Selasa, Disember 1

Sunyi, gundah, kosong, sendiri, ILAHI...


Tegerak hati untuk berkongsi satu puisi hati yang puitis mengajak diri untuk menjadi hamba yang dekat dengan Ilahi.(bukan nukilan hati ini, tapi seorang hamba Ilahi)


Di dalam hati, terdapat kesunyian yang takkan terubat

Kecuali dengan mendekati Ilahi

Rasa sendiri,

Namun Ilahi sentiasa mendekati

Hanya dengan jambatan keimanan

Baru mampu berkomunikasi


Di dalam hati, terdapat kegundahan yang takkan reda,

Kecuali dengan kembali kepada Ilahi,

Rasa sukar,

Namun Ilahi sentiasa membantu diri

Hanya dengan deria keimanan

Baru mampu merasai,


Di dalam hati, terdapat kekosongan yang tak dapat diterjemah

Kecuali dengan apa yang disampaikan oleh Ilahi,

Rasa kosong,

Namun Ilahi sentiasa memberi

Hanya dengan hubungan keimanan,

Baru rasa terisi


Manusia, tidak sendiri

Tetapi merekalah yag menyendirikan diri

Memisah diri daripada Ilahi

Akhirnya sepi sunyi sendiri








Tiada ulasan: