Selasa, Disember 15

Awal Muharram kembali menjelma! Refleksi!

r e f l e k si [ p a r t 1 ]

Peringatan
: coretan hati kali ni sangat panjang. ilham memang mencurah-curah. tak kurang jugak air mata. harap maklum.

macam-macam dalam fikiran. untuk berkongsi rasa, perasaan dan fikiran. ya Allah. dah nak dekat 1 Muharram dah! esok! aku terfikir. apa aku dah buat setahun ni? walhal masih terasa lagi kenangan tahun 2008, kenangan silam, dan macam-macam kenangan lagi yang terpahat di hati dan pemikiran.

dah selesai exam yang terakhir untuk semester kali ini. perasaan? aku rasa aku tak cukup usaha. memang tak cukup. sangat-sangat. namun cukuplah Allah bagiku. hanya Allah je yang tau kurangnya diriku. janji dengan diri sendiri, nak ubah diri. tak nak menyesal kemudian hari!

"sape studi buat main-main, malas-malas. tak studi kuat-kuat, dia yang menjahanamkan islam. sebab semua tau, yang studi tu alat" ter

masyaAllah. satu peringatan buat diri ni. kadang-kadang memang tak terlepas dari rasa lemah. beratnya hanya Allah yang tau. tapi kalau benda lain laju pulak. itulah syaitan yang mempermain dan memperdayakan kita dengan benda-benda 'harus' walhal ada benda yang lebih HAQ.

hari ni terlepas sudah satu kekangan diri bila peperiksaan yang dinanti akhirnya berakhir awal tengah hari tadi. hati rasa lega. tiada lagi 'penghalang'. entah kenapa, lepas tengok satu klip video dekat fb member tadi, dengan ucapan salam maal hijrah buat hati terpukul.

"maal hijrah? laa..dah muharram ke? awal tahun islam? ya Allah..ape ko da buat ni Qurratul?!" itulah desis hatiku.

teruk terasa. peristiwa islam pun dah seakan lupa. terasa la jahil . kalau tak disambut, tak diheboh maal hijrah memang tiadalah suasana tercipta. maka barangkali mungkin lebih ramai lagi yang tidak menyedari peristiwa penting dalam sejarah islam. sebut pasal sejarah islam, aku hari ni baru habis jawab soalan periksa subjek dunia islam ~islamic world~ .

signifikannya hijrah dari kota mekah ke kota madinah. bukan hanya sekadar bepindah tempat, tapi berkorban harta dan jiwa. signifikannya peristiwa ni la bermulanya permulaan tarikh hijrah dalam kalendar islam.

penting untuk sedar dan ingat sebab di situ letaknya titik muhasabah. menilai kembali apa yang telah diperbuat selama ini. apa pentingnya muhasabah atau penilaian?

pentingnya untuk melakukan pembetulan, pembaharuan dan seterusnya pembaikan ke arah yang lebih baik.

baik. oleh itu, setelah aku tersedar yang esok adalah awal muharram, diri ini terus terasa untuk kembali menyingkap sejenak apa yang telah aku lalui sepanjang tahun ini.

ya Allah. bila cuba dilihat kembali post aku setahun yang lepas, memang ternyata lain rasanya. seakan bayangan 2008 masih lagi ada di sisiku. kenangan pahit, manis, suka duka silam segalanya dalam satu rasa. itulah tinggalan sejarah kenangan yang abadi. tak mungkin masa mampu berpatah kembali. dan kini tahun 2009 sudah tiba penghujung dan tirai bakal menutup pentas lakonan 2-0-0-9 / 1430H dalam sedikit masa lagi.

hatiku termangu-mangu sebentar. sejenak terfikir

"2008..hmm..apa yang aku dah buat eh?"

titik indah saat berakhirnya alam persekolahan, dan memasuki alam kolej persediaan namun di penghujungnya tidak ku duga ada satu dilema yang membelenggu dan melanda. kenangan itu ada indahnya dan ada pahit dan getirnya. saat hati dan perasaan tercedera. ku pohon maaf setulus hati. ketelanjuran ku melukakan dan membinasakan. lantas hanya mencipta memori luka pada seorang insan. penghujung itulah yang mematangkan fikiran aku dalam kehidupan. jauh di sudut hati, ku berharap punya peluang menjelaskan. saat hati tidak keruan. saatnya penuh kekeliruan. namun tidak pasti apakah realitinya penjelasan masih diperlukan. ku tinggalkan segalanya abadi dalam kenangan. itulah kenangan abadi yang akan sentiasa terpahat tika aku berusia 18 tahun. moga dapat jadikan pedoman dan sempadan dalam usia mencapai kematangan.

2009?
episod hidup yang baru hendak dimulakan. hati terasa ringan, tenang dan lapang walau gusar dan serba salah kadang-kadang menjengah. bermula tahun 2009 dengan azam dan harapan. harapan terbesar dalam hidupku saat itu. Jom sama-sama soroti kembali kehidupan yang penuh cabaran - di saat umur ku 19 tahun (sekarang pun)

Januari

masa ni memang sibuk fikir nak lepas cut-off point. tambah lagi dengan IELTS. plus, masa cuti sibuk nak habiskan community service yang 10 jam tu. tapi masih jugak tak cukup lagi 5 jam. tahun ni semester kedua persediaan untuk ke Kanada di Taylor's University College dalam program ICPU. ( International Canadian Pre-University). final semester lepas dah keluar result. tak lepas cut off point. aku ingat lagi semak keputusan dengan laili amalia. aku sebelah dia. dalam bilik dia. masa tu dekat kedah. rumah dia. sibuk dengan kenduri kawin anyah. terkedu jugak bila tengok keputusan dia. tapi aku tenang-tenang aje. cepat-cepat semangat nak buat lagi baik melonjak sambil bagi semangat jugak kat kawan aku ni jangan lemah semangat even keputusan tak macam kita harapkan. sama-sama berazam nak tinggalkan tabiat buruk, fikiran yang tak berkenaan, dan fikir cara studi yang lagi efisyen. subjek sem kali ni, aku amik

Canadian and International Law ~ Mr. Hanna ajar. ~again for 2nd time..^_^
Mathematics of Data Management ~ Ms. Malar
ENG4U ~ Mr.Ben

subjek tahun lepas

World History ~ Mr. George Easton Hanna
World Issue ~ Ms. Elizabeth Christie
ENG3U ~ Miss Natallie
Individual and Families in Diverse Society ~ Mr. Collin Shafer

walaupun 3 je. tapi tu pun struggle jugak. tambah pulak bila nak kena struggle IELTS jugak.
3 subjek ni memang mencabar. data mula-mula macam agak senang. memang aku skor. but at the end, macam terbabas sket. Law pulak, memang banyak kena baca. tapi tak jugak baca. bila nak dekat quiz, exam baru baca. memang cikai. itulah silapnya. ENG4U awal-awal lagi dah kena baca novel Pride and Prejudice. bersyukur jugak dapat kelas Mr. Ben. orang kata dia antara cikgu yang mmg mantap la. aku pun turut akui. cara dia, mmg lain la. but aku appreciate semua cikgu ada cara dia. cuma cara dia ni, macam push tapi tak too obvious. but still, akan kita tercatch up jugak nak tak nak. aku pun tak sangka aku boleh habiskan jugak novel tu(ini sebab ada quiz. kalau tak baca naye la). much better than novel tahun lepas. ( Lord of the Flies. teringat lagi watak Ralph and Piggy. ^_^). tapi rasanya, tahun lepas pun not too bad gak. cuma more banyak tau story dari soalan. tahun lepas ade study guide. tu pun ada buat tak buat.


nak cerita satu2 pasal perihal kolej memang takkan habis satu malam. ni baru bulan pertama. dan jugak bulan pertama sesi usrah bersama kakak naqibah yang baru, kak hanis. khabarnya baru balik dari jepun. tanggal 22 haribulan, bermulalah usrah kami dengan akak baru yang menggantikan kak atiqah yang disayangi. perginya kak tqa meninggalkan kami dengan amanah pada 'mak' usrah yang baru untuk meneruskan perjuangan di bumi kanggaru. (hmm..kat canada takde kanggaru ke ek?_)

usrah pertama, di awal tahun dimulakan dengan tema niat ikhlas dan hijrah.
hijrah dari jahiliah kepada Islam
hijrah dari malas kepada rajin
hijrah dari hina kepada mulia

then, berbicara pula mengenai belajar dan dakwah. hakikatnya belajar itu untuk dakwah.

*thanx win for allowing photocopy ur cute n lovely usrah notes. ^^


Februari

program-program tarbiyah masih berjalan. bulan dua ni je, ada program yang dengar macam berat. program K. tapi aku rasa, apa benda yang tak ringan sebelum ni? dengan sahabat-sahabat lagi yang macam dilema dengan usrah, n termasuk aku pun. tapi kuatkan hati ikut juga. kem di sungai merab memang antara yang berbekas di hati. dengan war game nya, tanggunjawab pemuda islam dan sayonara jahiliyah.

dalam masa yang sama jugak, masa ni, dah sibuk nak fikir universiti mana dah kena submit application. aku kecuakan jugak. sebab rasanya macam terlambat je bayar untuk univ kat OUAC (Ontario University Application Centre). Pilih pulak masa tu 3 je. orang lain semua dengar-dengar pilih 4-5. ada yang rasanya siap sampai 6. mak aihh..tapi aku tawakal je la. dalam fikiran memang fikir satu univ ni je yang aku nak pegi. tapi bleh dapat ke idak, wallahu'alam. ade gak rasa mcm unsecured, tapi pasakkan keyakinan kat Dia. memang bajet. sbb aku malas nak bazir duit. nak pegi univ nya satu je lagi pun. 3 pilihan dah cukupla bagi aku. kalau dapat yang lain-lain pun, tak pergi rasa macam tak guna jugak. tapi ada risiko jugak dalam masa yang sama. boleh terjadi, university yang diminta tu tak terima ke. tapi memang positive and confident, insyaAllah UofT akan accept aku! {memang bajet}


Mac

Keputusan mid term dah keluar rasanya. tak berapa ingat. n tinggal lagi tunggu nak amik keputusan IELTS untuk hantar application. by the end of this month rasa-rasanya masa ni dah sibuk-sibuk nak hantar application kat university by courier. Ingat lagi ada Ms.Saras yang sangat concern pasal kitorang.

however. satu dugaan Allah datangkan. IELTS tak cukup point! tak lepas requirement university. saat aku terima keputusan tu, aku memang tak fikir ape dah. even sebelum tu, dari turun bas, nak pegi amik result, dalam hati dok la ngucap. ya Allah kuatkan hati aku nak terima result harini. tup2, bila dapat, terus pandang overall band. 6.0. semua komponen 6.0 except speaking 6.5. tak sempat fikir apa, terus tanya, bila boleh resit? dalam fikiran, aku kena dapat 6.5 n above. balik tu, datang surau taylors yang baru, ape lagi sendu la aku sambil msg mama n abah bagitau tak lepas. ya Allah sedihnya..but mama said, kalau boleh resit resit je la. bukan duit takde. aku rasa macam satu tamparan jugak. tapi lepas tu cepat-cepat uruskan untuk resit n pilih tarikh paling dekat yang boleh amik paper IELTS.

laili pun overall band macam aku. aku teringat lagi satu masa ni, entah Allah datangkan ilham nak bagi kata-kata semangat kat dia n idea 'menggila' aku. n dia plak buat apa yang aku cakap. mungkin dah tersurat dalam takdir dia jugak. atur gerak kerja Allah. tup2, alhamdulillah. kat KY dah ko kan skang laili..rindu giler kat ko. sembang2 iman..pasal Allah, pasal akhirat..huhu..memang susah nak cari kawan macam ko. aku baru tersedar. dulu2 kita selalu je kan same2. belajar same2. tido bilik ko, belajar hamlet..macbeth. aku suke tengok meja studi ko. semangat!hmm masa balik casa, muka tensen je tapi kalau dapat jumpe, rase suke. then pegi kedai kak su..makan petang same2. balik solat same2. rindu saat itu sangat rindu....kurindukan jua alunan merdu ayat-ayat quran darimu. pernah sekali ko sakit kepala, ko mintak aku baca yasin..rindu..ada masa, mintak tazkirah. sama2 muhasabah diri. skrg ni? hmm..hanya Tuhan je tau. pedih hati.ku doakan yg terbaik buatmu sahabat..semoga tsabat dalam perjuangan. takkan aku lupa keikhlasan dirimu demi Dia, kesabaran hatimu demi Dia sepanjangan perjalanan tarbiyah kita di kolej tukang jahit itu. kutitipkan kalam ini atas kesedaran betapa berharganya diri seorang sahabat itu. saat bersamanya tak terasa diri bahagia itu ada bersama. namun saat 'kehilangan' bahagia itu sedikitnya pudar jua.

April

persediaan untuk IELTS kali kedua dilakukan lebih rapi. lebih-lebih lagi bahagian speaking. memang prepare sungguh. mintak Mr. hanna, Ms Christie, Mr.Ben coach, lagi jumpa kaunselor, practice speaking and mintak tips, buat appointment dengan mr.ben jugak. mintak nasihat. dan alhamdulillah. dalam gembira tak lekang ada sedikit gusar. hampir sampai ke penghujung semester. kemuncak 'impian' yang diandaikan titik penting dalam kehidupan. transisi hidup yang signifikan sekali. dalam fikiran, ada dilema, ada kecuakan, ada pengharapan. fly tak fly. itu kemelut hati dan jiwa. program tarbiyah masih berjalan. antara melangkah pergi tak pergi. korban rasa dan jiwa. dalam fikiran juga, tak kisahlah apa nak jadi. Allah aturkan jalan. aku cuba buat apa yang semampu daya. saat ini, penyakiT M kadang2 ada datang menyerang. tapi, final sudah hampir. CPT, dan segala projek akhir sudah sampai deadlinenya.

program tarbiyah masih berjalan. kali ni dengan daurah penguasaan bahan. mungkinkah ini daurah terakhir bersama ikhwah di taylors ? barangkali. teringat lagi. dalam nak dekat final kena fikir lagi pasal jaulah PD. meeting beberapa kali. ada je yang kita rasa mcm tak puas hati. memang kalut masa tu kan, win?..huhu..hanya Allah je tau. moga kita semua sedar khilaf kita.

Mei [episod air mata]

daurah dan jaulah berada dalam bulan ni. jaulah di saat-saat yang hampir dengan final exam. episod peluk erat-erat n episod air mata tu mmg masih lagi dalam ingatan. harapan kita bersama. masing-masing mencurahkan isi hati masing-masing. ya Allah syahdunya. rindu kalian..berukhuwah kerana Allah itu manis dan indah sekali.

masa daurah pulak, seminggu lepas kita habis exam. daurah yang memang 'basuh' n 'psycho' kita kan. tapi rasa seronok dapat dengar sharing dari akak2. memang bz jugak bulan ni. macam2 berlaku. iyela bulan terakhir dalam program persediaan untuk ke luar negara. bulan kemuncak. 'bulan penentuan', dan bulan pulun memulun. masa ni dah tak tefikir apa dah.. fikir, nak habiskan hingga ke garisan penamat. masih teringat, habis exam law, terasa lega sangat. lagi2 bila soalan yang keluar tu, ialah berkisar pasal research esei yang dah dibuat. oh ya. dengan konflik hantar assignment lambat, skip kelas sebab nak siapkan assignment. teruk betul tapi bagi pengajaran. lain kali kena organize time management. harapnya dah serik!

khabar yang tak tersangka kunjung tiba. gembira hati. namun apakah keputusan nantinya. hati tidak pasti. saat yang diketahui, keputusan penerimaan ke universiti di kanada. seperti yang diharap walau terduga, dapat offer letter dari UofT. syukur dipanjatkan. paling suka dapat berita ni, is Mr.Hanna! He so happy and dia kata cemburu aku dapat UofT. bila dengar dia kata macam tu, the only thing i feel is grateful.

dan akhirnya, keputusan akhir keluar jua. atas nasihat seorang sahabat, malam itu, hari sebelum graduasi, aku menyemak keputusan peperiksaan. masih ingat lagi. malam tu juga, rumah akhawat buat makan-makan. masak laksa sarawak kalau tak silap. dan malam tu jugak ada kumpul2. awin memulakan bicara. pada mula nadanya aku sudah tau. ko sama nasib ngan aku! makin lama, macam dah sayu bila ko mula bagi kata semangat bagi yang 'lepas'. liza terpinga-pinga. apa yang terjadi sebenarnya ni? dan realitinya diberitakan. macam seakan tak percaya. tapi itulah hakikat yang perlu dihadapi saat itu. harapan? masihkah ada harapan? hari esok perlu dihadapi dengan tabah. dalam hati hanya Tuhan yang tau. aku melihat sahabat-sahabat. saatnya aku cuba tahan sedayanya. melakar senyuman yang terasa pahit sekali. mendengar bicara hikmah dari teman-teman. ya Tuhan. perasaan tika itu hanya Kau lebih mengetahui.

tiba hari graduasi, aku cuba buang duka yang ada. datang taylors dengan teksi. sampai pintu gate taylor, meluru ke bilik jubah. sebelum tu ada jumpa miss christie. ingat lagi dia kata,

"ain..you are not numbers. you are human. "

ahh...rasa sangat berat campur terharu. aku tahan jangan biar titisan itu gugur di depan orang. sukar sekali. aku cepat mahu sembunyikan diri. pantas saja mahu mengesat air mata. hingga mata kemerahan. naik surau baru. jumpa mak cik cleaner. sayu pulak nak berpisah denga dia. aku ceritakan, aku dah tak belajar lagi dah kat taylors. aduh. rindu pulak kat akak tu. pernah jugak bertegur sapa, berkongsi cerita dengan akak tu. dari indonesia datangnya. pernah je dia pesan kat aku, selalulah amalkan baca yasin. nanti hati tenang sekali. rezeki Allah yang bagi. dulu dia pernah rasa sempit, tapi bila selalu amalkan, walau takde duit, tapi hati rasa aman. suke aku dengar luahan hati akak ni. selalu jugak sapa dia. baik hatinya. aku peluk dia, bergambar dia. sengaja cuba hiburkan hati yang sedang lara. sambil tunggu kedatangan mama abah. sayu. sayu sangat terasa. sampai sekarang pun,saat ni aku boleh lagi feel how the real feel that time.

graduation day should be a happy day. but i just can't deny that my heart not as happy as the day should be. i feel bitter inside looking to my left side. oh this is the side where people 'pass' the score. with happy faces. i look at my row. don't look at me though. u know the reality is.

i see her smile. how can she be so strong? deep in my heart, I hope I can enjoy this beautiful and significant moment that mama abah will see me graduated from this course. Not easy to get abah in such an event as I know how busy he is. If he can have time, that must be, he really make it hard. And still remember, i hugged miss christie twice and cry in front mr. frank while they try to explain to my parents about my situation. only tears can describe how I feel during that time. sad. yeah. undeniable. *{i'm really crying right now. but doesn't matter. biarlah ku tutup episod hidup 2009 ini, dengan insaf di hati}

dalam perjalanan balik, abah tak jemu bagi pesan. amalkan ratib. Allah nak suruh adik banyak2 mintak kat Dia. dulu mungkin ada lupa-lupa. sekarang ni Allah tekan sikit. biar bagi munajat banyak2 kat Dia.

abah memang tak lekang pesan suruh baca ratib. ada hajat khas, baca 40 kali. mengadap kiblat, dengan berwuduk, tempat sunyi. seikhlas hati dengan sungguh-sungguh.

aku turut je cakap abah. dalam hati masih meletakkan harapan. moga masih ada bunga pengharapan.

hati cuba cekal. lagu segenggam tabah kadang-kadang berputar.

Jun

bulan ni tak kurang sibuknya. sebelum jadi cikgu a.k.a ustazah kat SK Klang Gate, sibuk ke sana ke mari. buat permohonan untuk masuk IPTA tempatan. mama sungguh-sungguh. tak lekang tangan jugak. menghantar ke sana ke mari. pergi ke putrajaya entah berapa kali. hantar surat rayuan. tapi saat hantar surat tu, dah keluar dah surat khas suh belajar kat malaysia. hati cuba tenang-tenang menerima seadanya. masihkah ada harapan? atau haruskah aku tinggalkan harapan menjadi sekadar harapan? saat hati bergelumang dengan sendu, Allah kurniakan pelangi iaitu anugerah anak-anak kecil padaku.

saatnya aku digelar 'ustazah ain' oleh anak murid ( ajar budak darjah 1, 2), nak tergelak pun ada. segan pun ade gak. saat itu, sedih sudah hampir tiada, hidupku disinari gembira n bahagia melayan kerenah budak-budak. comel belaka. pengalaman mengajar, mengajar aku juga. macam-macam kenangan dengan kanak-kanak riang. tak kurang jugak ada pernah rasa geram. rasa nak cubit je, sbb tak nak dengar cakap( nak suruh belajar) tapi buat main2. sabar je la. nak lebih-lebih, fikir tu anak orang. tapi kalau fikir mcm anak sendiri, patut anak orang tu jadi orang kan? tapi apa2pun, budak-budak..tetap budak-budak. nak marah sangatpun tak boleh. kena chill. oh..pengalaman. memang pengalaman. masa mula2 datang, ada sorang ni tanya, (yang rasa memang tak bleh bla soalan dia)..

"kenapa ustazah comel sangat?"

nak ketawa. tapi segan depan budak2. nak perasan rasa macam tak bleh bla.

ada lagi, sorang ni tanya,

"ustazah..nanti ustazah dah besar nak jadi ape?"

dalam hati aku..'budak ni..aku ni tak cukup besar lagi ke.?.haih patutnya aku yg tanya dia'

sabar je la. memang macam-macam kerenah. ada yang comel, comel sangat. comel muka, comel perangai.ada yang, nakal tu..haih..Allah je tau. tapi budak2 ni memang betul la orang kata, lurus. cakap lurus dari hati. memang hati putih, suci lagi. ya Allah, tengok muka diorang, memang rasa tak nak berhenti mengajar. lagi2 fikir, ada yang tak kenal alif ba ta lagi. ada yang merangkak dengan quran. tapi hanya Allah je yang tau, apa yang terbaik buat hamba-Nya. saatnya terasa hidup manis sekali, bila yakin Allah di hati. apa-apa yang datang, ada hikmahnya untuk terjadi. dan bila fikir, peluang yang lebih baik menanti, terus rasa kenapa nak bersedih lagi? hati pun mula damai saat ini dan bahagia pula mula menyapa saatnya derita itu juga syaitanlah yang menghasutnya. pernah dengar bahagia dalam duka? mungkin itulah gambaran hati tika itu.

mula2 memang tak tau nak layan budak2. lama2 dah suke pulak dengan budak-budak ni. sayang sangat. terasa macam anak sendiri je pulak. takpe2 satu hari nanti insyaAllah . ^_^

to be continue ....

8 ulasan:

Syafiqah Najib berkata...

Ya Allah..
kenapalah..
sunyi betul malam ni,
bace post ni,
terhidu semula aroma ICPU,
dan semua yg berkisar dalam mase tu.

Tak sangka,
dalam setahun tu terlalu byk yg berlaku,
terlalu byk yg mengajar,
dan semua tu dtgnye dari Allah..

meremang bulu roma terdengar perkataan-perkataan yg sgt bersejarah,
IELTS
tarbiyah
CPT
usrah
jaulah
rehlah
katibah
OUAC
community service
fly
test
exam
assignmnet
pride and prejudice
Piggy and Ralph
graduation day
surat rayuan
dan semuanya...

teringat semula, saat diri ini sedaya upaya cuba pelbagai cara utk menyelamatkan ICPU.

bertenang...InsyaAllah..

zara berkata...

salam maal hijrah!!
I can't wait to read your next journal!!
Cpt la tulis...huhu=P
da abis exam kn??
ape2 pun, teruskan berjihad di bumi toronto!!!

Daffodil berkata...

ya TUHAN

qurratulain dear!!!
kenapa mencapubkan nama aku byk kali dlm post ko yg syahdu neh?
hehe (mcm nk kene baling pasir/snow pon ade..hehe)

ok..bukan itu pointnye..

hurmm..taktaw nk start kt mane..skg kat library..tbe2 tergerak nk baca your post..yg prison, sick sume tue..pastu scroll down..bile hang ckp panjang aku dah tersenyum dah..mmg ain lahhh!panjang2 tu stail die..hehe..lalu aku cuba bertenang dan cuba baca ayat first..then..baca..baca lg..sampai ayat terakhir..huhu
(hairan bin ajaib, kenape post ni mcm tak appear ritu ek?)
hurmm..maybe tak perasan..

bile ain tulis semua ni, u almost make me cry dear..and mcm ika ckp, syahdu..terasa aroma tu dtg..dan dlm fikiranku..aku terbayangkan dpn rumahku itu..lif..kedai kak su..umah ko..bilik..peta besar itu..mcm2..

entahlah ain..
bila pk and baca balik semua ni, aku teringat! YA ALLAH!!!aku telah lalui semua ini!

rase mcm nk tulis version daffodil lak.hehe..

boleh bg cucu kpd cicit aku baca nnti..hahaha

AND, sebenarnya bila pk balik..Allah dah rakam semua tu..hurmm..insyaAllah akan ada ganjaran atas kesabara..dan moga Allah terus menjaga kita..

RINDU AT TORIQQQQQ babeh!
ika! listen here! i miss youu!
and the others to0!

ain,tolong sambung cerita..termasuk adegan trauma daffodil malam itu..haha
jd pengajaran.

ALLAH KNOWS THE BEST!

ya Tuhan, rase nk picit hidung hang laa..haha
(no reason kan?hehe)

sebenrnya aku rindu.

and aroma itu..
ika paham maksudku

and yes dear!
win sgt2 paham bila ika ckp terhidu semula aroma ICPU

oh..betapa aku membayangkan kita berpimpin tgn di taman syurga~

terus hebat serikandi2!

everjihad berkata...

@syafiqah comel,

ika..
smua memori tu akan sentiasa terpahat di hati kita.
kadang2 kita mmg perlukan ruang n satu masa dalam hidup utk kita ingat balik apa yg kita dah lalui..
sebab antara apa yg kita dah lalui tu la kadang2 datangkan balik semangat yg dulu kita perjuangkan n jugak insyAllah kekuatan utk dibina..

awak..
kite faham sgt perasaan awak..
awak terus tabah k.

kite tau Allah lebih Tahu.
dan pasti Allah lebih faham.

n ingatlah..semua yg awak lalui tu takde satu pun yg sia-sia..

n perit yg dirasa, mesti Allah akan balas nanti dengan nikmat yang tiada tara..

percayalah..

jom same2 kite terus yakin dengan Allah walau apa pun yg melanda,
hanya Allah Ilah kita

realiti hidup kadang-kadang
tak semudah yg difikirkan.
tak sebahagia yg ditafsirkan
tak segembira yg dibayangkan
namun..hanya kerana ada Allah,
jiwa dapat merasakan.

saatnya semua yang terjadi tiada yg sia-sia belaka. segalanya punya hikmah dan rahsia.
walau apa pun terjadi, masih berada dalam pengawasan-Nya. tiada suatu pun yang akan terlepas pandang.

awak terus cekal n tabah tau.
kite selalu doakan awak.
moga Allah tak palingkan hati kita saat dia dah sedarkan kita dengan macam2..

ika yang dulu n ika yg sekarang kita kenal memang jauh bezanya. kuncinya ada pada tarbiyah.
semoga awak n kita semua terus tsabat kat jalan ni.

