Selasa, Julai 21

Bila aku terfikir kalau aku ada anak..

sesaat aku terfikir. mendidik jiwa itu bukan perkara mudah.

saat ini, aku bahagia dengan hidup aku sebagai guru. walaupun sementara waktu. pastinya, ini satu perkara dan tugas yang memang jauh di sudut hati mahu aku lakukan. dan syukur segala puji bagi-Nya, memberi aku peluang dan satu anugerah yang tak ternilai harganya. SAHAM akhirat!

walaupun hanya mengajar alif ba ta, ajar mengeja, mengenal huruf, tapi cukup itu membuat aku rasa bahagia dan senang sekali.

tapi, tugas ini bukan mudah.
berhadapan dengan perangai budak2 yang tak tentu hala, ada yang terlalu kebudak-budakan, dan ada yang memang tak mendengar kata. ada yang malas buat kerja. ada yang degil tak dengar cakap. asyik nak bermain je.

itu memang fitrah manusia yang bergelar budak2.
melarang dia dari bermain tu rasanya ibarat menentang fitrah.
aku dapat rasa, satu kelemahan aku ialah untuk mengawal kelas.


kalau setakat nak ajar budak, aku rasa aku mampu buat. tapi, bila dapat kelas yang budak2 dia 'hardcore' ..ya Allah..Allah je tau. rasa nak tempeleng budak pun ade. bila dah geram. nakal, memang nakal.

mengajar dan mendidik perkara yang berbeza. sejauh mana aku mampu mendidik tatkala mengajar? aku merasakan, sekolah bukanlah tempat menerima asuhan. semuanya bermula dari rumah. dan sesaat aku terfikir, masa depan yang macamana aku nak? yang aku harapkan? pastinya aku harapkan, andai aku punya anak suatu hari, aku dapat mendidik dia sepenuhnya. dan tugas itu sememangnya tanggungjawab utama ibu bapa.

aku terasa aku nak jadi suri rumah sepenuh masa. tapi aku tak pasti apakah itu dapat menjadi realiti dengan keadaan semasa. saat ini, terasa ibarat Allah sedang memberi aku pilihan untuk menentukan hala hidupku. hakikat belajar sebenar bukan di sekolah. hakikat 'sekolah' sebenar bukan di sekolah. itu apa yang aku rasa.

bila aku perhatikan anak murid aku, memang aku rasakan ibu bapa segala2nya. kat sekolah boleh la setakat nak belajar macam2. tapi itu hanya ilmu. faham nya? belum tentu.

tapi realiti hidup, ibu bapa sibuk bekerja. bila dua2 bekerja, nasib anak siapa yang jaga? didikan dan asuhan? pelajaran? sedikit sebanyak akan ada yang terabai.

kadang2 aku ada jugak terasa, kalau aku ada anak, aku akan cek satu2 apa yang dia belajar, apa yang dia buat kat sekolah, semak buku sekolah satu persatu, dan mungkin siap mengajar lagi kalau aku boleh.

bila aku tengok sukatan j-qaf, aku rasa..alahai..kalau macam ni sukatan dia, nak harap kat sekolah, alamatnya darjah 6 baru reti solat la jwabnya!..

maksudnya, sukatan ada, yang pada aku ringan. tapi tak boleh jugak nak salahkan sukatan sebab seringan2 sukatan yang ada tu pun budak2 ada yang masih ketinggalan. salah siapaa? aku tak tau apakah sapa2 patut dipersalahkan. kontroversi la pulak nak cari salah siapa.paling penting cari solusi. tapi tetap jugak aku rasakan, solusi tu terletak kat mak bapak. ibu bapa yang patut bertanggunjawab segalanya atas anak. kat rumah lagi patut da dipersiapkan sikit2 fardhu ain. diajar baca Quran.umur 7 tahun patut dah boleh baca muqaddam. bukan umur 10 tahun masih mengeja alif ba ta! tapi tak pe la. aku sedar, tak semua ibu bapa pun ada asas agama. jadinya, mengharapkan dengan ada sekolah, anak dia dapat jadi lebih baik.

aku mengerti. tapi itulah pentingnya ilmu, kefahaman dan kesedaran. bila terfikir pasal benda ni, ada keinginan yang tersemat di hati aku, nak jadi ibu yang hebat. hebat dari segi didik anak tu, ajar anak tu macam2. aku tengok kat sekolah kebangsaan ni, agama tu macam kureng. bayangkan, kalau sehari hanya satu jam je belajar agama. dan dalam seminggu, mungkin tak smpai 10 jam. apalah sangat si anak tu belajar? dalam kelas pun belum tentu tumpukan perhatian. main2 memanjang. yela bila dah ada kwan, mana tak seronok. pengaruh kawan tu lagi kuat. bila mengajar, tak tumpu, apalah sangat yang dia dapat? alih2, dia hanya sekadar ikut2 je. lepas tu, apa yang dia faham? ini berdasarkan pemerhatian aku bila tengok gelagat setiap budak2 kat sekolah tu. guru tak boleh nak follow up satu2 murid. tugas sapa yang nak bagi budak ni faham dengan ilmu yang dia dah ada? tak ke mak bapak tu?

dan aku rasakan, budak2 masa umur 6-9 tahun ni la masa emas, yang boleh nak bentuk. kalau acah nak bagi gula2 ke, hadiah, mesti dia akan buat. walaupun aku hidup belum berumahtangga, tapi bila melihat jauh ke depan, ini yang aku terfikir. mempersiapkan diri dengan sesuatu yang boleh datangkan manfaat pada generasi yang akan datang.

aku tak taulah apa yang aku fikir ni hanya setakat 'impian' atau aku benar-benar nak jadikan kenyataan. jauh di sudut hati aku, kalau diberi pilihan, kalau berumah tangga nanti aku memang harap aku boleh jadi suri rumah sepenuh masa. mungkin ni satu fikiran 'kolot' tapi entahlah. pada aku, anak tu modal and yang terlalu berharga. terlalu rugi andai terabai. dan memang hadis nabi, anak2 ni ibarat kain putih. yang warnakannya ialah ibu bapa. tapi, kalau jadi suri rumah pun, takdela macam duduk rumah je. mungkin bekerja dari rumah ke. 5-6 tahun akan datang, dunia mesti berbeza. sekarang semua dah boleh dibuat dengan alam maya. keluar rumah atas urusan dakwah, nak menuntut ilmu, atau apa2 je la yang bermanfaat.

tapi kalau ada kat rumah sebab kerja..hmm..entahlah. tak tau lagi macamana.

ada budak tadi tanya aku,
''ustazah nanti dah besar nak jadi apa?''

aikk budak ni..patut aku yang tanya soalan tu kat dia. terus terpintas kat fikiran aku, aku ni tak cukup besar lagi agaknya bagi dia..haha..

aku tefikir. susah jugak nak jawab soalan budak ni..yang terfikir2 jawapan yang berlegar dalam fikiran aku waktu tu, peguam..tapi sejauh mana aku betul2 nak jadi peguam, kat situ masih ada sangsi n keraguan.

alih2 aku just jawab..
"nak jadi orang berguna..." sambil senyum n tersengih..=J

terfikir lagi aku, saat ni hidup aku memang agak 'terisi'. terisi tapi kadang tak berisi. dapat faham ke? huhu..takdela. jadual harian, pagi2 dah pergi sekolah. mengajar budak2. ada masa kosong, bila tak mengajar, menanda buku budak. sebahagian masa dan hidup aku saat ni, dengan anak murid. yela dari isnin smpai jumaat. habis sekolah pukul 1. kadang2 ada kelas tasmik. kadang2 ada ajar budak mengaji. dan aku ambik masa, cuba nak datang surau yang memang hari2 ada buat kelas agama. sekadar ambik masa tu jela nak top up ilmu, mencerah n menghidupkan hati yang kadang2 layu ni. balik rumah, masa dengan famili. tapi takdela buat apa sangat pun kadang2.

sebab tu aku tefikir, andaikata nanti aku bekerja. bukanlah kerja cikgu ni. kerja pejabat misalnya. bayangkan jela. 7-5 kerja kat pejabat. balik rumah dah macam penat. masa dengan anak2 nanti macamana? nak layan budak2 ni yang macam2 kehendak dia. jauh aku fikir. usia muda lagi. entah ada calon entah tak. dah cakap benda yang belum tentu pasti. tapi aku tau ada je mak bapak yang mampu buat tu semua. aku memang salute r kalau ada. yang boleh kawal diri, walau penat, tapi semangat kuat.


kenapa nak jadi suri rumah ?

banyak sebab. antaranya ialah, mendidik anak sekarang bukan lagi macam anak zaman dulu.(macamla aku pernah hidup zaman dulu..) tapi nak katanya, cabaran dia sangat hebat. bayangkan je la, anak2 tu kalau dah membesar atau dalam persekitaran yang hari2 penuh hiburan..dengan kemajuan teknologi lagi..

bila fikir pasal ni, masuk pulak pasal soal tuntutan dalam islam.
bila tefikir soal ni, aku pun tak dapat nak menjawab dengan seikhlasnya atau sejujurnya..

habis tu, sekarang ni, ilmu apa yg paling dituntut untuk belajar dalam islam?
aku macam dah ada jawapan tapi tak tau macamana nak buat keputusan.
antara kehendak dan satu tuntutan. antara kehendak dan satu keperluan.

aku tau, kalau aku nak betul2 meneliti, nak 'abadikan' diri didik anak2 di kemudian hari, aku perlukan ilmu-ilmu macam psikologi, asas-asas agama kena mantapkan. lepas tu, diri sendiri pun kena la jugak betulkan kan..itu paling utamalah..bukanlah bermakna jadi hamba kat anak tu. tapi macam nak khaskan diri untuk didik anak2. persiapkan diri dia dengan macam2. mestilah aku pun kena bersiap2kan..apa2 pun jugak tak bermakna, ilmu dunia diketepikan. cuma yang mana patut jadi keutamaan, itulah satu persoalan yang perlukan jawapan yang jelas.

aku terfikir lagi, andaikatalah aku fly, belajar pasal international relations, lepas tu, macamana masa depan? kerjaya nya macamana? mesti la kerja dengan kerajaan kan.da ada bon biasiswa. mesti sampai 4-5 tahun. kalau ikutkan,memanglah hati, niat ikhlas belajar tu untuk islam, kerana Allah. tak de msalah dari segi tu. tapi dari segi, tuntutan yang sebenar dalam islam. mana yang lebih dituntut untuk dikerjakan. peranan seorang wanita tu sendiri dalam merubah dunia ni da cukup besar aku rasa. peranan seorang ibu..dan jugak bapa..

ish tula.memang susah kan nak bertindak dengan apa yang kita fikirkan.

ha inilah aku..setakat terfikir je. tapi takde kemana sangat pun. huhu. fikir2 tapi tak ternampak pintu jalan. fikir punya fikir, tapi belum terjalan..tapi orang kata berfikir tu lebih baik dari ape ntah..aku tak berapa ingat perumpamaan tu.

setakat ni jela coretan minda aku. paling kurang, kalau 5-6 tahun lagi, terbaca balik post ni, mengingatkan aku akan 'harapan' dan 'impian' yang aku simpan jauh di sudut pedalaman. dan pemikiran yang masih lagi 'suci' belum terpengaruh dengan apa2 yang 'menggoda'/

moga ia memberi satu inspirasi pada masa akan datang.

aku pun tak tau patut berfikir yang macamana, dan bertindak sekali. yang pasti, aku ibarat hanya mengikut 'arus' dan 'adat'. walau tefikir yang 'macam2' tapi belum lagi kot mampu untuk bertindak diluar 'kebiasaan'..


sebarang komen, dialu-alukan.

sekian. post yang agak skema..

2 ulasan:

at-toriQ berkata...

salam ain.
taknak komen..
nak senyum je
;)

khazinatul_asrar berkata...

salam,ain..
seronok kisah ain ni..:D
mmg betul..mengajar ni memang menguji kesabaran kite..
mungkin mcmtu agaknye rase seorg ibu yg jaga anak2 die yg bermcm ragam..huhu..
be tough,ain..
Allah is always by ur side..