Jumaat, April 13

kerja ini


bismillah

kerja ini
Gajinya lumayan tiada tara
Tiada istilah kerja lebih masa
Kerna kerja ini sepanjang masa
kerana tuntutan iman itu tidak mengira dimana dan bila

kerja ini
Habuannya syurga
Mardhotillah sebagai penanda
Andai ikhlas sentiasa tertanam di jiwa
Pasti redha Tuhan sentiasa menyapa

kerja ini
Bukan untuk orang biasa
Kerana ianya perlukan manusia
Yang sanggup berkorban harta dan jiwa
Bukan alasan penuh bersahaja
Yang tidak mengenal erti putus asa
Yang sentiasa dekat dengan Tuhan-Nya
Atau paling tidak yang sentiasa mendamba redha Tuhan-Nya
Lantas berusaha mendekatkan diri dengan-Nya
Juga mengajak dan menunjuk kepada manusia
jalan kembali dan menuju Rabb mereka
Belajar untuk mengerjakan cinta
Demi Ilah dan pengutus-Nya

kerja ini
Bukan sembarangan kerja
Ianya kerja yang mulia
Di sisi Tuhan yang Maha Esa
Sunnah rasul sepanjang usia
Yang jemu tidak pernah mengenal dirinya

kerja ini
Perlukan pemuda
Untuk mengejutkan pemuda yang lena
Dengan arus lebat dunia
Walau arus bertentang rasa
Namun benteng ampuh sudah bersedia
Untuk menahan mehnah menduga

kerja ini
Selalu ada
Yang tercicir sebelum penamatnya
Tidak kira tua muda
Semuanya serupa
Selagi bergelar manusia
Tidak akan terlepas dari kecewa
Tidak akan terlepas dari godaan syaitan durja

Moga kita dapat terus bekerja
dan bekerja dan bekerja sepenuh jiwa
harapan umat taruhan rasa
Sehingga tiba ke peluput telinga
panggilan syurga melambai kita

Moga kita
Kan terus mara
Merebut mahkota
Kurniaan-Nya
Hanya untuk mereka
Yang berjihad harta dan jiwa
Di jalan Tuhan-Nya

3:07am
277 St. George st

A day before the 'trip'.

Tiada ulasan: