Khamis, November 15

Hijrah: Perjuangan

1 Muharram 1434H


kredit : gugel

malam ni bermula 1 muharram 1434H. hari dan tarikh tercatat sejarah paling bermakna. hijrah, hijrah, hijrah. moga sama-sama mengambil ibrah (pengajaran) dan semangat ruhi dari peristiwa hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat 1434 tahun yang lalu.

 moga Allah perteguhkan, persucikan niat kita berhijrah (berubah), hanya kerana Allah dan bukan selain-Nya. Sucikan hati-hati kami ya rabb.

ya rabb, ya muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'ala to'atik, 'ala hijrah ilaik. 
Ameen ya rab.

---

 
hijrah perjuangan
di hening malam kota mekah
rasul berkelana
dilindung Allah di perjalanan
di situ sejarah HIJRAH rasulullah
bermula menuju kota madinah
yang menjanjikan sebuah kemenangan

dikejar musuh di belakang
sembunyi di gua thur
dipelihara keselamatan
menguji kesetiaan seorang sahabat
bersandar pada mukjizat nabi

berhijrah menyusun
langkah yang lebih teratur
merancang perjuangan
berhijrah bukanlah berundur ke belakang
tapi mengumpul kekuatan

--------

Tiada ulasan: