masa makin suntuk.
langkah harus makin laju.
harap otak tidak membeku
Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu.
aku terfikir untuk membina rumah islam. kamu mahu menyumbang?
sedang mencari pasir-pasir untuk dijadikan simen.
logam-logam untuk dikumpul.
batu bata untuk disusun
perlu kukuhkan batu bata. rapuhnya batu, rapuhlah rumah itu.
mahu mencari tangga.
tapi perlu dilihat tangga apa yang sesuai.
jenisnya, fikrahnya.
aku sudah ada benih.
tinggal lagi untuk ditanam.
aku sudah ada tanah.
tinggal lagi hujan untuk datang menyuburkan.
oh ya. terlupa tentang atap.
untuk kita berteduh dibawahnya.
apakah rumah kita berbumbungkan langit Ilahi?
atau sekadar awan cakerawala.
wahai tiang-tiang,
tegapkan pertahananmu.
andai rumah tanpa tiang
kamu tahu apa yang bakal terjadi
runtuhan di sana sini
andai tiang tidak kukuh
bergoyanglah rumah ditiup angin
mantapkan debu-debu
agar bersama pasir-pasir
untuk kita memateri batu -bata
dengan simen yang likat
mari menjadi debu,pasir, batu dan juga simen!
1 ulasan:
wahai sahabat peniup semangat,
doakan kita bersama semoga tsabat.
Catat Ulasan