Khamis, April 28

Tazkirah abah

Belajar memang susah
Kena banyak berjaga malam
Kena banyak mentelaah
Itu asam garam
Kalau xde kurang tido bkn belajar namanya

Kalau susah bersengkang mata
Baru manis di akhirnya
Ilmu yang amik sikit je tak banyak. Ilmu tu tak lama. Kejap je abes.
Mulana tu kadang2 tak tido malam
Mentelaah ilmu
Tapi bila dia ajar smpai skrg dia ingat

Ilmu mesti dlm dada, kena ada banyak masa, banyak mentelaah, kena banyak baca, kunci pe,bendahraan ilmu-saidina ali tu kunci teralim..n
Nak pandai kena banyak banyak membaca, banyak mentelaah...

Bukannya banyak facebook.
Adik kena Kurangkan facebook...

Abah Meeting...
Banyak masalah..
Abah selalu banyak baca hasbunallah..

Banyak zikir ingat Allah



Abah..
Tak pernah jemu mengingatkan aku
Selalu ingat Allah
Selalumintak  tolong dekat Allah

abah..
Tak pernah jemu menasihati diriku

Ya Allah
Terima kasih atas pinjaman yang Kau beri padaku
Dia yang tidak pernah putus mengingatkan aku mengingati-Mu
Dia yang tidak akan pernah jemu menyuruhku banyak2 mengingati Mu

Kata2 abah sentiasa menenangkan
Kata2 abah sentiasa buat aku tak putus harapan
Kata2 abah sentiasa meniupkan kekuatan
Kata2 abah sentiasa ada mutiara yang berharga sebagai pedoman

Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya buat ayahandaku yang tercinta.
Uhibbuka lillah


P.s: moodsgt rindunak dengar tazkirah abah. Insha Allah nanti balik malaysia boleh dengar tazkirah abah hari-hari ^_^

Isnin, April 18

janji yang pasti

puisi didedikasikan kepada sesiapa yang pernah merasa dikhianati

bismillah pembuka kalam puisi ini

kadangkala kita begitu mudah menabur janji
kadangkala kita begitu manis dalam berjanji
kadangkala kita terlupa untuk lebih berhati-hati
lebih-lebih lagi dalam menutur janji
kadangkala kurang rasa khuatir di hati
andai janji tidak ditepati
andai janji itu kita khianati
kadangkala janji kita memakan diri
kadangkala janji kita menghiris hati
kadangkala tanpa sengaja janji itu kita khianati

sedarlah hakikat ini
wahai manusia yang mulia pekerti
wahai manusia yang tinggi budi
itulah sifat insani
tidak sempurna dan maksum seperti nabi
tidak semua janji pasti ditepati
tidak semua janji mampu dikotai
kerana janjinya tiada yang pasti
namun itu bukan beerti janji sewenangnya boleh dilupai
namun untuk kamu menyedari
hanya janji Tuhan janji yang hakiki
hanya janji Tuhan janji yang PASTI.


maafkan diriku yang terlalu lemah ini


andai ada terselit janji yang aku khianati
membenci diriku jangan sekali
namun perilakuku haruslah dibenci
santuni diriku demi Ilahi
jangan ada benci di lubuk hati
kerna ia hanyalah hasutan makhluk yang pasti diazab Ilahi
moga hubungan kita rapat kembali
mekar merona demi redha Ilahi
kelak di sana juga tempat kita  kembali


10:36
18 April 2011

E.J Pratt Library
Victoria University, U of T.