Khamis, Oktober 9

aku pelajar sejarah

aku pelajar sejarah
sejarah manusia purba di timur tengah

menyingkap ada apa itu sejarah?
kadangkala aku alpa hidup penuh 'sejarah'

aku terlihat catatan sejarah
sejarah aku mengenal tarbiyyah
sejarah aku mengikis jahiliyyah
sejarah aku mencita khilafah

setiap nafas yang mendesah
setiap derap kaki melangkah
mencari nikmat tarbiyyah
anugerah terindah
dari Maha Indah


aku pelajar sejarah
bukan aku untuk menyerah!

RL 8:28 / 091014



soar and rawr

in pouring rains
in tears and pains

when you have no one
you find The One

when you have someone
where is The One?

The One and only
that formula solely

for your soul to flee
to free and to be free

RL 0800
091014

throw back daurah summer

Thu Aug 29 2013

  • Alhamdulillah dapat berkumpul
    Sebagai satu wasilah untuk kita lebih mendekatkan diri kpd Allah, meluaskan kefahaman, menggerak kepada amal.

    Daurah
    Mentajdidkan niat kita kembali
    Perlakuan kita, percakapan kitaharap
    Semua kerana Allah, harap tak sia-sia.
    Dan menjadi ibadat kpd Allah

    Astaghfirullah
    Betapa penting utk kita menjaga niat
    Sesi usrah
    Bermuhasabah
    Seorang ukhti yg Allah telah jemput utk kembali, seorang hamba kembali dalam keadaan taat kpd Allah

    Muqaddimah
    Niat lillahi taala
    Sbg satu disiplin
    Tatkala kita menjalani prog
    Dalam kita menghayati, mendengar boleh terlupa.
    Kdg2 fokus kita absence of intention.
    Moga setiap detik yg kita laburkan menjadi ..

    Mula dgn tilawah ..
    Surah maidah surah ke 5
  • Ciri org beriman

    Awwalan
    Org kat luar, kalau xde islam bgaimana dia bersuci?

    Allah bg kita agama as cara hidup
    Mengamalkan islam secara sepenuhnya, satu nikmat
    Mengikat diri kita kpd Allah

    Bersungguh2 utk menjadi individu yg dikehendaki Allah

    Islah nafsak wad'u ghoyrak
    Perbaiki diri, perbaiki org lain

    Pertemuan yg bersejarah
    Utk diri kamu dan dnt di vancouver
    Pertemuan yg bermakna, pertemuan yg bersejarah

    Nikmat utk kita
    Sedangkan ada y teringin tp tak dapat dtg
    Moga Allah meredhai
    Dipermudahkan kefahaman, bertambah iman dan amal.


    Syumuliatul islam.
  • Taqwa seperti berjalan di atas ais
    Berjaga2, takut tergelincir sebab licin

    Megajak org lain utk tunduk pada islam itu termasuk dalam syumul.

    Kesyumulan islam
    Islam, iman, taqwa, ihsan

    Islam
    Faham agama
    Ada iman, ada ihsan,

    Pelaksanaan syumul
    Nak capai uA

    Tiada tuhan yang layak disembah
    Kita dahulukan Allah dalam setiap aspek kehidupan
    Hatta dgn mak ayah, sponsor, kwn rapat

    Tatkala hak Allah diletak dibawah, kita tak boleh biar.


    Hak Allah utk didahulukan.

    1. Rabbani
    Individu yg dikehendaki
    Kita tiru rasulullah sbb Allah
    Cinta kita pada rasulullah kerana dia hamba Allah yg paling Allah cintai

    2. Syumul
    ..

    Nikmat hidayah, nikmat tarbiyyah
    Albaqarah 151

    Tersentuh dgn tarbiyyah
    Usrah yg ada elemen tarbiyyah

    Mati dalam gerabak dakwah
    Perjalanan kita masih jauh

    Profil halaqah
    Profil murobbi

    Insha Allah kita semua kena jadi murobbi

    Kena mentarbiyyah
    Kena membina manusia

    Cara kita thru tarbiyyah

    Boleh buat RI
    Rumah islam

    Jalan tarbiyyah satu2nya yg akan menegakkan islam

    Nak buat DF, lambat la..
    Nak usrah lagi

    Jalan ni terbukti
    Mungkin lambat tapi cara tu je

    3 benda yg rasulullah buat

    1. Membacakan ayat2 suci
    2. Tazkiyyah
    3. Mengajar quran dan kitab


    then nak kenal lg ..

    3 tempat Allah turunkan
    Baca, sucikan jiwa, mengajar

    Tarbiyyah tu satu proses
    Dalam tarbiyyah ada 4 unsur

    1. Murobbi
    2. Mutarobbi
    3. Manhaj
    4. Biah

    Beza fikrah, ilmu
    beza sampaikan fikrah dan sampaikan ilmu

    sampaikan ilmu boleh tanpa fikrah
    sampaikan fikrah harus dengan ilmu

    ilmu sekadar tahu, maklum
    fikrah akan berakar tunjang
    meresap ke dalam hati, jiwa
    menggerakkan pada amal


    antar murobbi, mutarobbi, manhad, dan biah ..
    Kenapa murobbi paling penting?

    Murobbi paling penting sbb dia yg akan menjalankan sistem tarbiyyah tu.

    Murobbi dh melalui sistem tarbiyyah, 

    boleh cari org, xde manhaj, xde biah asal murobbi buat keje cari mutarobbi

    Mcmana kita nak uruskan halaqah kita?

    Halaqah ni,
    Ada rukun2nya.

    1. Taaruf
    - saling mengenal.
    Kenal ruh, perasaan, pemikiran, etc

    Kenapa tak guna takrif?
    Takrif - one way

    Mutarobbi kenal murobbi
    'murobbi kenal mutarobbi

    Senaraikan seorang mutarobbi
    Kenal dari pelbagai segi

    Fizikal, ruh, pemikiran

    Kata2 yang basah, bermanfaat
    Amal ibadah dia jaga

    Taaruf yg baik menghasilkan hubb
    Tumbuh kasih syg

    Tsiqah
    Bila ada masalah, boleh open up untuk cerita
    Share dgn kita ..


    2. Tafahum
    - saling memahami

    Dlm usrah,
    Apa yg kita nak capai ..

    3. Takaful




    Nak tingkat apa?
    check maratib amal.
    marhalah dakwah

    Dalam tarbiyyah ada tahap

    setiap orang berbeza tahap 
    Tak semua ada
    Pengalaman mennyusun
    Dr segi taqofah

    Ap nak dicapai dalam halaqah 00

    Dalam 01
    Syarat ciri2

    --

    I'm so far now  ... =(

Ahad, Jun 1

june first

exactly a year.

Thanks for being sincere and true.
Thanks for being you.



و كان امر الله مفعولا
" .. and the decision of Allah has to be performed". 4:47

4:47a - 1:47a
 -HiDS-

Isnin, Disember 2

syahid tertangguh

"Walaupun Ammar seorang yang pendiam, Nur Azlina berkata, dia tetap disukai rakannya kerana sikapnya disenangi, suka bercakap bila perlu."
“Masa dia dengan kami pun tak banyak. Dia banyak mengembara dan dalam tempoh dua bulan cuti, dia mengikuti misi kemanusiaan kami ke Kemboja, melibatkan diri dalam program Ramadhan sekolah pelarian Rohingya di Klang dan program di Pesantren Hamka di Padang, Indonesia. Dia nampak seronok apabila berpeluang mempelajari selok-belok kerja sawah padi di Sik, Kedah.

“Kalau dia balik, tiada masa untuk lihat Ammar bersantai atau menonton televisyen. Masa banyak dihabiskan buat terjemahan drama TV Al Hijrah atau laporan projeknya di Kemboja dan sebagainya,” katanya.
“Ada tujuh perkara yang saya lihat pada diri Ammar, iaitu
  1. visi yang dikaitkan dengan ALLAH dan Rasul,
  2. wawasan ‘Ummati’ dan ‘Rahmatan lil Alamin’ (rahmat ke seluruh alam),
  3. tanam rasa ketinggian pada ALLAH,
  4. baca al-Quran setiap hari,
  5. solat sunat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali,
  6. mengkaji ilmu sejarah Islam, mendalami kitab Risalah An- Nur 
  7. mempelajari bahasa Turki.

“Keseluruhannya, saya lihat ada tiga nilai penting yang saya perhatikan sebelum dia meninggal, iaitu

  1. keikhlasan Ammar membuat kerja,
  2. lakukan kerja bersungguh sungguh dan
  3. suka menolong orang lain
source : genap sebulan

hampir menghampiri

kematian itu hampir.
Allah itu lebih hampir.
maka hampirlah dikau pada Yang Hampir.
kerehatan hanyalah selepas kematian.
persiapkanlah kematian yang menghidupkan.

Robarts Library,
29 Muharram 1435H

Selasa, Oktober 1

erti pertemuan

dengan nama Ilahi,
mahu aku coretkan sesuatu
tentang sebuah pertemuan yang kumaknai

setiap pertemuan,
memberi erti

setiap pertemuan,
membuat aku mengenali
akan susuk peribadi

semakin menginjak usia, 
semakin hari semakin dewasa.

setiap pertemuan,
tersirat seribu hikmah

setiap pertemuan,
adalah aturan Tuhan
kehendak Dia yang mengizinkan

setiap pertemuan,
menjadi saksi

setiap pertemuan,
meneguhkan hati

setiap pertemuan,
menghidupkan ruhi

setiap pertemuan,
menggerakkan amali

setiap pertemuan,
mendekati Ilahi

itulah pertemuan hati
yang mahu mencintai dan dicintai
oleh al Malik Rabbul Izzati

290913

Khamis, Mei 23

metafora "cinta"


sudah lama
diri ini tak bermadah pujangga
namun semalam hati mahu berkata-kata
semoga kata-kata ini berbicara
kepada mereka yang mendamba

saat engkau mengenal cinta
kemudian terjatuh cinta
seterusnya mula mengejar cinta
perhatikanlah cinta di dalam jiwa
apakah engkau hamba cinta
atau hamba Pencipta?

cinta seharusnya
memerdeka jiwa
bukan memenjara
jauh sekali mengurung rasa

kerana cinta
mencetus bahagia
indah terasa

kerana cinta
menggugah jiwa
kekuatan terbina
untuk terus berusaha

walau hakikat tidak seindah rupa
namun cinta mengubah segalanya

andai cinta
engkau harap balasnya
mungkinkah benar itu cinta?

andai engkau diterima cinta
itu kurnia-Nya
tanda perkenan Pemilik cinta
sudah tiba masanya
untuk cinta itu dibaja
di daerah yang berbeza

andai engkau ditolak cinta
itu ujian dari-Nya
untuk menyucimu dari noda
untuk dikau kembali meneliti cinta
perhalusi ertinya
perbaharui nilainya
perkasakan budinya
dengan sepenuh jiwa

dan seharusnya
cukup sekadar engkau mencinta
tanpa mengharap balasnya
pasti tidak mengundang kecewa
yang ada hanyalah bahagia
kerana engkau hanyalah seorang hamba
jua kerana cintamu bukan cinta biasa
cintamu memerdeka jiwa
dari hamba kepada cinta
menjadi hamba kepada Pencipta

dan jua kerana cintamu cinta istimewa
mencinta sebagai seorang hamba
untuk meraih redha-Nya
dan Dia Maha berkuasa
atas segala-galanya

Allahu'alam.

Januari 23, 2013
Abrar baytuna
Toronto, Canada.



Rabu, Mei 22

23th birthday

Bismillah ..

Dear myself,

23 years ago you were born on this beautiful day by a strong woman who carried you in her belly to wherever she goes for 9 months. You were delivered to this world by the grace of Allah.

When you were a baby, the only thing you knew were getting feeded, had a good sleep either days or nights. You cried for attentions and pleasures. Any discomfort will make you cranky.

When you were kids, you had no idea on limitation. You learn to walk and get stumbled. You learn to get up and fall again. But nothing can stop you from keep walking. That's the way you learn how to walk with your two little feets.

When you getting older, you learn to run. You keep running until the finish line. You never quit in competition. You were determined with what you believe in yourself. No matter how much you had failed, you still believe you will make it somehow. You set your target as high as the stars in sky. Even so you never reached the sky, you keep your head up high. Knowing that, nothing can stop you if He wills and if you really want it. And you know what you really want. You believe in Him and in all your dreams.

and today, He places you in different part of the world. A place that has different expectations on you, people that treats you differently from the way you were treated, different atmosphere and different ideas on life.

You see beautiful things surround you, beautiful people as well beautiful meaning of this life. You feel the beauty by His grace. Experiences are the best teacher. He blessed you with life lessons along the journey. He wants you to learn about yourself and your Creator. Having total reliance in Him.

This life is beautiful.
When you are grateful.
Beautify your heart and soul.

This life is precious.
Embrace it to the fullest.

This life is priceless.
Appreciate what you have.

This life is wonderful.
When you believe The Most Merciful.

This life has a purpose.
Fulfill your purpose of life
As the way He wants you to live

You are here,
Because He wants you so.

• "I am yours and you are mine" •

happy 23th birthday.

best,
yourself

4:44pm
Sidney Smith
May 22, 2013.