sudah lama
diri ini tak bermadah pujangga
namun semalam hati mahu berkata-kata
semoga kata-kata ini berbicara
kepada mereka yang mendamba
saat engkau mengenal cinta
kemudian terjatuh cinta
seterusnya mula mengejar cinta
perhatikanlah cinta di dalam jiwa
apakah engkau hamba cinta
atau hamba Pencipta?
cinta seharusnya
memerdeka jiwa
bukan memenjara
jauh sekali mengurung rasa
kerana cinta
mencetus bahagia
indah terasa
kerana cinta
menggugah jiwa
kekuatan terbina
untuk terus berusaha
walau hakikat tidak seindah rupa
namun cinta mengubah segalanya
andai cinta
engkau harap balasnya
mungkinkah benar itu cinta?
andai engkau diterima cinta
itu kurnia-Nya
tanda perkenan Pemilik cinta
sudah tiba masanya
untuk cinta itu dibaja
di daerah yang berbeza
andai engkau ditolak cinta
itu ujian dari-Nya
untuk menyucimu dari noda
untuk dikau kembali meneliti cinta
perhalusi ertinya
perbaharui nilainya
perkasakan budinya
dengan sepenuh jiwa
dan seharusnya
cukup sekadar engkau mencinta
tanpa mengharap balasnya
pasti tidak mengundang kecewa
yang ada hanyalah bahagia
kerana engkau hanyalah seorang hamba
jua kerana cintamu bukan cinta biasa
cintamu memerdeka jiwa
dari hamba kepada cinta
menjadi hamba kepada Pencipta
dan jua kerana cintamu cinta istimewa
mencinta sebagai seorang hamba
untuk meraih redha-Nya
dan Dia Maha berkuasa
atas segala-galanya
Allahu'alam.
Januari 23, 2013
Abrar baytuna
Toronto, Canada.