Ahad, Mac 1

Definisi Cinta itu Dinamik

bila kita berbicara soal cinta, skopnya luas dan dinamik.

melalui kata2 saja, seseorang boleh jatuh hati.
namun apakah cinta itu bersalah? sedangkan cinta itu terlalu suci. namun sering kesucian cinta ternoda dengan titik-titik hitam jahiliyah. cinta yang berpandu dan berunsur nafsu semata.

asas cinta itu patut membuat kita tenteram dan tenang. cinta sumber ketenangan dan kebahagian.

entah kenapa ya aku mula memikirkan untuk berbicara soal cinta. cinta mempunyai kuasa luar biasa. membuat diri lebih bertenaga. malah cinta menyalurkan tenaga yang cukup luar biasa.

ada sesuatu y menarik perhatian ketika berchatting dgn seorang hamba Allah semalam. cinta pada orang berilmu. tak perlu kan sebab. rasa tenang dan seronok tengok dia. rasa sayang sangat sampai rasa nak nangis. sayangnya tak terkata. kalaulah dapat rasa mcm tu setiap kali balik dari kerja jumpa pasangan.. masyaAllah tak tau nak kata apa dah..

smpai begitu sekali ye.

i'm thinking. based on a few articles that i read today about cinta - nikah - n so on..and this week i could feel more to like a lovely feeling. teringat pada seorang akhowat.walau pertama kali jumpa, dah terbit rasa sayang. rindu nak jumpa lagi. rasa tenteram bila bersamanya.

the theory is is simple i think. bukankan dalam Quran ada kata,

dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenteram

based on that, bila kita dekat dengan orang yang mengingatkan kita pada Allah, nescaya kita pun secara tak langsung berasa tenteram dan tenang bila bersama dia. sebab tu timbul rasa sayang. we feel secured, protected. even not physically.

same as manusia. cinta yang berasaskan cinta Ilahi itulah sumber ketenangan abadi.

some quote from somewhere i read;

"Kenapa kita menyintai seseorang (berlawanan jenis)? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak2 yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah.

Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.

Tapi..sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab2 itu semata-mata? cinta itu tidak salah. Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan dicintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut? Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping dan menggoda, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier kita yang membanggakan atau macam2 lagi sebab.

Tapi, bagaimana kalau tiba2 Tuhan takdirkan kita bisu..adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba2 muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu..atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita di takdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita? Mungkin juga tidak…kerana cinta kpd sesuatu yg ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh di rampas olehNya yg berhak bila2 masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Dan cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh di tarik bila-bila masa sahaja."

tapi cinta itu sebenarnya tak perlu bersebab. setuju?

cukuplah cinta itu dapat memberi sebuah kebahagiaan.
tidak semestinya dengan orang yang banyak ilmu agama baru tumbuh rasa cinta. cukup sekadar hanya melihat/ bersama dia kita berasa tenang dan tenteram. kerana hati itu hanya akan tenteram bila mengingatiNya.
pokok pangkal cinta itu akan menuju Tuhan yang menciptakan rasa cinta itu jua. di situlah cinta hakiki.

InsyaAllah, aku tidak akan sekali2 menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.

Wallahu'alam.
11.52PM
Sunday night.

Tiada ulasan: