"Walaupun Ammar seorang yang pendiam, Nur Azlina berkata, dia tetap disukai rakannya kerana sikapnya disenangi, suka bercakap bila perlu."
“Masa dia dengan kami pun tak banyak. Dia banyak mengembara dan dalam tempoh dua bulan cuti, dia mengikuti misi kemanusiaan kami ke Kemboja, melibatkan diri dalam program Ramadhan sekolah pelarian Rohingya di Klang dan program di Pesantren Hamka di Padang, Indonesia. Dia nampak seronok apabila berpeluang mempelajari selok-belok kerja sawah padi di Sik, Kedah.
“Kalau dia balik, tiada masa untuk lihat Ammar bersantai atau menonton televisyen. Masa banyak dihabiskan buat terjemahan drama TV Al Hijrah atau laporan projeknya di Kemboja dan sebagainya,” katanya.
“Ada tujuh perkara yang saya lihat pada diri Ammar, iaitu

- visi yang dikaitkan dengan ALLAH dan Rasul,
- wawasan ‘Ummati’ dan ‘Rahmatan lil Alamin’ (rahmat ke seluruh alam),
- tanam rasa ketinggian pada ALLAH,
- baca al-Quran setiap hari,
- solat sunat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali,
- mengkaji ilmu sejarah Islam, mendalami kitab Risalah An- Nur
- mempelajari bahasa Turki.
“Keseluruhannya, saya lihat ada tiga nilai penting yang saya perhatikan sebelum dia meninggal, iaitu
- keikhlasan Ammar membuat kerja,
- lakukan kerja bersungguh sungguh dan
- suka menolong orang lain
source : genap sebulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan