Ahad, Februari 27

menjadi kakak..

bismillah..


bukan mudah menjadi kakak. seumur hidup dia, dia tak pernah ada adik(baca: adik kandung). ditakdirkan adik dalam kandungan, gugur dan tak sempat nak lahir menjadi adik dia. Bila kena ada adik, dia rasa sangat kekok. kadang2 tak reti nak layan sebab selama dia hidup, dia selalu ada kakak yang memperlakukan dia sebagai adik. selalu dilayan seperti adik walau mungkin dia bukan 'adik' lagi.

watak adik tu macam dah sebati dengan identiti dia tapi jiwa adik perlu membesar menjadi kakak. bila dah besar, dia sedar dia dah bukan lagi boleh nak manja-manja jadi adik selamanya. diadah kena jadi kakak. nak tak nak kena jugak pegang watak kakak walau rasa tak nak lepaskan 'status' dan 'jawatan' adik yang dia pegang selama ni.

adik-adik,.dah ada depan mata yang makin membesar secara fizikal dan inteleknya..perlunya untuk kakak besarkan jiwanya agar fizikal dan intelek tidak lumpuh begitu saja.

dia nak jugak tengok adik-adik dia membesar macam adik-adik orang lain. dia selalu rasa kadang-kadang dia bukan kakak yang baik. dia tengok je adik-adik orang lain dah laju dah berdiri, berlari, main kejar-kejar. Adik-adik dia masih lagi main teng-teng, lompat katak, lompat tikus. main lompat-lompat je. (mungkin sebab kakaknya suka main lompat2 jugak sebab tu adik2 dia mcm tu :( )

kadang-kadang ada siang dan malam dia tak tau nak buat apa dengan adik2. terasa macam blurr semacam. sangat tak tau nak jadi kakak macamana tapi somehow dia memang dah jadi kakak dah pun. kadang2 terasa macam jadi kakak yang 'lambat kering'..kakak yang tak begerak. kaku tengok adik yang masih dalam buai. kalau didodoi makin lena..padahal adik dah besar walau belum cukup 'membesar'

dia nak je tengok adik-adik dia membesar, main lari2, main kejar2, dari main teng2 atau lompat2 je.

walau apapun dia mengerti, adik-adik dia tak mungkin dapat jadi sama macam adik-adik orang lain.dia pun tak dapat jadi sebagus dan semantap kakak-kakak yang lain. tapi dia tau dia kena cuba contohi kakak-kakak yang ada walau kadang2 tu ada terasa ada kakak yang memang terlebih advance dari dia buat dia terasa tertingal gerabak..

keretapi tetap je berjalan.. dia cuba juga mainkan watak kakak dan dia mengerti menjadi kakak beerti kena sanggup beralah, kena sanggup berkorban, care pasal adik lebih dari diri sendiri, selalu fikir kebaikan adik, nak yang terbaik untuk adik. seorang kakak takkan biarkan adik dia main dengan api. adik dia dekat dengat api pun akan terbunyi siren. marah dia kat adik sebab sayangnya kakak kat adik tu sampai dia tak nak tengok adik dia terluka.

kalau tengok budak2 yang baru dapat adik, dia sangat2 melekat dengan adik dia, sangat excited dapat adik, sangat menjaga adik dia. sangat-sangat protective. kalau kita acah nak 'pinjam' adik dia, dia boleh je meronta-ronta menangis tanda tak nak kasi, lagi meraunglah dia kalau bangun tengok2, adik dia 'hilang', akan melilau-lilaulah dia mencari-cari mana adik dia..

menjadi kakak, kena kuat.. kena jaga adik. sebab dia sayang adik dia lebih dari diri dia.

walau tak pernah cuba untuk menjadi kakak sebelum ni, tapi demi tangga-tangga yang mahu didaki, adik yang masih terkedek-kedek sedang cuba belajar menjadi kakak. moga-moga Allah sentiasa tsabatkan hati ini..

3 ulasan:

askar berkata...

:):):)

ikan :) berkata...

lambat kering? hehe...comel jerk! :P

huhuhu...jadi kakak? hurmmm, cne ni???? sy pn terasa mcm sy 'adik' sgt.....huhuhu....cmne nk jd kakak?? kne kuatkn diri ni...huhu..kne jd matang...huhu...ya Allah, berikn kami kekuatan...amin~

nirhamna berkata...

salam'alayk..

membaca entry ini, seperti melihat sy di dlm diri kamu..i can feel & understanding that feeling.

sama.serupa.
seorang 'kakak' yg x pernah punyai 'adik'.tp kini menggalas title 'kakak' kpd adik2 yg masih 'bertatih'..