Rabu, Ogos 31

impianku ...



pengorbanan - saujana + nowseeheart


telah lama aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia
PedihLuka meresah jiwa
Memusnahi impian indah
Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa
Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia
Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita

selanjutnya ..di sini

saat aku mendengar untaian kata 'impian indah'..

monolog hatiku pada-Nya.. 
(sambil mata terpejam cuba feel it deeply)

aku impikan teman yang sefikrah denganku
aku impikan teman yang sehati denganku
aku impikan teman yang bekerja bersama-sama denganku
aku impikan dia yang menyintai Allah dan rasul lebih dari segala-gala-Nya
lantas cintanya untukku tulus suci kerana-Nya!

sebelum apa pun,
aku impikan impian itu adalah aku

aku impikan islam kembali gemilang
aku impikan hamasah ini tidak kan hilang
aku impikan himmah 'aliyyah sentiasa terpasang
aku impikan kemenangan islam 
dan aku antara batu batanya yang membina 
aku impikan, membayangkan
 diriku lah yang bekerja sehabis tenaga untuk mempertahankan islam!

aku impikan.. 
adik-adik yang mahukan tarbiyyah
tarbiyyah dan dakwah begitu hangat di jiwa mereka
begitu mendarah daging dalam diri mereka

ya Allah
aku impikan..
jiwa yang kuat
teguh dengan iman
tak lembik diserang ujian
tak layu dengan bermacam godaan

ya tuhan, 
saksikan lah
aku masih punya impian!
impian untuk islam terus bertahan!
impian untuk islam kembali tertegak memakmurkan!
bumi ciptaan Engkau ya Tuhan

walau aku mungkin belum cukup memperjuangkan
hanya seciput manalah usaha yang dilaburkan
namun jauh di sudut hati, aku masih mengimpikannya ya Tuhan


dan segala impian ini .
,walau sukar tuk direalisasikan
walau sukar tuk dimengertikan
namun aku yakin dengan satu pegangan
Engkau berkuasa atas APA SAJA ya Tuhan 
tiada yang bisa menjadi halangan 
andai sungguh ia kehendak Tuhan
tiada yang bisa memanfaat, menghina, memuliakan
tanpa izin dari-Mu ya Tuhan

aku cukup sedih.
membayangkan keperitan umat
melihat kemungkaran
membiarkan binaan-binaan jahiliyyah.


ya binaan jahiliyyah!
kpop, jdrama, etc..
setiap hari, setiap waktu


ah. sedih saja tidak memadai..
usaha perlu bersama menyertai


ya Tuhan
 sungguh aku tak sempurna
sungguh aku tak kuat. 
sungguh aku lemah.
sungguh hanya Engkau tempat aku mengadu
sungguh hanya Engkau tempat aku mendamba
mengurniakan secebis kekuatan
buat bekalan mengharung perjalanan
yang penuh dugaan

hanya Engkau
hanya Engkau 
hanya Engkau
tempat aku pinta pertolongan



nota kaki :
impian bukan hanya sekadar mimpi. kerana mimpi hari ini bisa jadi realiti. kerana realiti hari ini mungkin mimpi-mimpi kelmarin. namun, usaha harus disertai. dan tiada guna orang yang berusaha tanpa merasakan ianya kurniaan Tuhan.

"dengan kelebihan dan kemurahanmu kami pinta, bukan dengan daya/usaha daripada kami" 

(doa al-imam abdullah bin husain bin tahir)


"wahai Tuhan tiada yang mencegah apa yang Engkau berikan, tiada yang dpat memberi dari ap ayang Engkau cegah. Dan tiada bermanfaat orang yang mempunyai kesungguhan. Dari Engkaulah beroleh kesungguhan"  (Doa Imam Al-Ghazali)

Ahad, Ogos 28

pada 29 ramadhan 1432H ...


tadi, semasa berterawih di sebuah masjid orang-orang sabar, terjumpa sorang ukhti ni. adik kepada my first naqib. duduk bersembang dengan dia. terdapat mutiara berguna dalam butir bicaranya. aku sungguh tertarik.

alkisah, dia menceritakan tentang perihal seorang anak menteri. menteri mana? itu tidak perlu diketahui. cukup saja kita ambil pengajaran dan iktibar. ukhti ni menceritakan tentang pengalamannya berhadapan dengan seorang anak menteri yang memang mencabar. ukhti ni cuba berkawan dengan anak menteri tersebut dan tidak pernah terfikir untuk 'membawa' dia. tapi setelah lama berkenalan, dan berkawan, ukhti ni jatuh sayang padanya.

