Selasa, April 3

bila kurang bersyukur


copy paste from a forward email from titian_fitrah.  sangat mengena batang hidung sendiri. especially the last part. hu. 

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya dan juga para sahabatnya.

Kadang kala kita lupa yang kita ni manusia yang lemah. Terutamanya apabila kita dikurniakan banyak nikmat olehNya. Daripada tiada kawan kepada ramai sahabat yang sanggup naik turun bersama kita. Daripada hidup yang sempit dan sesak nafas di dada kepada hidup yang sangat lapang dan selesa sehinggakan merasa bahawa dunia ini kita yang punya. Daripada keadaan di mana suara kita tidak didengari kepada mendapat perhatian ramai walaupun dengan perbuatan kita yang kecil.

Ya. Pada saat kita dikurniakan limpah nikmat yang banyak inilah waktu di mana kita lupa yang kita ni manusia yang lemah. Tapi bila Allah menarik nikmat sahabat yang rapat daripada kita, kita akan berlari sekuat-kuatnya untuk merapati dan kembali semula kepada sahabat yang jauh itu. Sedangkan kita terlupa bahawa Allah jualah sebaik-baik tempat kembali. Apabila Allah menarik semula nikmat kelapangan hidup di dunia daripada kita, kita mula tercari-cari semula dunia kita yang selama ini dilihat indah ,hilang secara tiba-tiba dari depan mata. Sedangkan kita terlupa bahawa Allah pernah menjanjikan kita dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Apabila Allah mengambil kembali daripada kita nikmat mendapat perhatian daripada orang lain, kita mula tercari-cari manusia yang masih ingin mendengar suara kita. Sedangkan kita terlupa bahawa Allah itu Maha Mendengar dan sebaik-baik tempat untuk minta pertolongan.

Pada waktu-waktu beginilah di mana kita terlupa bahawa kita ni sebenarnya manusia yang sangat lemah. Tanpa Allah, kita tidak lagi punyai apa-apa. Mereka inilah yang apabila mendapat nikmat yang banyak, mereka berkata “Allah bagi ni semuaya tanda Allah sayang kat kita.” Dan apabila mereka ini ditimpa bencana mereka pun berkata “Allah tidak lagi sayangkan aku.”

Ingatlah, sungguh manusia itu diciptakan dalam keadaan yang lemah. Dan begitu sedikit sekali orang yang bersyukur kepadaNya


sebijik terasa camtu. hu. bencana apa yang melanda yang aku rasa satu bencana pada diri? bukan sebab hilang duit, bukan sebab kena tipu, bukan sebab orang pijak kepala, bukan jugak sebab assignment/exam fail ke. tapi bencananya ialah apabila Allah tidak memilih aku untuk bangun qiam dan subuh. sedih tak? 

ofkoslah sedihhh. itu satu bencana! bencana besar buat aku yang kononnya nak consider diri ni muslim D, muslim E. 

O Allah,
I have no way and other option 
than to keep on trying
than to keep on working
even I knew I'm not perfect
but I hope You will not give up on me. 
I hope you will not ignore me.
even so I misbehave
even so I'm so irritating
even so I'm do displeasing to you
I try to be humble
I try to be your true slave
I try not to be arrogant 
which I supposedly should not
the evil in me had conquered the good heart inside.

O Allah
ya muqollibal qulub
tsabbit qulubana 'ala to'atik
tsabbit qulubana 'ala dinik.

the efforts are all useless if You are not please with it
I may not try hard enough to please You
I may not fight enough to seek You
but I hope you still give me the ability
not to give up
in having faith in You.

Apr 3, 2012
209 Fort york, 
Toronto, Canada.
4:22AM

Tiada ulasan: