Rabu, Januari 20

Sense of belonging

menghiburkan.
hiburan, hiburan, hiburan
hiburan yang melampau..
hiburan yang berlebihan..

i dont want to be judgmental on this
i don't want to say this is good this is bad to other people
even so, i want to say it to myself. that's not good, that is bad.

I feel irritated somehow to see this kind of people
however, i can't run my life from facing this kind of thing...
even so i wish i could run from it
but we are not living in ideal world where all people are like us
think like us, understand like we did and have almost the same interest.

however if the people surround you are bad, you should not be bad as them. (bad in term of my own 'standard').

ah hiburan. aku lemas dengan hiburan. kau hanya reti menghiburkan hatimu. aku cukup benci melihat dirimu hanyut berhibur dalam duniamu.

sungguh.
terasa bagai berada di dunia yang berbeza.
alam realiti. dengan alam fantasi.
astaghfirullah. aku kadang-kadang cukup terseksa.
terseksa dengan galak tawa itu.

aku diam. diam ku tak bermakna aku suka.
diam jua tak bermakna aku redha. diamku punya seribu makna.
namun, ia tidak bermakna andai selamanya aku diam tanpa rasa juga diam yang alpa.

ya Allah. ku pohon perlindunganMu.
(maaf emo). rasa mcm tak tahan. tapi kena bertahan. sabar. (haish..spoil my mood to reflect)

***


hari ni, aku cukup bersyukur. diberi peluang, bertemu dengan pelbagai jenis manusia, yang berbeza-beza pandangan juga yang punya matlamat yang sama untuk dicapai. kebelakangan ni, persoalan ini berlegar di fikiranku, 'apa yang aku mahu dalam hidup?' 'apa yang aku mahu capai dalam hidup ini?' 'bagaimana caranya untuk aku capai perkara tersebut?'

3 benda yang cukup penting menentukan hala tuju serta gaya hidup ini selain dari mengetahui dan memahami tujuan hidup ini diciptakan.

aku masih lagi memikirkan. di kala sibuk memikirkan cara untuk memperbaiki prestasi akademik dan pencapai di universiti, aku juga cuba tak terlepas dari menyibukkan diri dengan mengikuti aktiviti sosial di luar waktu kelas. Sungguh, bila menceburkan diri dalam aktiviti bukan akademik seperti yang aku jalani hari ni, ternyata memang kurasakan antara benda yang kumahukan dalam hidup. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Cukup hanya dengan perbuatan.

Apa yang aku belajar, sesuatu yang memang tiada dalam buku teks. iaitu pengalaman. mana mungkin sama pelajaran yang kudapat dari berjumpa dengan orang dan pelajaran yang dapat dikutip hasil dari pembacaan. Alam realitinya memang berbeza. Merasainya juga memberi impak pada rasa. Sukar untuk digambar dengan kata-kata. (terasa pelik berbahasa baku dan formal macam ni..rasa mcm nak tukar tune)

ok2. so, cukuplah berbahasa 'buku' .trying to be more not artistically. ok harini hari Rabu. 20/01/2010. there are few things that I learnt a lot today. Practically and not only theorytically.

dalam program interfaith social injustice of malaria issue tadi, ada la sorang budak 12 tahun ni. aku tak reti sgt nak cerita pasal dia, sbb aku sbnrnya tak berapa paham sgt apa dia ckp. english mmg cair habis. cuma yg aku dpt tngkp, budak ni berjaya kumpulkan dalam 35 ribu CAD, utk fundraising for social justice. budak 12 tahun tuh..kagum aku.satu benda yang aku terfikir, aku nak anak aku nanti jadi camtu. hati macam melonjak-lonjak pulak bila tengok mak dia. sangat-sangat supportive. terus terasa nak jadi super mom nanti! kagum jugaklah dengan umur macam tu dah buat macam2. aku ni yang nak dekat umur 20 tahun, life aku apa je? pergi sekolah, balik sekolah, pergi tuisyen, jawab exam. dapat grade, n then sambung belajar lagi. sangatlah robotnya. tak ambik tau pasal apa yang melanda orang di luar sana.

