi apa erti semua tu?
rupanya masalah ukhuwwah yang tak setel
yang telah mencabut segala rasa

dan kini
sesaat dan secebis kekuatan dan taufiq kurniaan dari-Nya
buat aku terpelempang dan mula bangkit
mahu bangkit dan sental karat-karat hati
segala yang menyumbat dari hati ini untuk terus hidup

memberi dan terus memberi
tanpa mengharap untuk menerima
dan hanya mengharap dari Ilahi

segala yang terjadi
sudah ketetapan Ilahi
tapi jangan disalaherti
tak boleh biar dunia merosak peribadi
sahsiah nabi harus diteladani
dan menjadi bukti dan SAKSI
aku sekali kali TIDAk mahu menjadi hamba duniawi
dan aku benar-benar mahu menjadi hamba Ilahi yang sejati

allahu'alam.



isyak
10:03PM
209 Fort York Blvd.




~ halawatul ukhuwwah ~

Ahad, April 22

gratitude


Jika kita terlampau asyik memikirkan mengenai apa yang kita tiada,
maka kita akan tiada masa untuk menghargai apa yang kita ada. 
Sentiasalah bersyukur, kita taktahu bila kita akan pergi menghadap Allah

Kita boleh buat, apa yang kita boleh buat! Jadi, kenapa nak risau mengenai benda yang kita tak boleh buat? 
Buat je lah apa yang kita boleh buat!
Tapi, sikit2, kenalah mula untuk buat benda hebat! Kalau tak, bila nak meningkat? 
- muharikah 

Sabtu, April 14

A-mbitious

Some people say, it is useless to be too ambitious.

I'm might fall in that category.

we will see
how far i can flee
Throughout the journey
And reach my destiny

Leadership

Leadership is not a position . You can't be assigned or appointed to be a leader. Leadership is not about what your business card says, what your title is, or where you sit on the organizational chart in your company. Leadership is a posture; it is a decision that you want to have influence over others in a positive way. - john izzo

Bekalan

Perjalanan itu lagaknya seperti tiada masa untuk berehat!

- 1jam dari target time
- 6 jam sebelum kembara hati merentas dunia

Kapasiti


Semua terasa perlu
Semua terasa nak dibawa

Semua teringin mahu bersama
Sayang nak tinggal

Tapi kapasiti limited.

Nak perginya 3 bulan je
Takkan nak berbungkus mcm 3 tahun

Nak bermusafir selama 3 hari je pun
Bukan 3 bulan

Walau aku cukup tidak suka pada konsep "limited" namun terimalah hakikat dan realiti dunia yang Allah cipta, LIMIT itu PERLU.

Sebab tu Allah tetapkan batas2 dalam islam.

Anything you do ada limit,
And ada jugak unlimited

Ko nak buat baik
Ha silaa
Bersabarlah degan unlimited
Berkasih sayanglah dengan unlimited


Agaknya cne ye rasulullah packing nak pegi madinah2?

or tak pun mus'ab

Huu
Mus'ab versi kunang2
Antara salah satu jahiliyyah yg dia payah nak sental is

Impulsive
Dan juga anta keperluan dan kehendak

Ahh
Rasanya itu jahiliyyah semua orang
Bukan aku sorang

But then
Yeah
U're not alone

Fighhttinggg

10 hourse before ekspedisi ukhuwwah (eu)

kelana itu

Bismillah

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah

Syukur hanya padaMu ya zaljalaliwalikrom

Langit pada saat ini agak mendung

Seakan2 memahami mendung dan gerutu di hatiku

Perjalanan ini
Suatu perjalanan yang jauh
Berliku itu pasti

Hati ini
Sayup terasa jauh
Ya aku bakal pergi jauh
Bekalan apa yang kau bawa?

- 14 jam sblum ekspedisi ukhuwwah
~ from my balcony ~

Jumaat, April 13

light the way


by Abdullah Shukur

credit : physicworld

got the feeling tonight
that they are just gonna fight
for the sins that we are
had enough hard to mask
take along and make a step
life is all that we have
we believe that the change could be right in our head

this hope we have will never end
when we all learn to love within
tonight it's time to sing the song for the world
the times when we would hear our hearts say
lend your help light the way

you may think to your self
whatever you give
it's nothing, and you can't light a single candle with
don't you know that the rain
would never ever fall again
if every drop of it had to say
what if this hope we have, will never end
when we all learn to love within

tonight it's time to sing the song for the world
when you and me will stand together for all
the times when we would hear our hearts say
lend your help light the way
help light the way
whatever you do to make it through
it will not come to life until you change inside

tonight it's time to sing the song for the world
when you and me will stand together for all
the times when we would hear our hearts say
lend your help light the way