Sabtu, April 24

Keluhan hati seorang da'ieyah


***
salam juang buat kakak yg xpernah henti,
doakan aku kak, mga langkah ini benar kerana Allah.

seharian aku berfikir dan muhasabah
apa lagi yg boleh aku buat?
untuk Islam ini
aku takut jadi manusia yg sekadar di tebing medan fikir
namun amalnya jauh sekali

aku tidak tahu lagi cara terbaik
untuk meyakinkan manusia agar mengenal Tuhan
yg aku tahu
aku buat
namun aku jadi takut
mungkinkah ada lagi cara yg lebih muntij??


melihat 'sahabat' yg lebih mantap
biarpun berlainan caravan
dia jua bekerja untuk deen ini
aku jadi takut
walau kami ramai di sini
tp kenapa amal kami tidaklah menunjukkan hasil seprti yg 'sahabat' itu buat
adakah aku masih belum all out??

aku tidak mahu letakkan salah pd rakan seperjuangan yg lain
aku tidak reti menjadi kakak buat mereka
yg boleh aku buat
aku akan buat
mungkinkah aku salah dlm menafsir
ataukah kami boleh lebih maju ke depan dlm beramal
tapi apakah caranya ya??

takut memikirkan kami bakal pulang dec ini
meninggalkan plymouth begini
aku akn usaha semampuku
kadang aku sedih
bukan sahaja dgn usrah sendri
tp dgn mad'u-mad'uku juga
semua 'busy' dgn urusan sendri
sehingga aku pula yg malu sendri
utk offer dan meng'offer' sinar lagi
mungkinkah mereka tidak melihat
keindahan Islam ini?
oh adik2...

doakan aku kak
aku rindu utk bersamamu lagi seperti dulu
bermanja-manja
namun
tidak lagi kini
kerna aku perlu berdiri sendri
doakan aku kak.....

***

dan respon kakak naqibah tersayang

salam..
takpelah dik..
Allah tak mengira berapa mad'u yang telah dibawa
tidak juga mengira berapa ramai yang disetuh oleh tangan kita...
kerna jika Allah hendak maka diberikanNya kepada siapa saja..
tapi Allah melihat semata kepada ikhlasnya hati kita
sejauh mana tulusnya niat kita...
sejernih mana hati kita saat beramal..

jadi sekarang
amal fardi cukupkan
hafazan, bacaan timbunkan
mutabaah amal lengkapkan
inilah masanya nak tambah semua
himpunkan tenaga pendam

supaya bila balik nnt
persediaannya cukup
tenaganya tak terbatas
kerana tanah air ini tepu dengan mad'u
dan amat menantikanmu. .

nanti
takkan ada masa yang berlambakan untuk di buang
takkan pernah ada masa yang cukup untuk mencukupkan petak2 mutabaah amal
serasa segalanya mengejar, menjerut leher
dengan kerja sihirnya, dan apalagi kerja dakwahnya
maka kudoakan yang pulang nnt seorang murobbi super
yang ada sgala cirinya yang diidamkan tarbiyah ini..
yang alquran meniti dibibirnya
ilmu hanya di hujung jarinya
thaqofahnya melaut luasnya
ruhiyahnya mendalam akar teguhnya..

jadi kerja jelah kuat2
cari jelah mana2 peluang yg ada
Allah akan beri hasilnya
walau bukan sekarang
walau bukan di sini..
inshaAllah akan ada...

Sumber asal : emel dari seorang akhowat.

3 ulasan:

Zayana Yusof berkata...

cik ain, mutabaah tu apakah?

everjihad berkata...

ye cik zayana yang anggun,

mutabaah tu maksud dia tingkatan.

mutabaah amal aka tingkatan amal.

meaning that kita susun amal2 tu supaya makin meningkat dari hari ke hari.

kita pantaula perkembangan amal tu.

contoh simple yg ain boleh bagi,

benda2 untuk dibuat hari-hari, berperingkat-peringkat,

contoh like solat awal waktu,
-solat sunat rawatib,
- puasa isi khamsi
-baca input2 yg bermanfaat
- tak borak koson,etc..


agak2 jelas tak? huhu..

bleh kot try google jap.

http://afiqawe2.blogspot.com/2010/01/mutabaah-amal.html

jelas ke?

Zayana Yusof berkata...

ohh faham2. thank u! (: