adik,
suatu masa
aku sungguh kecewa denganmu
aku kecewa kerana kegagalanmu
untuk memenuhi expectationku
aku kecewa
bilamana engkau masih lagi
lena dengan nafsu
masih lagi lena dalam kelambu
walhal engkau sudah tahu
kita sudah tidak punya waktu
untuk bersenang-senang seperti dulu
walhal engkau sudah tahu
umat makin tenat dan haru biru
walhal engkau juga sudah tahu
engkau perlu berubah seiring waktu
wahai adikku,
aku tidak tahu
sejauh mana aku mampu
aku tidak tahu
sejauh mana dapat aku
bertahan membimbingmu
dengan penuh rasa malu
dengan penuh rasa syukur pada Tuhanku
kerana menganugerahkan engkau di sisiku
kerna aku juga terlalu
cacat di setiap penjuru
adakala aku buntu
pabila ku melihat sayapku
'ahh inikah harunku?'
desis hati yang tidak suci itu
lebih aku rasa kecewa
kerana aku sendiri gagal membimbingmu
wahai adikku,
aku ini bukan sempurna menjadi kakakmu
jauh beza dari kakak-kakakmu yang lain
tidak selembut mereka menangani mu
tidak sehalus mereka dalam menyantuni mu
namun aku tetap menyayangi mu
tidak mahu aku biar engkau lena dalam lesu
tidak mahu aku biar engkau dibiar kaku
tidak mahu aku biar engkau ditinggalkan mati begitu!
namun antara yang haq dan yang batil
aku harus tetap teguh berdiri dengan imanku
tidak mampu mengharap pada manusia yang juga sememangnya lemah
aku harus berdiri sendiri
mengerah tenaga membina diriku dan juga kamu
untuk tetap teguh di jalan ini
adik
semoga Allah terus menyayangimu
walau aku mungkin belum cukup bersungguh menyayangimu
walau mungkin ada masa aku sengaja ignorekan kamu
walau mungkin aku letih melayani kerenah manjamu
walau mungkin aku tidak cukup sabar menyantunimu
namun kuharap Allah tidak akan menapismu
ku berharap,
Allah masih lagi membuka ruang itu padamu
untuk terus mara ke soff paling hadapan
dalam mempertahankan addeen mu
dan aku harus berlalu
berhenti berharap dengan harapan yg palsu
dan aku harus berlalu
bekerja menuju mampu
bukan terus dalam lesu
aku harus terus berusaha sehabis padu
belajar mengurus emosi yang melulu
kerana aku tidak mahu
langkah-langkah kita mati dipaku
dan membiar jahiliyyah membelenggu
yang menghalangku dari menderu laju
dalam menyahut seruan dan panggilan Tuhanku
1:43PM
mentari menyinar
209 Fort York Blvd