Ahad, Februari 5

runaway

bismillah ..
alhamdulillah kepada-Nya segala pujian
pelarianku kini menemui perhentian
kelanaku sepanjang perjalanan
menimba ilmu, hikmah dan  pelajaran
dari mereka yang berpengalaman
yang melalui dan merasai getirnya ujian
kerana itulah hakikatnya kehidupan
takkan pernah sepi dari dugaan
tiada ujian yang melemahkan
kerna ujian yang bertandang pemberian Tuhan
hanyalah wasilah kita kembali kepada Tuhan
yang menciptakan setiap ujian
yang menciptakan kelemahan dan kekuatan
yang menghadirkan rasa kedamaian
dalam sepi ada cinta
dalam pilu dan luka ada bahagia
dalam sendu ada redha
atas segala yang berlaku dengan izin-Nya
antara kita ujian berbeza
walau apapun ujiannya
yakinlah!
dan tetap teguhlah
untuk melangkah menghadapi segalanya
dengan penuh keimanan
kerana itulah tujuan kita dihidupkan
Wallahu musta'an.
Kepada Allah kita bergantung dan mohon pertolongan



Tiada ulasan: