Ahad, April 26

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul



Mengulas tentang buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd
Cetakan: 1, Mac 2009
Tebal: 91 halaman
Nilai: RM12.00 SM / RM14.00 Sabah & Sarawak

Bingkisan Qani'ah buat suaminya

Aku mencari-cari idea, cara untuk memberi ganjaran kepada diri aku kerana berjaya melakukan sesuatu yang ingin dicapai. Aku bertanya naqibah(mentor), apa yang boleh aku buat untuk ganjarkan diri aku kerana berjaya mencapai 'target' dalam mutaba'ah amal*. Perkara itu perkara yang tidak mudah untuk berlaku, bagi keadaan aku pada masa ini, tapi berjaya dilakukan atas izin Allah. Aku rasa gembira kerana berjaya dan merasakan perlunya 'reward' supaya sebagai motivasi diri. Dia mensarankan, buat sesuatu yang kita minat buat dan ia dapat tambahkan lagi keimanan . Misalnya, dengan membaca buku yang kita minati.Aku tidak dapat membayangkan untuk membaca sebuah buku pada tika dan saat ini kerana kesibukan yang mencengkam diri. Namun perancangan Allah itu begitu cantik. Ditakdirkan, aku dipertemukan dengan sebuah buku yang judulnya begitu menarik perhatian aku.

Bukunya tak tebal, tak nipis sangat. Sedang-sedang saja. Lagi pulak penulisnya telah menulis satu karya yang cukup indah dan sarat dengan unsur tarbiyah sebelum ini. Membuatkan aku teringin membaca. Kesibukan memang mencengkam diri dan aku berkira-kira adakah perlu sekarang atau lain kali. Namun kerana merasakan diri ini 'layak' mendapat ganjaran kerana 'accomplished target', aku meluangkan waktu untuk membacanya juga dan menurut kata hati. Aku kira 'pelaburan' aku itu tidak sia-sia. Malah mengobarkan semangat untuk melangkah berjuang menegakkan syariat Allah dalam diri. Masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan hanyalah satu jam lebih sahaja. Oleh itu, aku sarankan kepada anda sekalian, tidak rugi memperuntukkan masa untuk membaca kerana manfaatnya terlalu besar.

Karyanya jauh berbeza dengan novelis-novelis islamik yang lain seperti Abu Hassan Morad dan Habiburrahman el-Shirazy (Kang Abik). Penulisannya sangat indah, menyentuh hati, membangkitkan semangat, dan memberi pedoman kepada penulis. Tunjang kekuatan karya-karyanya bukanlah cinta insani semata-mata, tetapi ia mengajar kita hidup dalam suasana Tarbiyyah; mencipta dan mengekalkan ummah yang terdidik dengan ajaran Islami sepenuhnya.*

Buku ni, memang 'highly recommended' bagi mereka yang nak bahagia bila berumah tangga nanti, bagi mereka yang pernah dilamar, atau mungkin bakal dilamar, bagi mereka yang pernah bercouple, sedang bercouple dan mereka-mereka yang 'frust' bercinta jugak bagi mereka yang belum pernah bercinta dan sedang mencari-cari cinta seolah lelaki sebagai teman menuju redha Ilahi. Di dalamya, terdapat beberapa tips yang kukira sungguh signifikan sekali dalam meniti arus modenisasi kini..

Antara tips yang dapat dikongsi, TIPS MENANGAI CINTA REMAJA

1. Tegas dengan prinsip diri yang berpandukan agama
2. Meletakan MISI HIDUP yang JELAS
3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
~ (ikhwah berkawan dengan ikhwah, akhowah berkawan degan akhowat) ~
4. Mengekang hawa nafsu.
~ boleh diusahakan dengan banyakkan berpuasa ~
5. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah.
~sibukkan diri dengan aktiviti dakwah. ~
6. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan
~sentiasa cuba dekatkan diri dengan Allah dalam segenap waktu. Banyakkan amalan sunnat seperti zikir, baca Al-Quran, solat sunnat, bangun tahajud dan sebagainya

Antara lagi yang menarik,

Bahaya cinta sebelum kawin

  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  • Menyibukkan hati merindui makhluk yang belum halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan mencucuk jarumnya untul melupakan atau menjauhkan aku daripada-Nya. ~ semakin jauh dengan cahaya petunjuk ...
  • Hati akan terseksa dengan barah rindu
  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
  • Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
  • Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan
  • Jiwa terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk untuk diriku
  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang parah kepada paribadi zuriat kami pastinya.
Nak lagi?
Cepat pergi beli di kedai buku berdekatan.

Kisah dalam buku ini, aku yakin dan percaya bukan idealistik semata, namun ia boleh menjadi realiti andai kita memilih untuk merealisasikannya - iaitu menghidupkan As-sunnah.

Banyak iktibar dan mutiara pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan ini lebih-lebih lagi sebagi seorang remaja kerana ujian di usia remaja ini sememangnya mencabar iman dan taqwa. Gemilangnya sesuatu ummah itu ialah apabila para pemudanya yang termasuk remaja mempunyai susuk peribadi yang mantap dan mapan. Nafsu dapat dikawal dengan iman dan taqwa maka kebinasaan dapat dihindari.

Selaku seorang muslimah, yang juga sedang meniti alam remaja, tidak dinafikan ujian 'cinta' sememangnya ujian yang sinonim pada kebanyakan remaja. Berapa ramai yang mampu mempertahankan sebuah prinsip demi Allah dan Rasul? Sama-sama kita renung kembali jauh ke dalam diri. Moga ada perubahan yang dapat kita lakukan dalam hidup setelah membaca buku ini.

*Mutaba'ah amal ialah satu tingkatan amal yang berjadual. Misalnya, kita letak sasaran untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu dan solat awal waktu sekurang-kurangnya 4 daripada 5 waktu. 'Target' ini diletak bagi meningkatkan amalan dari semasa ke semasa. Mahu Info lanjut pasal mutaba'ah amal?

Cuba layari,
http://moojahid.blog.friendster.com
http://karismadaerahpetaling.blogspot.com

**dipetik dari ~http://purify-educate.blogspot.com

5 ulasan:

Huda Saffry berkata...

nak pinjam!!!
boleh x? hehe

everjihad berkata...

bleh je nak pinjam. tp buku tu bukan aku punyer. [ceh..ckp bajet macam aku tuan buku..haha]

buku tu awin punyer. semalam ternampak atas meja dia. siap masih berbungkus dengan plastik. be the first one to read.

masyukkk seh..hoho

t ko g r minx kat awin k..

Unknown berkata...

alhamdulillah.. buku yg sgt bgus.. hrp dpt berkongsi ulasan2 pd post akan dtg..

Uqbah Azam berkata...

aiyak. anda kipas-susah-mati fatimah syarha kah?

^_^

tEnG iPul.... berkata...

salam..
nak minta izin copy ulasan bku ni...
bleh???