Semalam aku pergi ke Sambutan Maulidur Rasul Al-Jenderami di Dengkil. Subhanallah! Setibanya kami sekeluarga mencari parking terdapat beberapa petugas RELA dan beberapa AJK Al-Jenderami mengawal dan menunjuk ruang kosong untuk parking. Kemudiannya, aku, mama dan Kak Yang bergerak dahulu untuk menuju ke destinasi yang sepatutnya. Petugas Al-Jenderami mengarahkan kami untuk naik shuttle yang telah disediakan untuk kemudahan jemaah. Dalam hatiku berteriak
"SubhanaAllah..Jenderam dah ade shuttle dah skrg..hebat..! canggih...!"
Setelah sampai ke dataran di hadapan musolla, aku menemani mama melihat pameran. Aku xde r rase excited sgt sbb mmg da biasa da gi maulid ni sejak Form 1. Cuma aku lebih tertarik dengan perubahan demi perubahan yang dialami. Pondok Jenderam yang dulu masih segar diingatan..Amat berbeza keadaannya dengan hari ini.. MasyAllah...
Kira-kira pukul 7 semua orang sudah berkerumun menunggu ketibaan habaib dari negara serantau. Yang menjadi utama ialah penceramah jemputan Habib Hassan dari S'pore.., As-Sayyid Afeefuddin b Sayyid Abd.Qadir Mansuruddin Al-Gaylani, yg merupakan keturunan wali Allah cucu kpd Abd. Qadir Al-Gaylani..;Raja Segala Wali...dan Al-Habib Dato' Syed Umar b Syed Abd. Kadir Al-'Idrus..yg merupakan seorang ahli dalam Majlis Pemangku Raju(MPR) Terengganu. Kalau diperhatikan berita-berita sebelum ini, memang dapat tengok dia masa kecoh2 pasal MB Terengganu.. dia sorang je yg pakai serban.
Lepas magrib, dibaca Ratib Al-Attas. Amalan warisan sejak 40,000000 kurun yg lalu,.dipimpin oleh Habib Hassan. Kemudian ada Tausiyyah dari Ulama' Thailand.
Ringkasnya, aku mahu mencatatkan di sini, ilmu yang kuperolehi. Sebab abah mmg dah pesan suruh bawak buku catatan dan pena kerana katanya, Imam Shafi'e ada menyebut
Ilmu ibarat binatang liar, Jika kamu tidak mengikatnya maka ia akan terlepas
Jadi ikat ilmu ialah dengan mencatat dan menulis. Kalau tidak ilmu tu akan melayang mcm tu je. Sbb kata-kata ulamak ni ilmunya ibarat air. Mencurah-curah. jadi amat rugi kalau kita biarkan ilmu melayang mcm tu je.
jd, yng ak smpt catat, Sheikh tu ada sebut
- dengan satu dosa je kita dah boleh masuk neraka.
- Kasyaf yang terbaik ialah dimana kita dapat gambarkan dosa-dosa yang telah dibuat.
Usai tausiyyah ringkas beliau, kami menunaikan solat Isyak pula. Usai solat Isya' dibcakan maulud habsyi..Selama ni, aku xmenghayati makna di sebalik bacaan maulud ni. tp kali ni mmg aku perhatikan baik-baik. Rupa-rupanya, bacaan maulud ni menceritakan sejarah nabi. Kejadian penciptaan nur Nabi Muhammad s.a.w dan cerita kelahiran baginda. Kegembiraan yang terpancar oleh sekelian makhluk dan seisi bumi..Memang syahdu apabila maulud telah sampai kemuncak dimana semua jemaah kena berdiri. Masa tu, kalau xsilap aku maulud yang dibca dah sampai cerita nabi dah dilahirkan..Jadi semua gembira menyambut kelahiran nabi. Masa berdiri tu, petugas-petugas akan mengenakan sedikit wangian pada tangan jemaah-jemaah dan menyebur wangian ke seluruh tempat jemaah. Memang rasa meriahnya. Bukanlah meriah seperti konsert-konsert yang biasa kita lihat tu, tapi meriah tu dapat dirasai bila kita menghayati. Gementar hati ini bila menyebut kalamullah. Bukan suara kita je dengar, tapi suara budak2, suara-suara jemaah mmg bergema. Hebat. SubhanaAllah. Suara tu bagai sealiran dan sekata..
Dah habis bacaan Maulud Habsyi, Sheikh Afeefuddin bagi ceramah jap dlm bahasa Inggeris, HE said, if we do this(maulid) by all our hear InsyAllah Allah will accept all our doa. Focus all this into our heart.
Lps tu, bacaan maulid disambung lagi..dan berhenti. Kemudiannya, tausiyyah oleh Sheikh Afeefuddin lagi. Tapi kali ni dia bagi dlm bahasa Arab! mmg sedap r dengar dier ckp..
Dia kata;
- Ma yahtaju ilal majlis? Apa yang kita hajatkan dari majlis sebegini??
- Tujuan maulid ini diadakan hanya untuk membersihkan hati kita yang kotor. Dosa paling besar ialah apabila membiarkan hati kita kotor.
- Nabi diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang agung. Nabi xdisuruh untuk mengajarkan kita solah sahaja atau menunjukkan cara-cara berpuasa sahaja, tetapi AKHLAK.
