Isnin, April 2

last minute

bismillah

kalau dulu aku memandang
assignment tu hanyalah kerja dunia
yang tak perlu diambil kira terlalu berat
lantas pencapaian dan usaha
pun tidaklah seberapa
yang boleh dibangga
kerana usahanya tidaklah seberapa

segalanya kerja-kerja last minute

namun kini
tidak lagi aku memandang ianya suatu yang enteng
malah kerana terlampau mengambil kira
soal amanah yang dipertanggunjawabkan
mengambil berat yang sebegitu berat
tidak menjadikan aku mencapi apa yang patut di'bangga'.


ada apa dengan bangga?
walhal setiap detik Allah mengira
tidak kira manusia mengiranya atau mahu menilai
Allah jua yang Maha Mengetahui atas setiap satu nilai usaha

namun tidak semudah itu
mahu mengenepikan rasa


saatnya aku mula kecewa dengan manusia
aku mula kecewa dengan diri sendiri
lantas terus mula rasa lemah
walhal dulu aku bukan seorang yang mudah merasa lemah

hubungan aku dengan Dia mula goyah
mula rasa
Allah dah tak sayang aku ke?
kenapa tak bangunkan aku qiam?
kenapa tak bangunkan aku subuh?

mula blaming2 yang akhirnya tak kemana
lantas muhasabah kembali
menunding jari pada diri sendiri

memang dosa menebal
sebab tu Allah tak kejut

atau apa sebenarnya?

sedih mula mengunci hati
dari terus dekat dengan Ilahi
nauzubillah.
bukan itu sifat orang yang beriman sejati

namun apakan daya
bagaimana harus aku menepis isi hati ini?
walhal kutahu jawapannya di hujung dilema ini

dari kecewa dengan manusia
aku kecewa dengan Tuhan manusia

mula menyoal
mengapa Tuhan buat aku begini?

suatu krisis akidah yang kronik
bukan aku tak mengerti
itu soalan yang syaitan mahu sorakkan

aku mula mencari ketenangan
dan aku mula hargai setiap satu nikmat yang Allah berikan

pada aku 'suatu ketika dahulu'
nikmat untuk menyebut namanya yang suci
nikmat untuk bangun pagi
nikmat untuk berzikir dan memuji
nikmat untuk mujahadah atas ujian hati
nikmat bersyukur atas segala nikmat yang diberi

aku merasakan ibarat setiap satu nikmat tertarik satu per satu
dek kerana kesucian yang ternoda barangkali
mungkin juga dek kerana kurang serius meleburkan ego
menyangkal jahiliyah yang menyerang

Allah..
taking a step back
for me to move forward

walau langkah ini perlahan
aku yakin pasti
suatu masa aku akan kembali
dengan izin Tuhan yang Maha Mengasihi

kerana itu aku perlu saat ini
untuk aku terus bertahan
hingga ke hujung perjalanan
saat roh ini bakal bertemu pencipta-Nya
saat segala alasan tiada lagi gunanya
saat itu akan pasti ku tahu apa hikmah atas segalanya.

Tiada ulasan: