Hari ni hari pertama aku jadi cikgu!
hmm..secara rasmi ke? entah.
pagi-pagi lagi kakak aku dah ajak pergi sekolah. Dia baru je ambik alih jadi guru ganti untuk 2 hari. hari ni masuk hari ketiga dia. Aku, terkebil-kebil je bila dia ajak cepat siap! Dia ni biar betul? Suka-suka dia je nak pass2 jawatan. ingat ni sekolah bapak dia punyer ke..haizz..
aku pun tak semena ikut je la. blur..memang blurr. jadi, ikutlah pergi sekolah. ajar budak darjah satu. mula-mula rasa, alahai ..apa nak buat ni..aku mana ada pengalaman. aku? mengajar? aku takde adik. skill melayan budak-budak nih memang aku takde bakat. tapi layan je la.
ok. aku menulis berdasarkan pengalaman, apa yang dirasa.
macam2 kerenah budak-budak ni. ya Allah hari ni memang separuh hari. jaga kelas 1 Bakalawi. aku jaga dengan kakak aku. itu ada kakak aku..kalau takde, agaknye macamana la..
mula-mula ajar pasal bentuk. pengamatan aku, lemah..ada budak cepat tangkap. ada budak kena terang 3-4 kali. sabar, memang perlu sabar. itu baru seorang. lepas tu, benda tu diulang-ulang benda yang sama kat 4-5 orang yang lain. perhatian pulak, tak dapat nak bahagi sama rata. ada budak, macam terasa dia tak diberi perhatian. aku rasa macam nak bahagi je badan aku nih kalau boleh. ada jugak yang macam berebut nak perhatian..sampai aku pun terkeluarlah bahasa aku.."bawak bersabar yang berhormat..." haha..konpem diorang tak faham.
setakat ni, kesabaran belum teruji. cuma tekak perit sikit. sebab kena guna suara banyak. budak-budak ada yang dengar cakap, ada jugak susah nak dengar cakap. ada jugak yang aku tak tau dia faham tak apa yang aku cakap. aku tak tau macamana nak ajar, kalau budak tu tak reti membaca. kalau tak tau baca, jangan katalah nak faham. kalau huruf pun ingat tak ingat. adoii..cabaran-cabaran..ajar melayu boleh tahan lagi.
masuk english, satu perkataan pun susah nak faham. even dah aku cuba translate, pun susah nak faham. mana silapnya?
masa ajar pasal bentuk, kadang-kadang berperang dengan masa. aku terfikir sementara. patut aku terangkan bukan hanya bagi jawapan. yang pentik budak tu faham. mula-mula aku memang cuba nak bagi faham. yang melengkung tu, curved. yang lorek tu flat surface, kalau yang tajam tu namanya bucu a.k.a edge. (bahagian-bahagian dalam bentuk) ini tak, aku rasa, sebab kekangan masa, kadang-kadang aku cenderung bagi jawapan terus tanpa tunggu budak tu berfikir, memahami. iyelah. kalau berjaya, aku berjaya fahamkan satu-dua orang budak. nak tunggu lagi 10 budak betul-betul faham, perlukan masa lebih.kadang-kadang memang akan ada budak yang tercicir. ada yang lampi. lambat. menulis, mengeja pun lambat. belum masuk nak faham. yang dia tau, itu jawapan dia. tapi apa maksud jawapan tu, susah nak pastikan dia faham.
cabaran..
walau darjah satu. walau hanya ajar mengeja, menulis, membilang. walau apa pun, aku tau ini tugas mulia. aku tau, aku kena fikir jangka masa panjang. aku tau, nampak macam remeh, tapi hakikatnya ilmu yang aku ajar ni lah bekalan aku bila dah mati. ilmu tu akan diorang guna sampai dorang mati. ajar membaca. yes. dorang akan membaca sampai bila-bila. jadi usaha tu takkan sia-sia. insyAllah. cuma perlukan kesabaran n passion.
tugas ni memang mencabar. mencabar minda, ketahanan emosi dan jugak fizikal. lama kena berdiri.susah nak duduk. nak pantau satu persatu. setiap budak perangai berbeza.
ada jugak aku terfikir, setakat ajar mengeja, membilang, tak perlukan ijazah pun. sayang sangatlah kalau sapa2 yang ada ijazah bidang yang berbeza dari pendidikan, tapi masyarakat tak dapat manfaat dari ilmu yang dia belajar tu. aku rasa, memang orang tu takkan rugi pun. contoh, kalau dia belajar undang-undang ke lepas tu tak de keje, jadi cikgu, dia jadi cikgu tak rugi. tapi masyarakat dan negara tu rugi. sebab ilmu dia tak tersalur. entahlah aku rasa masyarakat, negara akan kerugian.
solusi? hanya guru yang ada lulusan pendidikan je jadi cikgu. yang bidang lain, patut dimanfaatkan. barulah negara dapat begerak maju. kalau tidak nanti ada ketidakseimbangan lah. belajar fizik, kimia, bio, tapi ilmu tu tak dapat disumbang balik kepada masyarakat untuk dijana. aku cuma tak suka sistem yang mana, bila graduan belajar bidang lain masa universiti, bila tamat jadi benda lain. ye, aku tau keadaan meruncing. sebab tu jadi macam ni. tapi aku terasa macam masalah ni patut dikaji. supaya masyarakat dapat manfaat yang lebih.
wallahu'alam. sekian coretan kali ini.
pengajaran.
aku kena belajar lebih lagi.