@zara dear,
wassalamu'alaik ya ukhti..

huhu..tetiba mood menulis terhenti. sedang mencari balik mood yg pergi bersama angin yang lalu.
sambungannya mmg mcm2 perkara yg tidak diduga..

haah.exam dah habis..
btw, teringin nak kenal ukhti lebih jauh lagi..
sungguh!

nt add la my YM or skype..
coz i cant reach u. here my id for both.
YM : fiesta_90
skype : everjihad

salam perkenalan =)

everjihad berkata...

@awin sayang,

haha..sori r.takde niat pun nak capubkan name ko.tak ingin kot ..:P..tp itulah realiti..haha..

ko neh uat ak rindu r ngan bilik ak..sayang banget seh sama bilik tuu..huhu..bersendirian memikirkan antara harapan, cita-cita, impian, cabaran,n kenyataan..

kenangan oh..kenangan..
nostalgia!

n ak dah terbayangkan balik bilik ak tuh skg..

bilik single..
ade meja studi,
then peta besar yg aku dah lakar siap2 dgn highlighter kuning dari msia toronto.b4 masuk taylor ak dah aim toronto dh.hny satu sebab; nk sambung blaja arab..

n then belakang pintu plak, ade tulis, "siapa aku?"

then depan meja studi, penuh kat dinding dgn mcm2. hoho. rs nk penuhkan satu dinding je.

then kat depan almari ade 2 gmbar.satu pic ade All right reserve to faith. actualy tu r pic yg ak bawak ms dlm kelas miss nat mase die suh define "beauty" in our own perspective.

sebut tu.teringat perasaan itu.huu

aku rindu win. kamu tahu kan? Allah lebih Tahu. huhu..

dengan niqab pink mase pegi kenduri kawin kak hanis.suke satu gambar kita together2 kat dpn mydin ms tunggu bas. dgn law punya reading kat tgn. sbb da nk exam.haha..

dgn niqab gk ms daurah. sukanye nak pakai.kdg2 tak tau nape.

n mase jaulah.wee..naik banana boat!! ingat lagi tak??


aha..bila ko sebut pasal selalu kena ketuk bilik ak bila nk gi daurah tu..haha..hehe...ak tau.ak manusia spesis ape. :P

oh teringt lak bila jln keluar casa..dgn purdah.beza rasa dia. huu..Allah je tau. huu..sukenye nk buat lg.(bleh ke pakai n buat hny sbb suke? huuhu)

pss..actually ak pnh pkai mase first week kt cni. :D..

sbut psl rumah ak..haha..aah kan. rumah ak depan ko..pagi2 ketuk..tanye da solat ke belum.pernah sekali missed . ko kate ko da smyg subuh.huu..sedey kot..but next time azam nk gi awal lg.

then solat sempit2 kat bilik ko.hee..pasal kipas..ak ckp pedas kot. tgk ko merah pedam. terus cuak + takott.. haha....

btw suke gak tgk tulisan2 jiwang kat meja studi ko. jiwang tahap cipan r..smp terpaksa curik2 nk pndg n tgok pe ko tulis. malu nk bace kott..:P

oh lg satu sebut meja studi ..ha ingt ag depan meja studi ak ade mind map goal. ak ingt ag..itu r mind map yg ak uat ms the first 2 ke 3 weeks kat taylors. n ak tunjuk kt mr.adnan (before that almost every week jumpe die for kaunseling in adapting to new transition of college life)..

atas meja studi plak crowded sket dgn laptop kat tepi n then few books.byk je buku ak bwk dr rumah tapi berhabuk tak terbaca pun. huu..

slalu gak tido atas lantai(tapi kena make sure lantai tak behabuk sgt) ..saje tak tido atas katil sbb katil sgt sedap kalau tido. sedap2 mmg bahaye.

aish..paling rase katil tu sangatla menggoda. katil ngan meja studi sejengkal je kott. (hiperbola..ehe)

oh teringat ak..pasal ayah ak penah citer. Rasulullah dulu tido atas pelepah kurma jek smp s.Aisyah kesian sgt tgk then satu ari ni dia tolong lipatkan pelepah kurma tu jadi 2..kire mcm nak bagi kusyen sket.

but then, malam tu rasulullah tido, terlajak smp subuh n tak bangun tahajud. then dia tny kat aisyah

'ya Aisyah..apa yg kamu dah buat dengan pembaringanku?'

aisyah kata,
' aku hanya lipatkan pelepah tu jadi dua'

nabi jawab,
tak perlu. kembalikan seperti sediakala. oleh kerana aku sedap tidur malam tu, aku sudah tertinggal utk bangun tahajud.

-pernah dgr tak psl citer ni?

smp camtu kot Rasulullah punya mujahadah nak bangun qiam..huhu..

everjihad berkata...

pastu ayah aku kate,
ha..kita ni jgn kata pelepah kurma, katil pun tebal bukan seinci tapi sejengkal tinggi tebalnya. mmg lg liatla nk bangun.

*btw, citer atas tu lebey kurg camtu la yg ayah ak citer kat ak. yg tu ak ceritakan dlm versi ak.

sebut lagi pasal qiam, teringat ak pasal ayah ak ckp kalau rasulullah tu dia solat smp bengkak-bengkak kaki dia...smp saidatina aisyah ckp pelik r tgok rasulullah ni. tgh2 mlm solat lagi padahal dah jamin da masuk syurga. tapi rasulullah kata balik, 'salahkah utk aku menjadi hamba yg bersyukur?' huuu..

sebut lg psl qiam, teringat lagi akak kate, the ultimate way to boost our iman is by trying to do the qiam. that should be our first step..

hny Allah je tau betapa susahnye nak istiqamah. jgn kate nak buat, nak istiqamah nak niat stiap mlm..sgtla mencabar kot. tp mmg setarala dengan nilainya di sisi Allah. yg susah tu la mahalkan? moga kita dpt teguh utk istiqamah

huu..ak xde r smp trauma. ko neh. jgn r sbut. dgr pkataan trauma pun dh terasa trauma. erm..ak suke nak pinjam kata2 bainin kat dak junior icpu

suke ak nak quote after her

Tlg la jgn pikirkan langsung kemungkinan perkara itu berlaku. Work hard for your best and think positively. Ape yg akan jadik akan datang, pikirkan di masa hadapan. Not now when u can still work it out.

so win.jom same2 stop the trauma. ayuh kita berhijrah!
episod baru jilid baru. tajdid azam baru. semangat baru. hidup baru. dunia baru.

n suke gak ak nak quote ayat2 dari post hilal asyraf psl

"Dunia tidak akan tertawan hanya dengan bicara. Sebuah negara hanya bisa ditakluk dengan usaha. Bukan usaha semberono, tetapi usaha yang penuh dengan perancangan yang bersungguh-sungguh.

Merancang adalah bukti kita punya matlamat yang jelas. Kita nampak ke mana kita hendak berakhir, apa yang kita mahu, dan apa yang kita hendak gapai, maka kita merancang, langkah demi langkah agar kita mampu mencapai apa yang kita harapkan.

Di sinilah baru berlakunya peningkatan. Kita tahu di mana kita hendak berehat, kita sedar di mana kita kejatuhan, dan kita akan nampak apa yang perlu kita muhasabahkan.

Dengan perancangan, apabila kita tiba ke titik-titik tertentu, kita akan mampu menaik secara berkadar terus dengan kehidupan, bukannya turun dan naik dengan mengikut keadaan. " - seorang hamba, Hilal Asyraf

huhu..terpukul jap ngan kata2 dia. harapnya dapatlah selalu je sentiasa rasa terpukul, tertampar..

ingatkan ak win..ingtkn ak dgn perancangan..kena rancang! tapi rncang je tak ckup..ingatkan ak dgn action. but then action je tak ckup..ingatkan ak jgk utk slalu ikhlas n tajdid niat...

betulkan kompas hati..

one quote in my previous post,
We face a challenge -- no matter how great -- because we know that on the other side there is always hope

n always rmember this

in difficulties always lie opportunities..

kita kena BERANI.
walau esok realitinya tidak pasti
semangat hari ni jangan sekali dibiar mati.

ape2 pun win..
Allah kan sebaik-baik sandaran
Allah sebaik-baik penolong

p.s: win..ko tau nape ak kene wat double post? surela sbb respon komen ko ni smp tak ckup space. bila nk publish xbleh. dia remind at most yg dia bg 4096 characters. ak da tules smp 4276 characters.hehe..cant help with that.

Maryam Zahidah berkata...

korang bau ICPU, maryam terbau2 SAM.

terasa sakit.

ain! comment panjang panjang panjang macam mau buat lagi satu post. haha..

Maryam Zahidah berkata...

ain terbau ICPU, maryam ada terbau2 SAm. wee~