Isnin, Mac 26

b-r-e-a-k-d-o-w-n

bismillah.

kalau dulu aku berkata pada diriku

'ko takde masa nak breakdown. keje banyak'



kalau dulu,
bila aku breakdown, aku akan menghilang.
aku akan ignore semua benda.
aku akan ignore orang-orang sekeliling aku dan cuba buat hal aku.

menghilang aku kini barangkali berbeza.
aku tak mampu untuk duduk, berdiri dan hanya sekadar buat 'hal aku'.
kerana hal mereka jua sudah terdarah daging menjadi hal aku.

menghilang aku kini,
masa aku bermuhasabah.
mencari apa yang hilang,
meneliti apa yang kurang,
memerhati apa itu tenang.
memahami apa itu sayang

kerna aku sudah di tahap berbeza
jahiliyyah aku kini jua sudah berbeza
semakin 'jauh' di jalan ini
jahiliyyah yang menjengah juga semakin 'hebat'.


semakin laju
semakin hilang kawalan
dan kadang kala mungkin terlupa
breknya dimana


ibarat memandu kereta
punya stereng dan gear
punya break dibawahnya

memacu kenderaan ini semakin laju
semakin mudah terbabas
semakin mudah 'sway'
dengan angin taufan yang melanda
kereta mana yang mungkin mampu bertahan?

either kereta itu ciptaan unggul itu
masih mampu beraksi dijalanan

buatan manusia yang penuh teliti
binaan yang dicipta untuk bertahan
dengan ribut taufan

atau kereta itu akan berpusing-pusing
mengalami kecelakaan dan mencederakan

Allahu musta'an.


Robarts,
12:21AM

Tiada ulasan: