lama betul tak update blog. aku sekarang ni, mengalami krisis diri. dimana pencapaian menurun, produktiviti pun begitu. aku pun tak tau mana pergi semangat itu. mana pergi jiwa itu. mana pergi amalan itu? semangat yang membuat aku hidup. hidup dan BERGERAK.
minda aku seakan kaku. aku biar hidup ku begitu. hatiku kadang2 dihinggap pilu dan aku tahu aku perlu melakukan sesuatu.
aku kini?
entah. ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah. sebut pasal ilmu, kurasakan sejak sebulan lalu, terlalu banyak rasanya input yang aku dapat tapi terperangkap dalam diri. ilmu itu satu amanah dan aku seakan buntu bagaimana dapat aku melaksanakan amanah yang satu ini. 'membebaskan' ilmu yang terperap dalam buku nota dan pengalaman hidup yang mengajar diri ini jua.bermula dari macam2 program, FCR, daurah, program sana program sini, ceramah sana ceramah sini. bandingkan pula mereka yang jarang2 ke majlis ilmu. tidakkah nanti aku akan ditanya? apakah aku sudah berusaha menyampaikan setiap satu ilmu yang aku perolehi? sejauh mana pulak aku beramal dengan ilmu.
harapan mungkin tinggal harapan. dan khayalan itu hanya menyesakkan fikiran.
aku mahu bergerak melakukan sesuatu.
kenapa lembik menerima ujian ini?
belum lagi diuji dengan hal yang lain.
bukankah aku pemuda harapan islam?
mana perginya roh itu?
Mafhum hadis nabi s.a.w., sampaikanlah walaupun seayat.(ke sehuruf? aku kurang pasti. tapi lebih kurang begitulah. yang penting pointnya SAMPAIKAN)
setakat ni aku rasa dah beratus2 ayat dah aku dengar. tapi beku. aku mahu manfaatkan ilmu yang hampir berhabuk di hujung buku. menilai sebanyak ilmu yang ditimba dan sebanyak mana pula aku beramal dengan ilmu2 tersebut. aku cukup takut mengenangkan ilmu itu satu amanah. sebab, memang ruang dan peluang aku mendapatkan ilmu(lebih-lebih lagi ilmu agama) agak mudah, dan aku tahu satu cara untuk dimanfaatkan ilmu itu ialah melalui tulisan.
cuma masa perlu diperuntukkan sedemikiannya namun belum terdaya melakukannya. separuh hari masaku terbang dengan kanak2 riang yang menjadi harapanku sebagai saham akhirat. mengajar dan mendidik itu bukan mudah. walaupun begitu masa suntuk apakah itu alasan semata? Ilmu itu satu amanah. amanah tetap amanah! yang pasti kekuatan sedang dibina dari diri yang merasa lemah.
ya Allah bantu aku kembali bernafas dalam jiwa itu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan