Bismillah.
Hari-hari yang dilalui di sini, di tahun ketiga nak masuk empat di Canada, banyak mengajarku untuk menjadi seorang yang matang. Semakin matang dalam dunia T, semakin matang dalam dunia D. Ia ia memerlukan proses yang bukan sebentar, bukan sehari dua untuk aku merasa dan membina kematangan tersebut. Aku di'proses' dengan bermacam-macam cubaan, semakin hari tahap ujian semakin mencabar. Semakin hari 'level' semakin tinggi dan ada juga mungkin menurun mengikut kedudukan iman yang aku ada waktu dan ketika itu.
Dan kisah proses pematanganku bermula di sini, Canada.
Aku merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Aku punya 3 orang kakak dan seorang abang. Hidupku sebagai anak bongsu sedikit sebanyak memberi kesan dalam perwatakan dan pembawaan diriku dalam hidup.
Sinonimnya, anak bongsu dilabel sebagai anak manja. Kalau dulu, aku cukup pantang orang panggil aku anak manja, pasti aku akan tarik muka dan 'rebel' menafikan. Sejauhmana aku anak manja? Itu suatu perkara yang subjektif. Persepsi manusia berbeza-beza menurut cara mereka berfikir juga berdasarkan pengalaman lepas yang mereka lalui.
Aku bukanlah seorang anak yang "sami'na wa ato'na". Jauh sekali dari gambaran ciri-ciri anak solehah. Kadangkala jiwa memberontak itu terpancar dan terzahir dengan tindakan yang tiada siapa sangka. Namun itulah aku suatu ketika dahulu. Itulah aku seorang budak yang belum dan tak cukup matang.
Perbezaan dan perubahan yang aku alami di sini cukup ketara sekali. Sehingga aku tersedar, betapa aku sedang 'membesar' hari demi hari.
Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupku ini sehingga aku benar-benar mampu mencapai sifat matang iaitu sifat dan sikap yang harus ada pada setiap yang bergelar dewasa.
Kalau dulu, aku cukup takut untuk membesar dan menjadi dewasa.
Kalau dulu, pernah juga aku tak sabar nak membesar supaya orang tak lagi label aku anak manja. Supaya semua orang boleh percayakan aku dan tak pandang rendah padaku. Supaya semua orang yakin aku boleh jaga diri sendiri dan bertanggungjawab.
Fuh. Baru sekarang aku sedar betapa menjadi dewasa bukan muda dan memikul tanggungjawab itu pun satu perkara yang berat sekali.
Adakala aku tersungkur.
Adakala aku jatuh.
Adakala aku lemas.
Adakala aku lelah.
Namun itu semua menjadikan aku belajar untuk matang dari hari ke hari.
Kalau dulu, aku merasa orang besar-besar ini membosankan. Dewasa dan matang suatu yang ganjal bagiku dek kerana label orang yang selalu menganggap, memperlakukankan aku dengan manja hingga aku merasakan "ah sudahlah.. memang aku tak akan matang sampai bila-bila". Suatu penyataan yang seakan-akan putus harapan untuk melihat diriku membesar dan menjadi dewasa.
Walau mungkin ada benarnya aku jenis yang manja namun tidak bermakna aku patut "dimanja-manjakan" dengan ketidakpercayaan bahawa aku juga sudah membesar dan harus belajar untuk membesar dan menjadi matang.
Apa-apa jalan (anyways), akan aku nukilkan cerita aku menjadi sedikit matang lebih dari dulu dan biasa di sini dari masa ke semasa, jika diizinkan Allah. Insha Allah.
P/s : oh okayy. This post sgt nye lahhh skemaaaa! First trial and first step utk .... Haishh.. Topik larii. Nak citer benda lain tpi termelalut benda lain. =,=z this is what we call free writing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan