sepintas terimbas balik, satu komen aku kat blog sorang neh. rasa 'tertumbuk' balik.
setiap saat kelahiran itu pasti menjelma. dan setiap saat kematiaan itu pasti ada.
setiap saat ada saja kelahiran demi kelahiran yang tiba.
dan pada saatnya ia ada,roh kita mungkin ada dan tiada.
sepintas aku terfikir, merenung dan teringat kembali akan firman Allah yang mafhumnya seakan begini.
jika kamu tidak mahu patuh atau menolong agama Allah, Allah tidak akan rugi sedikitpun bahkan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lebih baik yang mahu patuh akan perintah-Nya.
teringat kembali akan peranan dan tanggungjawab diri yang diciptakan. Lantas untuk apa manusia itu diciptakan?
Hidup itu satu ujian. Dicipta manusia untuk diuji. Adanya syurga, adanya neraka untuk melihat siapakah yang takut akan Tuhan walaupun tidak pernah melihat. Menguji siapa yang beriman dan terbaik amalannya. juga manusia itu sebagai khalifah [pemimpin] di muka bumi.
Tugas yang berat tapi hanya mampu dipikul oleh makhluk yang digelar MANUSIA. diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. bukanlah dia sama seperti seekor kambing, atau seekor ayam. bahkan gunung-ganang juga tidak sanggup memikul amanah yang berat. Namun manusia itu dipikulkan tugas itu ke-atasnya kerana Dia lebih Maha Mengetahui akan ciptaan-Nya. dan Dia berhak melakukan apa sahaja.
Sedarilah diri akan hakikat HAMBA.
bukanlah kita hamba dunia.
Andai kita tidak sedar, atau tak mungkin bukan atas kerelaan kita untuk menggalas tanggungjawab itu, tapi itulah tanggunjawab yang diamanahkan kpd kita.
apa2pun, kalau kita ingkar, Tuhan itu tidak perlukan kita. Bahkan kerajaan dan kekuasaan-Nya takkan berkurang. maka siapakah yang untung dan rugi? kita yang akan mengaut keuntungan kalau taat dan kita juga yg akan rugi jika lalai.
kelahiran demi kelahiran akan sentiasa ada untuk menggantikan kaum yang ingkar.
Moga kita semua menjadi hamba yang taat dan patuh akan perintah Tuhan dan mendapat keredhaan dan rahmat-Nya.
peringatan sesama insan beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan