Perasaan itu sungguh indah.
Bila tiba rasa bahagia,
tiada rasa yang dapat diungkap,
tiada kata yang dapat terluah.
Hati merasai, jiwa menerangi.
Subur di lubuk hati.
Andai bahagia kan datang menjelma,
pasti ku mahu ia biar selamanya di dalam jiwa
Namun rasa bahagia ini tidak mampu ku simpan
Andai mampu dikongsi rasa ini, kuharap ada insan yang dapat menemani
untuk mengisi ruang hidup ini.
Andai bahagia mampu ku kejar,
ku harap, mampu ku berlari mengejarnya
walau mungkin ia sekadar mimpi
namun tidak semua mimpi itu hanya sekadar khayalan
kerana ia bakal menjadi satu impian
dan pasti ku mahu impian itu menjadi sebuah realiti
dalam Doa ku pasrah,
ku dambakan sebuah kebahagiaan
yang tulus mulus di dalam jiwa
menjadi bunga, penawar diri
jua penawar mereka di sisi.
~penyejuk mata = penyeri hidup~
Tiada yang lebih kudamba dalam hidup ini
dari sebuah pengertian hidup
yang tidak berpanjangan
kemuliaan dan kehormatan di sisiNya
yang hanya mampu 'dibayar' dan dibeli
melalui amal, taqwa, sabar, dan jihad
Hati hanya mampu menduga.
Hati hanya mampu mengharap
tepat masa dan waktu,
hati jua tidak lagi ragu
melangkah ke dimensi waktu yang berliku itu.
Hidup ini hanya sementara.
walau belum mampu,
namun jauh di sudut hati,
selalu rasa mahu.
Moga keinginan membina kekuatan diri
yang mencabar keupayaan diri
demi mencari makna hidup ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan