Rabu, Disember 24

Maafkan diriku wahai usrah

wahai usrah,
wahai tazkirah,
wahai tarbiyyah,
wahai dakwah.

maafkan diriku.
seringkali aku menodai kesucian kalian
seringkali aku mencabul kehormatan kalian
seringkali aku mencemarkan kedaulatan kalian
seringkali aku merosakkan kemulian kalian

diriku
mungkinkah selama ini pura-pura yang kutonjolkan?
mungkinkah selama ini puji-pujian yang lebih kudambakan?
mungkinkah selama ini 'kehormatan' yang lebih kurasakan?

wahai mama,
wahai abah
usrah itu tidak bersalah
tazkirah itu tidak bersalah
agama itu tidak bersalah
hanya diriku jua yang bersalah
namun aku jua punya kelemahan
aku jua punya kekurangan
aku bukan manusia sempurna
tak kupinta untuk jadi dai'e
tak kupinta gelaran itu
tak kupinta diriku disanjung tinggi

salahkah usrah itu?
salahkah mendengar tazkirah itu?
salahkah menyampaikan pula?

salahkah aku mengikuti usrah?
salahkah aku menyampaikan tazkirah?
salahkah aku mengikuti tarbiyah?

ya itu tidak salah. namun andai akhlak mu tidak mencerminkan mereka,
andai pembawaan mu tidak seiring dengan mereka, itu lebih bersalah.

bukankah itu jua kebencian dan kemurkaan paling besar 'Azza wajal?

kabura maqtan 'indallahi 'an taqulu ma la ta'lamun.

kebencian besar di sisi Allah bagi mereka yang mengatakan sesuatu tetapi tidak melakukan.

Allah jua berfirman,
kamu menyuruh mengerjakan kebaikan namun apakah kamu lupa pada diri sendiri?

maafkan diriku wahai usrah.
maafkan diriku wahai tazkirah.
maafkan diriku wahai tarbiyah.
mungkinkah aku perlu berhenti mengejar kalian?

kerana kerdil dan lemahnya diri ini untuk berdiri teguh bersama kalian.
kerana lemahnya diri ini untuk menjaga nama baik kalian
mungkin ini saatnya untuk meninggalkan kalian?
bersama kalian mungkin tidak membawa kebaikan buat diri ini?
bahkan aku hanya menambah dusta, menambah cerca, menambah fitnah pada diri kalian

kalianlah yang menjadi sasaran utama dipersalahkan
kalianlah yang pertama mereka lihat
yang merupakan 'watak' pada peribadiku

Duhai mama abah
aku sayang kalian
tak terucap dengan kata-kata
tak terlafaz pada bibir
namun aku cinta kalian demi Allah

hanya sahutanmu kulambat sahuti
hanya kerana suruhanmu lambat kukerjakan
hanya kerana itu
'cercaan' pada 'mereka' yang kudapati
terasa hinanya diri ini
malu tak terkira

Duhai Tuhan yang menciptakan diri ini
Aku insan lemah
Seringkali ku tersungkur dengan bisikan syaitan
diri yang lebih dikuasai nafsu duniawi

usrah itu tidak bersalah wahai mama
agama itu tidak bersalah
namun aku yang bersalah
hakikat jiwa yang masih penuh debu-debu dosa
lantaran nafsu menguasai jiwa

perjuangan itu bukanlah indah belaka
tidak seindah kata-kata
manis menuturkan
pahit melakukan
andai diri dibiar berlarutan dalam kejahilan
pasti kan menjelma akhirnya kebinasaan

apa aku harus lakukan?
tinggalkan usrah?
tinggalkan tazkirah?
tinggalkan mereka
kerana engkau hanya menambah dosa, menambah fitnah pada mereka
bila mana dirimu tidak seiring yang dibawa
bila mana dirimu hanya 'indah khabar dari rupa'
lantas fitnah melanda.

atau itukah bisikan syaitan.
atau perintah Tuhan yang lebih mengajar
"bangun! dan berilah peringatan! dan sucikan dirimu dari dosa"

ini sebuah dilema.
dilema demi dilema aku dapati
demi sebuah kebenaran
aku dilanda 'amukan'
angkara siapakah?
yang bersarang di hati insan

aku redho.
mungkin ini ujian TUhan
mungkin ini ujianNya
yang mungkin kerana
aku yang LEKA, aku yang ALPA, aku yang LALAI
dari mengingatiNya, dari mentaatiNya,
terpedaya dengan 'keseronokan' nafsu dan dunia.

Wallahu'alam.