anak menteri yang sorang ni, dia sangat social. kehidupannya penuh dengan agenda clubbing, dan bersuka ria. dan menurut anak menteri tersebut rata-rata semua anak menteri memang sepertinya. dia siap tunjuk gambar lagi pada ukhti ni, yang mana kawan2 dia semua juga banyak dari kalangan anak2 menteri.

no wonder, menteri2 yang ada rosak. sebab nukleus penting which is keluarga mereka pun rosak. anak-anak rosak. don't say la menteri yang nak memimpin kerajaan kalau pimpin keluarga pun hancur, keluarga bercerai berai. astaghfirullah. sedih mendengarnya. tapi itu realiti.

aku tak akan lupakan kisah yang diceritakan ukhti ini. sungguh aku bersyukur saat Allah menggerakkan kaki aku melangkah ke masjid. walau memang terasa berat di hati. ikut hati, nak solat kat rumah je. (konon beralasan dengan hadis nabi, pempuan tu kan afdholnya solat dirumah. tak ingat sumbernya tapi selalu dengar.)tapi ibu sudah mengajak. tinggal lagi hati sarung telekong, angkat tulang badan yang berat(yang sebenarnya hati yang mahu bermalas-malasan. astaghfirullah), dan bergerak ke masjid. sungguh perkongsian ukhti ini benar-benar mengesankanku.

ukhti ini menceritakan, semenjak dia berkawan dengan anak menteri tersebut, terdapat beberapa perubahan dalam diri adik tu. kalau dulu, words mencarut tu mmg every each sentence. tapi bila dah lama-lama, dia makin kurang. mungkin terkesan dengan agen pembaikan ukhti ni. dan itulah tarbiyyah! tarbiyyah yang mengubah jahiliyyah manusia menjadi insan yang berakhlak mulia. namun, setelah dia bercuti berbulan lama dan kemudian kembali pada pengajian, adik ini seakan telah kembali pada tabiat lamanya yang suka mencarut. ternyata di situ, dia sangat memerlukan orang yang boleh menguatkan dia dalam melakukan perubahan. dan waktu itu, ukhti ni belum lagi faham mengenai perlu 'follow up' etc.

pesan ukhti, berdasarkan pengalaman dia berhadapan dengan macam-macam jenis orang, dan juga murabbinya selalu berpesan padanya. yang aku akan cuba ingat sampai bila2

jangan takut dengan orang. tak kisahlah dia ni jahat mana. jual dadah ke. seteruk mana dan seburuk mana pun akhlaknya, jangan takut. sebab, dalam setiap diri manusia, memang ada fitrah yang Allah dah tetapkan yang mana mereka sukakan kebaikan. itu fitrah. mereka punya fitrah yang sama macam kita. jadi jangan terus pinggirkan orang orang yang nampak 'jahat'. dakwah tu seni.


kena jadi macam mus'ab bin umair. yang boleh berkata pada nabi saw, 'rasulullah, madinah beres!' (this might not be the exact dialogue). tapi nak menunjukkan, usaha mus'ab menyebarkan, memberitahu, mengembangkan ajaran islam ke seluruh inci tanah kota madinah almunawwarah. dia mengetuk setiap pintu rumah, untuk bercerita tentang islam yang di sangat rasa kebestannya. dan kini, dalam kita nak mencontohi dia, mungkin tidak serupa mengetuk pintu rumah, tapi boleh diasimilasikan dengan kita mengetuk setiap pintu hati manusia yang kita temui.

teringat tatkala ukhti ni bercerita mengenai anak menteri ini. saat-saat awal perkenalan, adik ini siap warning. 'saya budak jahat! jangan kawan dengan saya'. aku yang mendengar, terasa. oh comel je. perwatakan yang nampak kompleks dan berat, tapi terasa 'comel'. comel yang mungkin menurut definisi aku yang tersendiri.

moga ibrah dari pertemuan dengan ukhti ni, dapat aku kutip dan amalkan. ameen. insha Allah.

 mood raya? not my thing. paktan will be back.i'm not ready!!!! defence, defence, defence. i'm not sure if i'm strong enough, and enough to face him back. for sure I'm not strong unless with His help.O Allah. Only you we worship, only you we seek for help.
Don't let us astray. please ya Allah. don't let me easily tergoda with all those crap tipu daya. -.-
hu. sangat tak puas puasa tahun ni. i knew tak ckup. n takkan pernah ckup. unless bulan yang tak normal or sudah tiba masa menopause. tak rasa nak raya. sangat tak suka dengar lagu raya. sedih, sedih, sedih. 
that was my status on fb.