Mula2 aku saja selak2 baca kitab shahih bukhary, tapi lama2 fening. mungkin bahasa agak tinggi. atau pun hadis-hadis ni baca buat aku gerun. sebab baca, tak berguru takut lain paham dia. syaitan yang jadi guru. baca2 saja tak boleh. itu pesan abah.
Pertama yang aku nak kongsi, dari shahih bukhary, yg apa aku faham, cara solat berjemaah. bila imam baca sami'allahuliman hamidah. kena tunggu smp imam sujud; kening mencecah bumi, baru kita turun. sbb alkisah, sahabat2 nabi2 tak berganjak setelah bacaan tu sehingga nabi dah sujud sempurna baru mereka turun sujud.
Itu yg aku faham.
kemudian, aku selak2 buku Terjemah Al-Hikam. yang aku terselak terus kepada topik BERSANDARLAH KEPADA TUHAN, DAN BUKTIKAN KEHAMBAANMU.
ada yang dapat aku faham, ada jugak yang tak berapa nak tangkap. sebab aku tau, kitab hikam ni bukan sembarang2 kitab. ini kitab ilmu dia tinggi. Aku pernah cuba baca2 masa aku tingkatan 3, pernah dimarah abah suatu ketika. sbb katanya, belum sesuai. baik baca bagi khatam kitab bidayatul hidayah. aku hanya akur. sbb mmg aku dapati ilmu dia agak tinggi dan mendalam.
tapi harini, aku nak ekspreskan apa yang aku tertarik dengan isi kandungan kitab ini. moga punya manfaat terutama buat diriku dan yang membacanya.
143) Engkau lebih memerlukan maaf dan kesabaran Allah, ketika engkau berbuat taat , melebihi daripada keperluanmu ketika engkau berbuat maksiat dosa.
mafhum, - taubat kerana taubat maksiat itu cukup hanya satu kali, sedang taubat berbuat taat harus seribu kali ganda. sebab taat yang diliputi oleh ujub, sombong, riak, tak ikhlas itu akan berubah menjadi maksiat yang lebih besar dan org tidak akan menyedarinya. sebagaimana terjadi jatuhnya iblis setelah lama taat dari singgahsana kehormatannya.
amal yang tidak ikhlas kerana ALLah tiada harga di sisi Allah. dan nilai ikhlas yg macamana? itu rahsia Allah.
kemulian seorang HAMBA hanya ketika bersandar diri kepada Tuhannya, dan jatuhny aseorang hamba bla ia telah melihat dan berbangga dengan dirinya sendiri. Sedang manusia ketika berbuat taat merasa dirinya sudah baik lalu berbangga dengan amal perbuatannya itu, kemudian menghina orang lain. padahal, alamt perbuatannya jika diperhati dalam hal keikhlasan tidak mungkin akan diterima bahkan itu semua palsu belaka di sisi Allah.
Allah telah menurunkan wahyu kepada seorang Nabi: Beritahukan keada hamba-hambaKu yang bersungguh-sungguh beribadat kepadaKu, janganlah kamu tertipu oleh kesombongan dengan amal perbuatanmu itu, kerana apabila Aku menegakkan benar-benar keadilanKu, pasti Aku akan menyiksa mereka dan itu bukan suatu kezaliman terhadap mereka. Dan katakan kepada hamba-hambaKu yang telah berbuata dosa, tiada suatu dosa yang tidak dapat kuampunkan. Maka Janganlah kamu berputus harapan dari RahmatKu.
simply put; yg aku faham,
jgn ingat kita buat baik, taat atas ikhtiar sendiri. tapi HAKIKATnya, itu semua kurnia Allah. kita mmg takde daya langsung nak buat apa2 perkara melainkan atas pertolongan Allah jua. itu sifat sebenar kehambaan.
jgn pernah rasa putus asa utk mohon ampun bila dah buat dosa. jgn pulak jadi sombong, dah buat dosa tapi tak reti nak taubat.
paling penting, perlu ada rasa roja' dan hauf. takut dan harap. sbb walau kita taat, apakah pasti kita benar2 taat. mungkin disebalik ketaatan kita terselit sifat2 bangga, riak, sombong, maka itu semua yg mencacatkan amal di sisi Allah. maka, setiap ketaatan perlu terselit TAKUT, dan HARAP. sbb takut2 Allah tak terima amal kita yg mungkin tak cukup sempurna, tak cukup ikhlas. Allah itu Maha Mengetahui.
Sifat orang mukmin jika dipuji
153)orang-orang yang memuji pada disebabkan oleh apa yang mereka sangka ada padamu, kerana itu engkau harus mencela dirimu kerana apa2 yang benar-benar engkau ketahui pada dirimu
- xboleh tertipu dek pujian org yg tak tau hakikat diri kita. smpaikan seolah2 merasa sudah semprna dan merasa layak dipuji. tapi kita kena berdoa seperti ini:
"Ya Allah jadikanlah aku lebihbaik dari apa yang mereka sangka, dan ampunkan bagiku apa-apa(dosa-dosa) yang tidak mereka ketahui. dan jangan dituntut dgn apa yang mereka katakan.
- siapa yg merasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, beerti ia telah mengizinkan(memberi ruang dan kesempatan) keada syaitan untuk masuk dan merosak iman dan fikirannya.
154)seorang mukmin jika dipuji orang, malu pada Allah kerana ia dipui dengan sifat yang tiada pada dirinya.
- seorang mukmin yang sesungguhnya ialah tidak merasa dirinya mempunyai sifat2 yg layak utk dipuji sbb ianya hanya merasa mendapat kurnia Allah jika ia dapat berbuat sesuatu yg baik dan sama sekali bukan dari usaha kekuasaan dan kehendak sendiri.
155) sebodoh-bodoh manusia iaitu org yg meninggalkan(mengabaikan) keyakinan yg sungguh ada padanya, kerana menurut persangkaan yang ada pada org2.
yg yakin ia ketahui bermaksud kekurangan-kekurangan dan dosa-dosa yg telah dilakukannya atau kerendahan akhlak dan kelemahan imannya sendiri.
kesimpulan :- jangan tertipu dengan pujian org.
Andaikan Nur Imanmu telah terang, pasti dapat melihat Akhirat
147)Andaikan nur keyakinan itu telah menerangi hatimu, nescaya engkau dapat melihat akhirat itu lebih dekat kepadamu sebelum engka melangkah kaki kepadanya, juga nescaya engkau akan dapat melihat segala kecantikan dunia ini, telah diliputi kemuraman kerosakan yang bakal menghinngapinya.
Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya nur cahaya jika masuk dalam hati, terbuka lapanglah dada untuknya. Ketika Nabi s.a.w. ditanya: Ya Rasulullah apakah yg demikian itu ada tandanya? Jawab baginda: Ya, iaitu merenggangkan diri dari dunia tipuan, dan condong pada akhirat yang kekal dan bersiap-siap untuk menghadapi maut(mati) sebelum tibanya.
Anas r.a. berkata: Ketika Rasulullah s.a.w sedang berjalan berjumpa denan seorang pemuda dari sahabat ansar, Rasulullah terus bertanya: Bagaimanakah keadaanmu hai Haritsah pada pagi ini?
Jawabnya: Aku kini menjadi seorang mukmin yang sungguh.
Rasulullah berkata: Hai Haritsah, perhatikan perkataanmu. kerana setiap kata itu harus ada bukti hakikinya.
Maka berkata Haritsah: Ya Rasulullah, jiwaku jemu dari dunia, sehingga aku bangun malam dan puasa siang hari, kini seolah aku berhadapan dengan arsy, dan melihat ahli syurga sedang ziarah menziarah antara satu dengan yang lain sebgaimana seolah-olah aku melihat ahli neraka sedang menjerit-jerit di dalamnya.
Bersabda Nabi s.a.w.: Engkau telah melihat, maka tetapkanlah(jangan berubah)/ Seorang hamba yang telah diberi nur iman dalam hatinya.
Haritsah berkata: Ya Rasulullah, doakan aku mati syahid, maka Nabi s.a.w. berdoa untuknya.
Dan pada suatu hari ketika ada panggilan untuk berjihad ( Wahai Kuda Allah segeralah), maka dialah yang pertama menyambut dan yang pertama mati syahid. dan ketika ibunya mendengar berita bahawa anaknya telah mati syahid, ia datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w
"Ya Rasulullah, beritakan kepadaku tentang Haritsah puteraku. Jika ia disuga aku tidak akan menangnis atau menyesal selama hidupku di dunia!
