Sabtu, Januari 9

jagalah NIAT

Untuk berjaya secara total, kita perlu ada elemen fizikal,
intelek, emosi dan spiritual yang sesuai dan ditetapkan
oleh Pencipta kita. Inilah jalan yang perlu ditempuh. Jalan
diterjemahkan kepada bahasa Arab sebagai "syaari'". Tentu
anda pernah mendengar istilah syariah? Itu ialah jalan
untuk kita berjaya sebenarnya.

Hari ini kita dalami lagi kepentingan semantik. Macam mana
ingin mempraktikkannya agar kita tidak gagal ? JAGA NIAT.

Hadith Nabi: "Sesungguhnya segala amal itu dengan
niat..."(Riwayat Saidina Umar)

Imam Syafi'i berkata : Bahawa hadith ini mengandungi
sepertiga agama Islam kerana perbuatan seseorang ada kala
dengan hatinya atau dengan lidahnya atau dengan anggotanya,
dan niat adalah salah satu dari yang tiga itu.

Amal dengan niat? Ya. Anda baca email ini kerana anda
berkata pada diri: 'pasti ada pengajaran yang boleh saya
ambil dari email ini.' Anda sudah pun beramal. Tidak perlu
tunggu untuk bercakap (amal dengan lidah) atau bergerak
tubuh badan (amal dengan anggota).

Untuk beramal dengan niat, tidak lain tidak bukan anda
perlu tahu apa yang perlu diniatkan. Niat mempunyai seni
yang tersendiri. Salah seni, niat tidak mampu membawa kita
kepada kejayaan. Cuba bayangkan seseorang ke tempat kerja
kerana terpaksa - maka itu sudah silap niatnya. Awal macam
mana pun dia ke tempat kerja tidak akan memberi impak yang
besar dalam kerja. Ia perlu ada 2 ciri dalam seni niat:

1) Ikhlas kerana Allah
2) Mengikut sunnah Rasul dengan mengikut syara' serta
bersungguh-sungguh.

Kalau dia dalam keadaan terpaksa, kerjanya kurang
diberkati. Ada saja yang tak kena. Kalau dia bekerja
inginkan duit semata-mata, ia kurang berkat. Tetapi kalau
mencari duit untuk menjadi nafkah keluarga, ia diberkati
dan pasti kariernya lebih bermakna.

Jadi jangan lupa baiki niat. Niat itu adalah kemahiran
'menamakan' apa yang ada pada hati. Niat itu hendaklah atas
dasar ilmu, bukan dugaan semata-mata. Para malaikat ingin
menyembah Allah. Tetapi ia dibezakan dengan ilmu yang
diajar kepada Nabi Adam. Kerana ilmu yang sahihlah, Nabi
Adam dimuliakan. Kalau ada ilmu namun tidak ada niat baik,
rugi.
Kalau ada niat baik tetapi tiada ilmu, sia-sia.

perkongsian dari : http://total-success.net

4 ulasan:

Syed Mohd Syahmi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
everjihad berkata...

apekah?

Tanpa Nama berkata...

riwayat bukhari kan?
imam muslim pun riwayatkn jugak. kn umar tu dikira sanad?

everjihad berkata...

Tak berapa pastila. asif..

yang ada terjumpa pun, hadis 1.

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda:

“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.


wallahu'alam