7 ulasan:
ku memahami keperitan itu...
http://xhensemtpmacho.blogspot.com/2008/12/ckg-macho.html
X habis baca...=) Tapi cukup kelakar. hahaha=p..wat la. bdak-bdak tu..he2. kelakar betul. memang memerlukan kesabaran yang tinggi=p=p Salam my dear..
hayya nasbir ala kullu ma u`tiyallah `alaina..innallah ma`assobirin..
Terkenang memori darjah satu~
=)
Kuatkan semangat,yeah!
salam ain dear
hehe
kelakar
memang kelakar
:)
salam.. walaupun dah agak lewat rasa nak komen juga.. teracess blog ni dp blog jejak2 arrijal.. aa mmg ada beza guru yg ada sijil perguruan dg yang tak ada sijil tu.. makcik pernah ngajar sblm ada sijil dan slps ada sijil.. pengetahuan & pengalaman berbeza..n ngajar dak2 sek rendah beza ngan sek men rendah n beza lg ngan dak2 sek men. w/b/pun seronok jd cikgu ni lbih2 lg klu pelajar sayang kat kita.. dan yg last tu mmg ramai orang jd cikgu bila dah tak dpt keja lain..
betul sungguh. cuma saya kurang berkenan la bila takde keje, jadi cikgu. ntahla. pda sayalah, saya tak suka orang '2nd class' kan profession cikgu. ibarat macam, the very last option, jadi cikgu. macam cikgu ni pilihan terakhir. saya kurang berkenan la bab 'pandang rendah' tu.
cuma, tak dinafikan. walaupun last choice, ada insan yang memang jatuh cinta dengan kerja sebagai pendidik ni sampai dah tak toleh ke belakang dah. sanggup berkorban. saya tak pertikaikan mereka yang jadi cikgu, sebab walau macamana pun, yang pilih jadi cikgu(kalau dulu bidang lain dari pendidikan), dia akan tetap untuk. tak rugi pun jadi cikgu .cuma saya rasakan, masyarakat tu sendiri akan rugi. sebab ilmu yg ada pada individu tersebut tak berkembang. melainkan kalau ilmu2 yang dia belajar tu digunapakai semula masa mengajar.
saya bagi contoh, katakanlah bidang si pulan ni ICT tapi kemudian jadi guru mengajar tahap 1..
belajar ICT untuk 2-3 tahun.
saya rasa kurang releven. masyarakat akan rugi bilamana ilmu yang ada pada individu ni tak berkembang. kecualilah kalau dia sendiri usahakan untuk kembangkan ilmu dia dalam ICT tu lain dari masa dia mengajar
tapi bab pengalaman yang berbeza bila ada sijul takde sijil tu memang tak dinafikan. pengalaman saya setelah seminggu berhadapan dengan kerenah budak2, ada yang kadang2 mencabar. membuatkan saya perlu menjadi kreatif.
paling mencabar, tak nak bagi dorang main masa mengajar. nak tarik minat dorang belajar tu cukup susah. walau depan2 kita, selamba dia jek buat keje lain. sabar je la. pernah sekali, saya emosi. marah dengan budak2 tak dengar cakap. memang angkat suara habis la. senyap semua. tapi lepas tu, tak dan seminit, dah buat perangai balik.
budak yang bangsa tak faham orang marah. dia buat hal dia jek. masih memikir cara macamana nak deal dengan budak2 ni. care to share any experience?
nak marah sangat, tak boleh jugak. kadang2 tu, tak terlayan. sorang2 lain kerenah dia. maklumla budak2. kejap cubit kawan sebelah. lepas tu menjerit kawan tu. mengadu. sorang lagi pulak, asyik mintak nak ke tandas. buatla macam2 alasan.
pening kepala kadang2 nak menjaga budak2 ni. belum lagi nak mengajar. kadang2 mengajar pulak, payah nak dapat. ada budak cepat ada budak lambat. yang cepat mengata budak lambat. yang budak lambat tu pulak mula dah rasa malu.
mengajar vs mendidik.
mu'allim au murabbi?
i hope i can be a good murabbi and a good mu'allim. insyAllah. moga ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan
doakan saya.
Catat Ulasan