Ahad, Januari 11

Palestin dan GAZA

SUKAR untuk menahan rasa sedih dan pedih hati apabila membaca atau mendengar laporan berkaitan Palestin yang disiarkan setiap hari. Sudah dua minggu serangan dilakukan dan ia semakin ganas. Sekitar 850 warga Palestin kehilangan nyawa termasuk kanak-kanak, wanita serta orang tua dan majoritinya adalah orang awam. Bekalan ubat, makanan serta keperluan asas semakin berkurangan manakala ruang hospital selain doktor bertugas amat terhad dan tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kemasukan. Mengikut satu laporan, ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali. Palestin pula kini terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan sudah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah belum berjaya ditembusi. Jelas sekali, rejim Zionis melakukan penjajahan secara fizikal dan cuba menghilangkan Palestin daripada peta dunia! Persoalan utama sekarang, apa jenis bantuan yang benar-benar dikira membantu? Satu soalan yang saya turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan. Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan kemampuan masing-masing. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani’ seperti anda, terlalu ‘pemurah’ seperti anda atau terlalu ‘berjasa’ seperti anda.

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis yang sangat popular, ertinya:

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci).”

PILIHLAH Natijahnya, pilih satu atau lebih daripada tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan sedang cuba dijajah:

1. Bantuan tenaga dan diri. Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusiaan, perubatan, psikologi atau yang lebih hebat daripada segi fizikalnya.

2. Bantuan harta Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantuan kewangan, pakaian dan lain-lain kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda.

3. Bantuan doa bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam. Doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi itu. Doa anda boleh bacanya sebagai:

a. Qunut Nazilah dalam setiap solat fardu anda. Anda dibenarkan memegang kertas doa ketika qunut kerana tentu sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab, termasuk mazhab Syafie, kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali.

b. Doa ketika sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sahih.

c. Khatib bacalah doa untuk Palestin pada hujung khutbah Jumaat.

d. Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4. Solat hajat Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah, anda turut boleh meneruskannya.

5. Menyertai demonstrasi aman Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid waktu Subuh dan waktu lain.

6. Menulis Tulislah di blog, laman web, forum, ruangan akhbar, majalah, yahoogroup mengenai kezaliman Yahudi Zionis.

7. Ceramah Anda mampu berceramah? Beri ceramah berkaitan isu ini atau hadiri ceramah berkaitan dengannya. Anda tidak semestinya seorang ustaz atau ustazah untuk berceramah dalam perkara ini.

8. Boikot Perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan AS. Hantar surat, bantahan, petisyen, memorandum kepada kedutaan AS, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir. TINGKATKAN KEPEDULIAN Tingkatkan kepedulian kita. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi kesan. Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.
Seperti sebuah hadis qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.”

olahan semula. Sumber : iluvislam.

1 ulasan:

Bashir IbnDzul berkata...

Masukkan juga sejarah kenapa Palestin tidak berdamai dengan Israel. Ramai orang salah faham isu ini. Semalam kat masjid, dengar ustaz tu cakap orang Palestin tak bersatu antara Hamas dan Fatah.

Takkan la nak tolong Fatah yang jadi boneka Yahudi tu??