kesedaran memang tipis yang amat. sekarang pun sama jugak .walaupun, kesedaran ada la sikit bertambah tapi still rasa , aku ni tak ambik tau langsung pun apa yang berlaku kat orang lain.
aku terkesan jugak dengan ada sorang ni cakap masa sesi reflection, dia kata, once of our problem for today, there are people that only support their own people. tu antara yang aku dapat tangkap n aku memang terasa gak r. tak dapat nafikan. kadang2 kita pandang serong. (secara general. tak semua). bila orang kristian buat fundraising ke, or humanity, atau bangsa lain la. kita tak tolong sangat. kita lebih kan orang2 'kita' dulu. aku tak nafikan ada pentingnya. tapi entahlah. aku ada rasa jugak, orang lain tak boleh terlepas pandang and terabai. tapi aku cakap senangla kan..

ok;. aku tak nak jadi orang yang cakap je.

walk the talk!

aku terkesan jugak dengan cara diorang masa buat reflection and ajak orang utk bagi komitmen. masyaAllah. memang satu impak pada diri aku, jugak aku rasakan semua atas takdir Allah jugak untuk izinkan aku datang program ni. mula2 aku mmg fikir nak blah dah. sbb rasa macam, apa la yg aku boleh dapat dtg program mcm ni. mula2 borak2 sembang2. sembang2 pulak aku tak rasa sangat connected ngan aku, lagi2 hal2 dunia. aduhai..aku dah terfikir dah..org beriman ni kalau benda sia2 dia tingalkan kan..pk2 gak. ape aku buat ni betul ke tak. bermanfaat ke tak. antara nak stay ikut smp habis, atau blah. a huge decision. takpe r . dalam hati aku pujuk. sabar la sikit lagi. tunggu. mana tau boleh belajar something. and memang niat aku masa tu only to learn something. even, apa yg dorang borak tu aku cuba nak faham walau aku susah nak faham.(masalah bahasa inggeris aku masih lagi terrible T_T)..tapi buah kesabaran tu. masyaALLah manisnye...sungguh..

ini apa yang aku dapat belajar dari praktikaliti yang dorang buat. n aku kaitkan dengan dunia dakwah. ada satu aktiviti ni buat aku teringat pasal dakwah. ye la selalu je kadang2 aku dengar macam orang kata, ' kita adalah rantai2 dalam kerja dakwah. kalau kita tak buat, kitalah yg jadi pemutus rantai2 tersebut. ' lebey kurang mcm tu la. biasa jugak dibagitau pasal tanggunjawab, amanah untuk laksanakan dakwah, syahadatul haq la dan sebagainya. tapi kadang2 tu, secara ruhiah saja tak mencukupi kalau tak diikat sikit dengan praktikalnya. dan tadi aku belajar dan aku rasa, cara dorang ni, memang patut digunapakai untuk 'program kita' masa2 akan datang.

apa dorang buat, nak bagi orang rasa committed?

lepas je, tunjuk video pasal kesengsaraan yg dihadapi manusia2 kat afrika nun, dia datangkan pulak guest speaker. antaranya, yang ada pengaruh besar. contoh macam budak umo 12 tahun tu. pencapaian yg dia dah buat. lepas tu dengan sorang perempuan presiden utk gereja satu canada ke ape ntah. dan dia tutup masa reflection, dengan mintak setiap orang tulis personal thought pasal komitmen yang dia rasa dia nak buat to make a difference, to make a change. tulis dekat jalur kertas yang disediakan. lepas tu berdiri dalam bulatan, dan kemudiannya baca kat semua orang, buat macam gelang, n stapler, buat macam rantai. dan komitmen tu berstapler antara satu sama lain, n kalau sapa2 yang tak commit, jadi, kertas dia akan break two. masa nak buat rantai tu, aku tak tau nape perasaan aku sangat tersentuh. dengar masih2 punya azam nak make a difference to this world, sangat2 lah luhur. ya Allah. kudus perasaan masa tu walau aku sorang je islam(aku rasa..sebab rasa mcm obvious. ) dalam kumpulan diorang tu, but i feel a sense of belonging to society.

