terima kasih ya Allah untuk hari ini,
hari yang lepas dan yang akan datang.
terima kasih kerana memilih aku untuk diuji
terima kasih ya Allah kerana masih mengasihiku
walau selalu aku terlupa pada Mu
Dunia ini tempat ujian.
Tempat diuji sejauh mana keimanan.
Kadangkala terbit di hati,
mengapa aku tak terasa seperti diuji?
kali ini benar aku terasa diuji.
andai ujian ini membuahkan iman,
andai ujian ini membuatkan taqwa,
andai ujian ini membuatkan amal
aku terima seadanya.
aku terima dugaan dari Mu
moga aku menjadi kuat
lisan itu bukan hanya sekadar berkata
kira kini aku benar-benar diuji
sungguh, aku mohon untuk terus bergantung dan berharap padaMu
jangan kau palingkan hatiku selain Mu
i just want to smile. Thank you Allah for this gift.
I should not be sad. I should be happy with it.
my Lord, Thank you for choosing me. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan