Duhai Kekasih hati ...
Dikaulah kekasih hatiku..
Dapatkah aku merinduimu
sepertimana kau merinduiku
Layakkah aku untuk mencintaimu
Namun masih aku tidak mampu
hidup tanpa mu
Wahai kekasih hati
Ingin aku sentiasa mendambakanmu
Mahu jua aku meyebut namamu selalu
semampuku
Tanpa jemu
tanpa bosan
Mahu kumerindumu
merindu dan merindu
Namun kadangkala
tanjakan pelbagai itu hadir menjamu
menjelma ke kalbuku
di sudut itu
cinta ku pada mu
seakan terbatas di kala waktu
Dikau akan cemburu
andai cinta yang itu
lebih dari cintamu
cemburu itu bukan cemburu buta
kerana cemburu itu
tanda cintamu yang tidak pernah luput
Kekasih hati
Walau dimana
Walau kemana
Tidak mahu kulekang darimu
tidak mahu kujauh darimu
Pimpinlah daku
Pimpinlah daku ke dalam dakapanmu
Aku ini begitu lemah
untuk mempertahankan cintaku pada mu
Cintamu punya bukti
janji setia tiada gusar
Kalbumu penuh cinta pada ku
Tidak pernah kau berpaling dariku
Tidak pernah berjalan mendapatkanku
akan tetapi engkau pantas berlari
berlari dan berlari
Walau seakan aku menjauhi
bukan niat di hati tidak mahu mendekatimu
namun hati ini yang tidak suci
sesuci titisan embun di dinihari
Kekasih hati..
Aku mahu mendapatkan mu kembali
Dikaulah Ya Rabbi...
yang sekian lama bertakhta di hati
jangan ada cinta mengatasi cinta ini
dengan segala upaya yang ada
menagih cinta mu yang tiada tepian
Aku mahu mencintaimu..
lebih dari kucintai langit dan bulan
dunia dan seisinya..
Selamanya ..
11:55 malam
27 Januari 2008 / 18 Muharram 1429
Dikaulah kekasih hatiku..
Dapatkah aku merinduimu
sepertimana kau merinduiku
Layakkah aku untuk mencintaimu
Namun masih aku tidak mampu
hidup tanpa mu
Wahai kekasih hati
Ingin aku sentiasa mendambakanmu
Mahu jua aku meyebut namamu selalu
semampuku
Tanpa jemu
tanpa bosan
Mahu kumerindumu
merindu dan merindu
Namun kadangkala
tanjakan pelbagai itu hadir menjamu
menjelma ke kalbuku
di sudut itu
cinta ku pada mu
seakan terbatas di kala waktu
Dikau akan cemburu
andai cinta yang itu
lebih dari cintamu
cemburu itu bukan cemburu buta
kerana cemburu itu
tanda cintamu yang tidak pernah luput
Kekasih hati
Walau dimana
Walau kemana
Tidak mahu kulekang darimu
tidak mahu kujauh darimu
Pimpinlah daku
Pimpinlah daku ke dalam dakapanmu
Aku ini begitu lemah
untuk mempertahankan cintaku pada mu
Cintamu punya bukti
janji setia tiada gusar
Kalbumu penuh cinta pada ku
Tidak pernah kau berpaling dariku
Tidak pernah berjalan mendapatkanku
akan tetapi engkau pantas berlari
berlari dan berlari
Walau seakan aku menjauhi
bukan niat di hati tidak mahu mendekatimu
namun hati ini yang tidak suci
sesuci titisan embun di dinihari
Kekasih hati..
Aku mahu mendapatkan mu kembali
Dikaulah Ya Rabbi...
yang sekian lama bertakhta di hati
jangan ada cinta mengatasi cinta ini
dengan segala upaya yang ada
menagih cinta mu yang tiada tepian
Aku mahu mencintaimu..
lebih dari kucintai langit dan bulan
dunia dan seisinya..
Selamanya ..
11:55 malam
27 Januari 2008 / 18 Muharram 1429
8 ulasan:
Beautiful poem. Ain, maybe u can become a poetess :)
errr...saja cuba2..=D
erm baru 1 posting heh! :D tulis lg2 :D
hihi..InsyaAllah..rajin2lah bagi komen..ngeh3..baru bersemangat nak tules..^^
nanti masukkan la puisi best2 kat iluvislam..
huhu..puisi sy xdela hebat mana..
emmmmm best la awak pandai
Catat Ulasan