Khamis, April 28

Tazkirah abah

Belajar memang susah
Kena banyak berjaga malam
Kena banyak mentelaah
Itu asam garam
Kalau xde kurang tido bkn belajar namanya

Kalau susah bersengkang mata
Baru manis di akhirnya
Ilmu yang amik sikit je tak banyak. Ilmu tu tak lama. Kejap je abes.
Mulana tu kadang2 tak tido malam
Mentelaah ilmu
Tapi bila dia ajar smpai skrg dia ingat

Ilmu mesti dlm dada, kena ada banyak masa, banyak mentelaah, kena banyak baca, kunci pe,bendahraan ilmu-saidina ali tu kunci teralim..n
Nak pandai kena banyak banyak membaca, banyak mentelaah...

Bukannya banyak facebook.
Adik kena Kurangkan facebook...

Abah Meeting...
Banyak masalah..
Abah selalu banyak baca hasbunallah..

Banyak zikir ingat Allah



Abah..
Tak pernah jemu mengingatkan aku
Selalu ingat Allah
Selalumintak  tolong dekat Allah

abah..
Tak pernah jemu menasihati diriku

Ya Allah
Terima kasih atas pinjaman yang Kau beri padaku
Dia yang tidak pernah putus mengingatkan aku mengingati-Mu
Dia yang tidak akan pernah jemu menyuruhku banyak2 mengingati Mu

Kata2 abah sentiasa menenangkan
Kata2 abah sentiasa buat aku tak putus harapan
Kata2 abah sentiasa meniupkan kekuatan
Kata2 abah sentiasa ada mutiara yang berharga sebagai pedoman

Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya buat ayahandaku yang tercinta.
Uhibbuka lillah


P.s: moodsgt rindunak dengar tazkirah abah. Insha Allah nanti balik malaysia boleh dengar tazkirah abah hari-hari ^_^

4 ulasan:

Misty Melor berkata...

alhamdulillah.. terkesan di hati ana juga ... :) syukran

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Nasihat daripada seorang ayah kepada seorang anak bukan omong kosong sahaja. Malah bermakna kepada diri kita sendiri. Sama ada kita sedar atau sebenarnya

Facebook?

adakah kita control facebook atau facebook control facebook. :)

... berkata...

salam..

thanks kongsi coretan. agak best =)

btw, hasbunallah tu apa? dkir ke?

shukran in advance tuk menjawab~

salam fillah

everjihad berkata...

@ukhti syikin:

alhamdulillah!

@naim:
benar sekali. disebalik yang mendorong kepada facebook itu adalah nafsu. nafsu yang gemar pada sesuatu yang 'seronok' walau tak lama. nafsu yang gemar pada suatu yang bukan keperluan dan tiada kepentingan.

nafsu membazir masa dan ianya sia-sia..

moga kesedaran yang ada walau seciput dapat dipertahankan.

moga kita dapat berusaha menguasai nafsu kita dengan bantuan dan harapan yg dipanjatkan pada Ilahi

@liana
coretan ni biasa-biasa je liana. alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk mencoretnya di sini.

setiap kata-kata orang tua-tua memang penuh azimat.

hasbunallah tu makna dia hanya Allah saja.. kalau lengkapnya

hasbunallahu wa ni'mal wakil

hanya pada-Mu ya Allah sebaik-baik penolong kami.

zikir yang memang digalakkan selalu dibaca. moga kita sentiasa mendapat bantuan dari-Nya.

salam mahabbah fillah juga buat liana ^_^