Khamis, Januari 29

Pesan Dari Seberang

A good post to read > http://leokid.com/2009/01/25/pesan-dari-seberang/


love one of the thoughts

Mampukah kita?
Isu Palestin semakin suam-suam kuku, seiring dengan termeterainya gencatan senjata yang dipersetujui Israel-Hamas. Alhamdulillah, negara haram Israel gagal mendapatkan semenanjung Gaza, sungguhpun begitu harga yang terpaksa dibayar adalah cukup, cukup mahal.
Tatkala kita menarik nafas lega diikuti dengan keseronokan kita bersenang-lenang di sini, putera puteri Quds berhempas pulas membina kembali tanah air mereka yang dijarah Zionis laknatullah. Mari kita bersama merenung kembali, apa yang telah kita lakukan untuk Islam. Adakah kita sudah lakukan yang termampu?

Saya selalu berpesan kepada anak2 usrah dan mad’u saya, jangan sekali-kali mudah menyatakan “aku tidak mampu”, ataupun “berdoa sahajalah yang aku mampu”, ataupun “aku tiada kemampuan untuk bertindak” dsb. Kerana cuba kita fikir balik, hanya orang yang di saat kematian, ataupun orang yang pekak bisu buta sahajalah yang LAYAK berkata sedemikian. Sedangkan Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh kesemua tangan dan kaki pun boleh berjihad malahkan mati syahid!


Sebaliknya, kita mampu. Jangan kita menyatakan yang kita sudah melakukan yang
termampu, kerana dikhuatiri kita berdusta kepada Allah. Bagaimana itu? Kerana
Allah Maha Mengetahui kemampuan kita, bahkan Dialah yang menjadikan kita mampu.


Dia memberi ilmu agar kita boleh bertutur dan berbicara, maka kita mampu
bertutur dan berbicara mengenai isu2 Palestin dengan orang lain. Allah
mengurniakan kita ramai rakan-rakan dan saudara mara, maka kita mampu untuk memahamkan mereka mengenai isu palestin. (meaning, kita sendirik kena faham dlu! !_! ). Allah memberikan kita nikmat masa yang terluang untuk melayari internet, berblogging, berforum dan sebagainya, maka kita mampu menggunakan masa tersebut untuk menulis, menyebarkan isu palestin
kepada orang ramai
. Allah memberikan kita wang dan rezeki, serta pilihan antara produk muslim dan kafir, maka kita mampu memilih antara keduanya tersebut.

Justeru jangan sekali2 cepat berpuas hati mengatakan - aku dah lakukan yang termampu. Usahlah menipu diri sendiri, apatah lagi menipu Allah yang Maha Mengetahui.
katakanlah kepada diri sendiri - apa lagi yang aku belum lakukan?


based on this, I want to promote product HPA . 100% muslims man made. for more details > click here!

1 ulasan:

Uqbah Azam berkata...

erk. anti dah join hpa ke ni?