Jawab Nabi saw.:
"Hai ibu Haritsah, bukan hanya satu syurga tetap syurga di dalam syurga-syurga. dan Haritsah telah mencapai firdaus yang tertinggi. Maka kembalilah ibu Haritsah sambil tertawa dan berkata: Untung-untung bagimu hai Haritsah.
Jawabnya: Aku kini menjadi seorang mukmin yang sungguh.
Rasulullah berkata: Hai Haritsah, perhatikan perkataanmu. kerana setiap kata itu harus ada bukti hakikinya.
Maka berkata Haritsah: Ya Rasulullah, jiwaku jemu dari dunia, sehingga aku bangun malam dan puasa siang hari, kini seolah aku berhadapan dengan arsy, dan melihat ahli syurga sedang ziarah menziarah antara satu dengan yang lain sebgaimana seolah-olah aku melihat ahli neraka sedang menjerit-jerit di dalamnya.
Bersabda Nabi s.a.w.: Engkau telah melihat, maka tetapkanlah(jangan berubah)/ Seorang hamba yang telah diberi nur iman dalam hatinya.
Haritsah berkata: Ya Rasulullah, doakan aku mati syahid, maka Nabi s.a.w. berdoa untuknya.
Dan pada suatu hari ketika ada panggilan untuk berjihad ( Wahai Kuda Allah segeralah), maka dialah yang pertama menyambut dan yang pertama mati syahid. dan ketika ibunya mendengar berita bahawa anaknya telah mati syahid, ia datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w
"Ya Rasulullah, beritakan kepadaku tentang Haritsah puteraku. Jika ia disuga aku tidak akan menangnis atau menyesal selama hidupku di dunia!
Jawab Nabi saw.:
"Hai ibu Haritsah, bukan hanya satu syurga tetap syurga di dalam syurga-syurga. dan Haritsah telah mencapai firdaus yang tertinggi. Maka kembalilah ibu Haritsah sambil tertawa dan berkata: Untung-untung bagimu hai Haritsah.
Anas r.a juga berkata: Pada suatu hari Muadz bin Jabal masuk ke tempat Nabi s.a.w. sambil menangis, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.:
"Bagaimanakah keadaanmu pagi ini hai Mu'adz?"
Jawab Mu'adz: Aku pagi ini mukmin benar-benar kepada Allah.
Bersabda nbi: Tiap-tiap kata yang benar itu harus ada bukti hakikatnya. Maka apakah bukti pernyataanmu itu?
Jawab Muadz: Ya Nabiyallah, kini jika aku berada di waktu pagi merasa mungkin tidak sampai petang, dan jika petang merasa mungkin tidak sampai pagi, dan tiap melangkahkan kaki merasa mungkin tidak dapat melangkahkannya yag lain dan terlihat kepadaku seolah-olah manusia semua telah dipanggil untuk menerima suratan amal bersama dengan Nabi-nabi dan berhala-berhalanya yang disembah selain dari Allah, juga seolah-olah aku telah melihat siksa ahli neraka dan pahala ahli syurga.
Maka bersabda Nabi saw, telah mengetahui maka tetapkanlah.
Rasulullah s.a.w etika memberitahukan kepada sahabat-sahabatnya hal gugurnya sahabat Zaid bin Haritsah dan Ja'far bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah r.a berkata :
Demi Allah, mereka tidak akan senang andai mereka masih berada antara kami.
Rasulullah memberitakan demikian dengan air mata yang berlinang-linang.
1 ulasan:
salam
kitab alHikam
sebenarnya buku tu bekaitan dgn hal sufi
dan ada kaitan dgn tasawuf
tasawuf pulak ada kaitan dgn aqidah
sbb tu berat dan payah
ana pun skrang tgh blaja dari sorg
ustaz berkaitan dgn aqidah
mmg berat n susah fhm
sahih bukhari
kitab plg bagus dan plg sahih untuk fhm hadis
dan jgn terkejut if ada antara hadis tu yg bercanggah dgn amalan kita kat malaysia ni
nice blog
Catat Ulasan