impianku di saat ini ...
aku mahu persiapkan diri
dengan segala macam ilmu melengkapi diri
untuk saat bahagia itu nanti
bersama si comel yang aku rindui
aku mahu melahirkan perajurit islami
yang dapat dikagumi peribadi
yang tinggi mulia akhlak pekerti
untuk risalah dan ruh islam terus bersemi
meneruskan amanah mulia para nabi
di persada dunia ini
aku mahu cekalkan hati
dalam menempuh ranjau ini
biar saja Tuhan mengaturi
akan tiba masanya nanti
menepati janjinya yang sudah pasti
aku mahu kuatkan hati
bersabar dalam setiap ujian yang ku lalui
dengan tekad membina kekuatan ruhi
agar aku kebal di kemudian hari
tak lemah dengan selaut taufan ujian yang meniup diri
aku impikan si dia
yang kekal mengimani
segala perintah Ilahi
yang benar-benar memahami
sunnah Rasul yang menegakkan kalimah Ilahi
untuk ditauhidkan oleh seluruh pelusuk bumi
aku rindukan dia yang aku kasihi
yang bakal ku lahirkan dari rahim ini
yang bisa menggegar alam buana ini
impianku melahirkan mujahid
maka harus kutanamkan segala sifat mujahidah dalam diri
untuk aku melahirkan dia yang berperibadi tinggi
untuk aku melahirkan dia yang mulia pekerti
untuk aku melahir dia perajurit memperjuangkan agama ini
kerana tanganku yang mengayun buaian itu
kan bisa mengubah arus dunia
sebagai khalifah manusiawi
sebagai khalifah manusiawi
dengan kelahiran mujahid yang punya kredibiliti yang tinggi
memakmurkan alam dengan nilai islami
memakmurkan alam dengan nilai islami
mahu saja aku percepatkan langkah ini
untuk aku terus berlari
mengejar mimpi
namun
hidup tak selamanya indah yang diimpi
bersabarlah sayang
hakikat hidup tak seindah mana
bersabarlah sedikit cuma
percayalah
saat itu pastikan kunjung tiba
buah kesabaran itu manis sekali
tiba masanya kau pasti menikmatinya
dan janji Allah itu pasti
bagi mereka yang mengimani
dengan setulus hati
1.53AM
Madison Ave
3 ulasan:
salam ain,
harap makin kuat dan tsabat di sana. ada masa datanglah sini ziarah saya k?
atau tunggu saya cuti utk ke sana. ok?hehhehe
salam'alaiki ya ukhti.
insha Allah. doakan ain kuat. sekuat dan sehebat mus'ab bin umair dalam menyebarkan kebenaran dan kefahaman.
hihi. nak je gi sane. ^_~ akan cuba diushakan. kadang2 terasa cemburu tengok program akhowat n ikhwah di sana. insha Allah kalau ada rezeki.akak doa2kan ye!
tunggu akak cuti datang sini pun boleh jugak. sedia menanti kehadiranmu ya ukhti habeeb..^__^
semoga anak2 awin comel2 seperti mak dia ya Allah
ameennnn!
=)
Catat Ulasan