Akhowatku sayang,
terasa kepinginkan kamu
perlukan kamu untuk
dakap aku erat-erat
gengam tanganku kemas-kemas
terjemahkan cintamu padaku
terjemahkan cinta Tuhanmu padaku
terjemahkan cintamu pada Tuhan
cinta ini perlu diterjemah
cinta ini perlu bukti
saat aku terkulai lemah
tariklah aku mara ke depan
tariklah aku memandang awan
memandang langit Ilahi yang terbentang luas
memandang alam semula jadi ciptaan Tuhan
katakan padaku,
AKU TIDAK BERSENDIRI
katakan padaku sayang
aku punya Tuhan
untuk BERDIRI
katakan padaku lagi
jangan lagi mengejar awan
kejarlah langit Ilahi yang seluas bumi
untuk kau menghirup udara suci
jangan dikejar cinta yang berdaki
kejarlah cinta yang suci
kudus rabbani
cinta yang luas dari lautan ini
yakin pasti
ini pilihan Tuhan.
aku bukan tiada pilihan
aku memilih
ini petunjuk Tuhan
buat aku untuk mencari
suatu kepastian
lantaran angkara syaitan
jangan dibiar berlarutan
meraja segenap teman
menguasai setiap haluan
****
ketepi kamu!
aku punya haluan
aku punya tujuan
tidak aku sia-sia Tuhan yang menciptakan
tidak aku dilahirkan tanpa berteman
jangan kau nafikan fitrah hidup seorang insan
jangan kau nafikan tentang kebenaran
Itulah firman tuhan
laksanakanlah dengan penuh keyakinan
kelak kepada Tuhanmu jua engkau akan dikembalikan
kepada Tuhanku,
aku panjatkan kesyukuran
kepada Tuhanku,
aku mohon kesucian
kepada Tuhanku,
aku mendamba ampunan.
7.13PM KHAMIS25/2/2010
1 ulasan:
mabruk! syukran lillah
Catat Ulasan