Sabtu, Mac 5

aku dan dia

Terjumpa post lama. Bermadah dalam kata-kata pada suatu masa. Mengobar kembali rasa di jiwa walau sudah sekian lamanya.. 

terjemahanmu padaku berbeza
pandang sudutmu jua berbeza

terjemahan itu yang kau lontar bermakna
namun hidupku sekali ini jua punya makna
pada diriku yang menterjemahnya berbeza

aku kamu ternyata berbeza
pandang hidup pada sudut yang berbeza
pengalaman hidup yang berbeza
pandangan hati yang walau paksinya sama
nyata kilasannya berbeza

aku punya cerita
tinggal aku pada dunia
bukan pada nama
tinggal aku pada dunia
biar jejak yang berbeza

'legacy' itu mahu dicipta
'legacy' itu sedang dibina

jauhkan prasangka mu padaku
kerana itu tak membawa apa manfaat pun buat diriku
nyatakan saja segala nasihatmu
dan pasti secara hikmah lembut itu lebih menusuk kalbu
membuat hati menjadi pilu
membuat hati berasa sayu
lantas menukar yang kaku
menukar yang lesu
agar bisa membibit rindu
yang mencengkam kalbu

tiupkan obor buatku
biar baraannya membakar jiwaku
kembaraku mencari ilmu
kembaraku mencari sesuatu
untuk aku terus memandu
menuju jalan Tuhanku

10 Mac 2010
66 Madison Ave

1 ulasan:

musafir ilmu berkata...

suatu yang amat baik,
dari segi rangkap dan susunan ayat.
walau apapun, semoga berjaya
dalam menuntut ilmu disana...