[mood: sedih dgn diri sendiri, malu dgn Allah]

4 ulasan:

~justpartoftools~ berkata...

salam q.ain sayang :)

alhmdllh, Allah temukan kite lg skali kat taylors kan..
u're my junior,sis

hurm..
akak amat happy bile awk ikut tarbiyah gak
awak amat hebat
everytime akak jumpe awk kat surau lama taylors, mesti ade citer terbaru from u my dear sis
a very nice sory
yg mane, bila akak dgr je akak pon jd semangat
awak hebat lah q.ain..

yup, tarbiyah ni mmg ssh nak diterima oleh org yg tak fhm ape yg kite fhm
itula ujian Allah nak uji
kite sanggup tak berkorban
bende best mmg payah nak dpt kan?

awk mesti dh dgr hadith ghulam kan?
mcm mane hebatnye, beraninya Talhah dlm medan juang da'wahnya

awak pon bole jd mcm tu
ops silap, bukan bole
tapi MESTI!!!
hehhe..bukan ugut..tapi nilah yg bestnye
akak dh rase n tgh rase
amat best..sgt best

n akak harap sgt kite berdua dpt tolong adek2 kat seri keramat tu
diorang pon mesti nak dgr bende best kan?

akak tunggu awk, biler awk ready bgtaw ek...

q.ain syg, kebenaran takkan terbukti tanpa melihat pengorbanan sebelum ini...

so, kite kene berkorban adek!!!

q.ain, berusaha!!!!

salam sayang dr kak azie :)

Daffodil berkata...

salam buat sahabatku at-tariqku

kau dan aku!
adakah kita sama?
adakah kita serupa?
bidadariku
daffodilku kian hilang sinarnya
daffodilku makin kelam
daffodilku berlari meninggalkanku
ku keliru
ku buntu
untuk itu ku perlu kamu
dan aku juga perlu Dia
siang!
jangan biar ia malam
**********
ana sayangkan tarbiyah kita
tp ana malu..malu..malu!
ana tak layak
dalam dan luar
fantasi atau realiti?
***********

jangan tinggal daku at-tariqku
ku perlu kamu
ku keliru
benar!
kukeliru
bisikan durjanakah itu?
entah!
ku sendiri buntu
**************
kisah kita sama
matlamat kita sama
tentangan kita sama
***************
ain!
ana tak kuat
ana sedih
ana lalai
mereka melarikan ana dari jalan itu..ana perlu kamu..ana perlu sahabat ana yang selalu meniupkan kata2 semangat dalam diri ana..
************
daffodil itu makin layu
kuningnya kelam
musnah dalam kewarasan akal
daffodil itu hilang sirnanya
kembalikan ia padaku
kumahu daffodilku!
jangan biar ia pergi
daffodilku
kurindu padamu
************
ku menanti daffodilku
sahabat..
doakan aku~

everjihad berkata...

awinku sayang.
saat ini air mataku mengalir.
mulanya hanya bergenang.
namun sesaat kemudian tumpas.

diriku..
mungkin realitinya tak seindah yg digambarkan

awin,
ana malu
terasa malu nak ikut usrah lagi
terasa mcm nak tolak je ajakan2 lps ni?
biarlah diri ini begini buat sementara waktu.
memberi waktu membina diri
malu andai hanya 'mencemar duli'
malu dgn Allah,
malu nak berdepan dengan mama sendiri
malu dgn diri sendiri

mungkin nmpk 'hebat' diluar
namun realiti masih bercalar

ana mmg mahukan tarbiyyah,
ana mmg dahagakan taman syurga kita.
sungguh.
di situlah kita bercambah ilmu agama
bercambah kefahaman
meneruskan perjuangan
dengan satu tujuan dan matlamat.
kita mula sedar
siapa sebenar kita
kita mula faham
apa peranan kita
******
tersepit jua antara mana yang benar.
hati dahagakan itu
namun,
andai mama tidak redha ana ikut usrah lagi, apa harus dikata?
diturutkan kata mama, atau abaikan saja walau mama menegah?
*******

apalah erti gelaran serikandi
apalah erti gelaran mujahidah itu?

bukan ana mahu menolak. namun tersepit antara dua cinta.

Cinta pada tarbiyyah, cinta juga pada mama yang berpaksi cinta pada Allah.

manakah yang lebih utama?
bukankah kedua2nya punya matlamat yang sama?

**********

awin,
ku rasakan, jalan tarbiyah bukan hanya pada satu jalan(usrah) saja.

prosesnya perlukan masa.

mungkin saat ini, daku perlukan masa untuk memproses segala ilmu yang diterima.

dan mungkin kesilapanku yang satu ini mengajarku erti 'tarbiyah' yg sebenar.

bukan sekadar 'teori' tapi setiapnya perlu praktikal.

ilmu itu bukan sekadar hiasan
tapi perlu diterapkan benar2 di dalam jiwa
dan diserlah dengan perlakuan
*******

saat kita bersama,
sungguh indah terasa
ukhuwah kita kerana Dia
bertemu kita kerana Dia
berpisah kita kerana Dia
berkasih kita kerana Dia
semua kerana Dia

terasa jalinan lebih dari 'usrah' sendiri.
ikatan kita ikatan akidah yg terpatri kukuh
*******

Allah bersamamu sentiasa
tatkala dikau berjalan mendapatkanNya, Dia berlari mendapatkanmu...
Dia tidak sekali-kali meninggalkan hambaNya...
Kembalilah pada Dia yang menciptakan dirimu..

Daffodil berkata...

dear
i cant wait to see you!
kumenunggumu.dah samapai,gtaw k
****************
dua pendapat
apa pilihanku?
apa kesudahanku?
ku perlu Dia~