Jumaat, Jun 26

Pujukan Abah..

kata abah, isi ceramah syeikh afeefuddin masa dekat jenderam kelmarin, pasal erti syukur dan syukran. ada dua jenis syukur. satu tu bila dapat nikmat, dapat benda yang kita mintak, dan2 kita dapat bila masa kita nak, itu kita kena syukur.

lagi satu, bila kita mintak sesuatu, tapi belum dapat lagi, yang itu kita kena lagi syukur. namanya syukran. terima kasih kat Allah sebab tak dapat lagi. tanda Allah sayang kat kita lebih sebab Dia nak dengar suara kita meminta-minta pada-Nya. tanda Allah nak tingkatkan makam(darjat) kita.

maksudnya kat sini, kalau tak dapat apa yang kita hajatkan tu, kena bawak banyak BERSABAR sebab Allah sebenarnya nak kasi benda yang lebih baik bagi kita.[jadik, jangan sedey2.huhu ~_~.masih cuba mengubat duka di hati..takpela Allah tu lebih Maha Mengetahui..]


ada 3 benda yang Rasulullah ada sebut pasal benda ni. ni abah yang cakap la. dalil dan sumber yang sepenuhnya aku pun tak tau.
huhu..

pertama, bila kita mintak, Allah bagi dan2 tu jugak.
kedua, kita mintak tapi Allah tak bagi lagi apa yang kita mintak tu, Allah simpan.
ketiga, Allah tak bagi apa yang kita mintak, tapi Dia ampunkan dosa kita, kalau ada bencana yang akan menimpa kita, Dia jauhkan.

agaknya ini semua kelebihan doa tu sendiri.

pastu, abah ada kata lagi, nanti ada jugak manusia yang kat akhirat sana, menyesal. menyesal kenapa dulu kat dunia dia mintak macam2, dan dapat dan2 tu. dia menyesal dia mintak macam2. sebab dekat akhirat lagi macam2 yang ada.

ada jugak macam tu ke..getus hatiku.


bila dengar benda nih..seakan terpujuk dengan kata-kata Abah..
yelah..keadaan aku sekarang nih ~tak lepas cut-off point JPA. tu takper lagi. tapi lagi 1% je utk diflykan. huhu..menguji..sungguh menguji...hanya Allah je tau macamana rasanya..ye la hasrat dan impian yang sekian setahun diperap dan didasarkan. huhu..takpela Allah tau apa yang terbaik..tu je yang termampu nak ckp walau agak perit. Besar sungguh dugaan kali ini..~_~

tapi, ada jugak benda-benda lain yang Abah cakap, aku rasa terpukul. err..dari segi perangai kat rumah..hanya Allah je la yang tau..huhu..tak perlu diceritakan di sini..

abah kata, kalau kuat dakwah, tak boleh pakaian je hebat. perangai pun kena jaga. dalam dan luar.

masalah aku, aku memang selalu rasa, memang bermasalah soal dalaman. hanya Allah je tau. luar nampak 'bagus' tapi dalaman..ya Allah..

lagi pasal result..

76% where is another 4% ? check n balance.
time management is very important.

if you absent class, it means your time management is not good.(abah tak kata bad. huhu..sunggu postive abahku ini..)

you fail to manage your time. ~yea... thats right. huhu..i skipped class to do my assignment.~

the most important thing is to learn the important thing.
do the important thing in your time management.
kadang2 u banyak masa, tapi u tak belajar benda yang penting untuk dipelajari. itu yang silap.
lagi, kena banyak baca ratib, zikir, ingat Allah. tengok macam sekolah tahfiz tu, hafal quran. kenapa? sebab nak bagi otak tajam. asah otak bagi tajam supaya bila dalam kelas, dengar sekali je dah terus masuk kepala.itu guna dia.

room for improvement! failure is the starting point to success!
semua ujian ni ada hikmah dia. ada sebabnya. fikir apa kekurangan diri. muhasabah balik.

nak jadi orang berjaya, kena ada goal tinggi. plan apa nak buat.

sekadar perkongsian.. kalau aku mati hari ni, harap ada yang dapat ambik iktibar dari perkongsian ni. ilmu untuk hari ni yang ciput tapi aku harap bermanfaat dan satu amanah untuk aku sampaikan kepada manusia lain.(teringat akan saudara seislamku mikael a.k.a michael jackson yang telah kembali ke rahmatullah di usia 50 tahun,semalam. semoga rohmu berada dalam rahmat Ilahi)

*********************

diri masih dalam pencarian

akan arah tuju hidup ini
diri masih belajar
menerima hakikat diri ini
langit tak selalu cerah
kadangkala pelangi berselindung di balik awan
diri masih berselirat sukar
percaya kata hati
percaya iman di hati
yang ini terbaik buat diri
walau tak seindah yang diimpi
ingatlah yang indah itu hanya di syurga nanti
kelak impianmu kan pasti direalisasi
salam tabah buat diri
salam mujahadah sebagai benteng
dari dikawal nafsu insani

aku hamba Tuhan yang lemah
moga tarbiyah ini menguatkan diri
menyedari hakikat hidup ini
erti hidup ini

mutiara hikmah
~ tidak akan dirimu gundah walau sekali
andai kau tahu apa yang dicari ~


*********************

25june2009
after isyak
9:09PM

1 ulasan:

denaihati berkata...

Janji ALLAH terberiman KITA sebelum kita diuji...ALLAH akan uji kita mengikut kemampuan...antara ujian ialah apabila Doa kita di terima juga apabila DOA kita belum dikabulkan...