- lagi dia ckp,(hadis nabi) Siapa yang mencari ilmu untuk manusia tunduk padanya, atau semata-mata untuk dipanggil ulamak, ahli sufi maka itu sudah bermakna dia menempah tiket untuk ke neraka.
- dalam menuntut ilmu, bila takder ikhlas, tawaduk, akan menjadi takabbur. Maka apabila takabbur, Allah akan mencampakkan diri kita ke neraka. MElihat sirah nabi, nabi seorang yang tawadduk. tak kedekut ilmu. Tidak pernah nabi katakan TIDAK apabila orang lain berhajat kepadanya. Biasanya, nabi akan bertungkus lumus sedaya upaya untuk menunaikan hajat orang lain. Itulah sifat nabi, yang sanggup bersusah payah untuk orang lain. Kita pula bagaimana?
- relevannya diadakan majlis maulid ni rentetan dari kisah-kisah nabi. Allah menceritakan kisah-kisah nabi terdahulu kepada Baginda untuk menetapkan hati baginda. Bermakna, menceritakan kelahiran kisah nabi kita akan dapat menetapkan, menguatkan dan menyuburkan keimanan. Nabi sendiri, selalu berpuasa pada hari Isnin, apabila ditanya oleh sahabat ; mengapa baginda selalu berpuasa pada hari Isnin? Baginda menjawab ini adalah kerana Isnin adalah hari kelahiranku. Nabi tidak pernah menyeru untuk dirinya, tidak mungkin nabi mahu berbangga-bangga dengan hari kelahirannya kerana nabi tidak akan mengucapkan sesuatu dengan nafsu semata.. Namun semua ini dilakukan demi kebaikan umat sejagat. Apa yang dikatakan oleh Nabi, tidak lain dan tidak bukan adalah wahyu belaka. Ini semua adalah rahmat buat Umat nabi selepas ini.
- Dunia ini akan hancur. Bila mana kita dimasukkan ke dalam kubur, kita akan ditanya ; Siapakah TUhanmu? Siapa nabimu? Apa agamamu? Mungkin selama ini kita dapat menjawab di dunia. tapi apabila di alam barzakh yang akan menjawab semua ini bukan lisan tetapi AMAL.
- Sebab itu, perlu kita memperbaharui iman, memperbaharui fikrah, memperbaharui puasa..
- Taat Allah dan Rasul. Dahulukan Allah dan Rasul dari yang lain. Kerana itu, maulid ini dapat memberi kebersihat hati untuk mentaatai Allah dan Rasul.
- Mentaati Baginda pula ialah mengikuti Akhlak baginda. Majlis sebegini mmg perlu dan merupakan satu urusan yang besar kerana ia merupakan wasilah pembersihan jiwa.
Initisari tausiyyah Habib Hassan
- Orang yang kasih pada Rasulullah, dia ikut akhlak Rasulullah.
- Terdapat beberapa jenis maulud. Antaranya turut bergembira di atas kelahiran nabi. Kerana semua inilah kunci kebahagiaan.
- Amat rugi bagi mereka yang tidak bergembira dengan kelahiran nabi. Malah hari kelahiran Nabi itu adalah lebih agung dari malam lailatul qadar. Ironinya, Allah meringankan azab neraka yg ditanngung oleh bapa saudara nabi, Abu Jahal pada setiap hari Isnin lantaran dia turut bergembira menyambut kelahiran Nabi..
Jadi. sekian sahaja coretan yang dapat dikongsi..Aku pun berpendapat betapa perlunya sambutan maulidur rasul ni. Memperingati kembali sirah nabi. Nyahkan saja segala suara-suara sumbang yang mengatakan ini bidaah. Pada aku, ini sahaja cara untuk memupuk cinta kepada nabi. Jangan disangkal lagi kerana sememangnya terdapat dalil dan nas2 yang kukuh telah dibahaskan oleh imam-imam terdahulu. Jika disoroti, golongan tertentu itu hanya bermodalkan hadis pasal bidaah yang dikatakan andai mengada-adakan perkara baru dlm agama maka nerakalah jawabnya. Walhal terdapat banyak lagi nas-nas quran dan dalil yang kukuh untuk merungkai segala persoalan. Aku tidak pandai berbahas mengenai ini, namun aku ikuti fahaman yang mana aku rasakan betul dan sememangnya dapat menta'qidkan lagi keimanan.
Wallahu'alam...dari diri yang dhoif dan jumud..
3 ulasan:
Syukran, atas catatan pangalaman sepanjang majlis kemuncak berjalan.
Tolong doakan kami selaku urusetia majlis agar dapat menganjurkan majlis yang lebih baik lagi tahun depan.
hmm..
kpd khadam je...
nk ucap tahniah sbb majlis dpt berjalan lancar..
kalau dpt, nak la jugak menyumbang khidmat bakti kpd yayasan jenderam ni..
ada kekosongan utk diisi x?
mungkin berkhidmat jarak jauh ke..mcm uruskn website ke..
huhu..dh kenal pondok jenderam ni dr kecik lg. ada la dlm 10 tahun lebih. huhu..rasa mcm segan je jd jemaah..nak la jugak jd komuniti..
Catat Ulasan