se'akhowat'mana pun seorang 'akhowat' itu,
dia tetap seorang perempuan dan manusia secara fitrah.
aku kini belajar,
mengutip hikmah dari kehidupan,
ibrah tarbiyyah direct dari Allah.
semakin jauh kita berjalan,
kita patut lebih mula mengenal,
memahami diri sendiri sebelum orang lain.
sesuatu yang sukar untuk kita memahami orang lain,
selagi diri sendiri belum 'setel'.
dan aku anggap ini suatu persiapan jua ke arah fasa itu.
membayangkan,
andailah begini yang kurasai
walau bersama 'akhowat',
walau bersama yang punya 'fikrah',
tetap masing-masing mereka masih manusia.
masih manusia!
aku harus akui itu
hakikat kemanusiaan aku dan mereka.
mereka manusia
aku jua manusia
hanyalah manusia.
hanyalah seorang manusia.
bukan malaikat tidak bernafsu.
bukan malaikat tidak berdosa.
mereka juga manusia.
bukan malaikat bebas dari dosa.
bukan malaikat bebas dari nafsu di dada.
semua mengetahui hakikat iman.
semua mengetahui hakikat jalan ini.
semua mengetahui kita harus bergerak dan terus bergerak.
semua mengetahui kita tidak lagi boleh memilih untuk berehat.
semua tahu itu.
namun sejauh mana aku juga mereka dapat membumijiwakan semua itu?
segala yang 'ditahukan' dari 'mereka-mereka yang tahu' kepada 'aku dan mereka'?
itulah suatu proses lumrah.
itulah proses tarbiyyah.
bukan sehari dua engkau bisa terus berubah
pabila terjerumus dalam jahiliyyah
kemudian disapa kembali oleh tarbiyyah
tidak sesingkatnya seperti masanya langit gelap bertukar cerah
tidak secepat dan sebegitu mudah
harus ditelusi dan disantuni dengan kuatnya mujahadah!
dan aku kini melalaui proses mencerna setiap satu fikrah
yang cuba ditanam oleh "mereka-mereka"
untuk kami "hidup" bersama dengan fikrah tersebut
dan kemudiannya bangkit menghidupkan fikrah itu
jauh mengakar pekat di qalbi
seraya kemudiannya kembang menjalar ke seluruh pelusuk duniawi
bebas mengibarkan panji islami
meluaskan sayap menyebarkan tempias ruhi
menghidupkan fitrah hakiki
hidup dalam sibghah rabbani
seprti nila ciptaan Ilahi
aku di sini
menghadam diri
melampias rasa hati
di alam ilusi
aku di sini
mahu tegak berdiri
mengakur janji
setulus hati
mencari Ilahi
demi cinta ini
demi yang kekal abadi
aku harus berdiri
kembali
menggapai mimpi
walau tak seindah realiti
namun tidak akan kubiar berkunci
harus aku terus bermimpi
kerana akan aku menjejak pelangi
bila kujejak ia menjadi pasti
kerana Tuhanku sudah berjanji
Dia tidak akan pernah memungkiri.
10:50AM
Oct 20,2012 / 4 Zulhijjah 1433H
191 Sherbourne St
Tiada ulasan:
Catat Ulasan