I have something that I need to give to society.
I have something to make a difference and make a change in this world.

teringat kata budak2 tu, not all people have money, but all people have time. they can contribute their time to make a change and make a difference to other people's live.

betul.. kata2 dia ni buat aku teringat pasal INFAQ. orang beriman tu orang yang menginfakkan rezeki yang Allah dah bagi kat dia. rezeki tu plak bkan je harta(duit) tapi jugak masa, jiwa dia.

pastu. sebut2 plak pasal MAKE A DIFFERENCE, MAKE A CHANGE.

ya Allah. subhanallah. bila aku dok renung, aku utk kaitkan dengan islam..eh2 teringat aku pasal AMAL SOLEH.

inilah dia amal soleh yang Allah sebut2kan. soleh tu dalam arab asal maksudnya something better. always better. islah, improve. bukan amal soleh kalau amal tu x dtgkan apa2 kebaikan n perubahan.

dalam surah al-asr pun ada Allah sumpah. Demi Masa. manusia tu dalam kerugian kecuali orang yang beramal soleh, berpesan-pesan akan kebenaran dengan kesabaran.

satu sebab aku suka get involve dengan benda macam ni, sebab dia bagi satu kepuasan yang aku tak dapat cari kat tempat lain. even mula2 aku rasa macam berbaloi ke aku spend time dgn benda2 mcm ni, study nt mcmane? tapi aku rasa, everything has its own price. ada harganya. bila aku balik rumah, aku cuba bayangkan. aku compare diri aku dengan orang yang hanya duduk rumah, berhibur, buat hal sendiri, apakah sama aku dengan dia? apa yang aku dapat dengan apa yang dia dapat? manfaatnya berbeza. bukan nak judge orang bukan nak rasa diri bagus. tapi aku cukup rasa, bukan semua orang mampu buat n dapat macam apa yang aku buat n dapat. so, the only thing i can say, ALL PRAISE TO HIM that make this happen to me. syukur sangat-sangat. Allah tunjuk aku jalan ni. yang buat aku rasa lagi dekat dengan Dia. yang buat aku rasa the 'sense of belonging' to this world. yang buat aku rasa..eh patut orang islam la lagi bekerja keras untuk social injustice semua ni. to be in goodness, and always trying something good will always make you feel good for yourself.

memang harini, aku betul betul rasa, manusia tu fitrah dia sukakan kebaikan. sebelum ni, macam biasa aku dengan benda tu. tapi harini, aku memang melihat, memerhati, merasakan benda tu memang yang sebenar-benarnya yang benar. berkumpul dengan manusia, dengan niat yang sama, tolong manusia yang kurang bernasib baik dari kita, bersama-sama untuk buat kebaikan, amar makruf kat dunia ni, really give a feel of belonging.

semuanya yang aku rasa, aku panjatkan kesyukuran n pulangkan pada Dia. Dia yang berkuasa atas segala-galanya. boleh je jadi aku termasuk antara orang2 yang leka dengan dunia sendiri. auzubillahi minzalik. syukur ya Allah, hati rasa terketuk dan tersentuh hari ni. hari yang dilalui sekali lagi terasa manis. manisnya juga datang dari hasil buah kesabaran. kesabaran jua datang darimu.

so, a promise to myself, and to my Lord, i want to keep on get involved with people. I want to grab all opportunities that it seems I can't get it from other place. whether now or never. However in the same time, keep struggling to make myself a better person. A better person
that play a role in society and this world, inshaAllah.

'you gain what you pay', that's what I believe now.

see what this kid saying! inspiring!


Let's make a difference! (in other way, let's beramal soleh!)


1 ulasan:

atiqahmki berkata...

masyaAllah, masyaAllah. suke gak, yg gelang2 tu. boleh pinjam idea tu wat kat usrah each locality.