aku mahu menjadi teman
teman seorang pejuang
aku mahu berjuang
tapi apa sebenarnya yang aku perjuangkan?
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
( Al Hujurat 15 )
aku mahu bersama dia
berjuang bersama
menjadi teman setia
saat lara
saat suka
saat duka
saat gembira
aku mahu bersamanya
hingga ke syurga
berlari lari mahu mendapatkan syurga
aku dan dia
sepertinya
langit dan bumi
aku dan dia
mungkinkah bersama?
namun kupercaya
takdir-Nya mengatasi segalanya
walau tidak bersama
kita masih bersaudara
dia bukan biasa
dia somebody yang luarbiasa
hatiku terpaut
terhadap cintanya
mungkin ini cinta
mungkin ini hanya sekadar mainan jiwa
mungkin ini bukan cinta
namun pasti
andai benar cinta
syurga itu destinasinya
syurga itu arah tujunya
aku mahu dia
bersamaku di jalan ini
bersamaku berlari di jalan ini
bersamaku berkejar-kejaran
berlumba-lumba antara kami siapa yang bakal sampai dulu ke syurga
ya Tuhan
jiwa mujahid perlu kental
sudah cukup kentalkan jiwaku ini?
untuk benar-benar berjuang bersama pejuang?
"awak tak boleh breakdown"
dia bukan insan biasa
dan aku jua tidak mahu menjadi insan biasa
juga bukan yang biasa-biasa di sisi-Nya
ya robb,
Engkau lebih mengerti
apa yang terpendam di sudut hati
Engkau lebih mengetahui
apa yang terbaik buat diri ini
sungguh tidak kurasa aku yang terbaik buat dirinya
walau mungkin dia terbaik buat diriku
tapi, we cannot be selfish, rite?
Allahu'alam
dalam sujud
ku memohon
meminta segunung kekuatan
memohon secebis pengertian
pasrah.
benar-benar pasrah
kerna Dia
semuanya hanya kerana Dia.
5:33PM 18 Feb 2012
Southgate Rd,
Ottawa.
1 ulasan:
walau aku belum mengerti berlari...
Catat Ulasan