bismillah
buatmu ya ukhti
aku tidak berniat mahu mengguris hati
hanya kerana menjauhkan diri
mencari kembali
definisi diri
mencari kembali
akan sebuah erti
apa ertinya semua ini
buat diriku dan juga Ilahi
aku jua tidak mengerti
malah masih mencari
akan persoalan ini
apakah ini sekadar emosi
inikah binaan jahiliyyah hati?
atau apakah ia suratan Ilahi?
tidak tergerak di hati ini
untuk aku terus melari diri
namun harus aku berhenti
dari 'hebat' beraksi
untuk aku menyendiri
mengoreksi setiap penjuru diri
apa ertinya semua ini?
apa ertinya pada aku dan Ilahi?
seluas terbentang langit Ilahi
lazuardi itu mewarnai
kehidupan ini
dan aku mahu kembali
mencari Ilahi
mencari diri
mencari erti
apa itu Ilahi?
dimana itu Ilahi?
andai benar jalan ini menuju Ilahi
aku pasti kan temui
tenang itu tidak menyendiri
bersendiri tidak bermakna melarikan diri
bersendiri ini bersama Ilahi
bersatu dengan restu Ilahi
aku yang mencari
suatu definisi
pada hidup yang benar-benar di erti
dan aku mencari
pada hidup ini
yang mahu mengerti
kerana erti
aku di sini
kerana erti
aku berdiri
kerana erti
aku berdiri
kerana erti
aku punya Ilahi
kerana erti
tidak mungkin meragui
kerana erti
janji setia tidak dimungkiri
kerana erti
tidak sepatutnya berbelah bahagi
kerana erti
cinta itu bersemi
dan aku mungkin tersalah erti
aku mungkin tidak mengerti
dan aku barangkali
belum mengerti
akan sebenar-benar erti
yang manakah sebenarnya lebih beerti
untuk Ilahi,
demi Ilahi,
kerana Ilahi.
beratnya hati ini
hanya Tuhan mengetahui
mengucap pahit kata-kata ini.
tulus dari hati
hakikat hidup ini
hakikat perjalanan ini
hakikat rasa hati
akan tiba suatu hari
andai aku berlalu pergi
tidak bermakna aku memungkiri janji
namun kerana suatu janji
aku mencari kembali
erti hidup pada memberi
moga aku tidak disalah erti
moga aku mengenali
akan detik hati
yang tidak meragui
akan segala janji Ilahi
moga aku kembali
menyerah diri
merantai hati
membelah awan pelangi
bersama serikandi
berkhidmat bakti
menuju satu destinasi
juga satu definsi
hidup yang beerti
mardhotillah yang kita impi
aku masih seorang ukhti
yang engkau cintai demi Ilahi.
Robarts Library
15 Zulhijjah 1433H