Bism
illah,
coretan seorang hamba yang penuh khilaf, yang tak confirm lagi masuk syurga.
pagi tadi sembang2 dengan housemate aku,husna, seputar pasal kehidupan ..
macam2 yang disembangkan ..
bila usia makin dewasa, pemikiran pun kena dewasa.. sembang2 pun bukan sembang-sembang biasa.. (ecece..ehem2..hehehe =P)
antara yang disembangkan ialah tentang dugaan-dugaan dalam kehidupan. dia bercerita kisah suka duka hidup dia. aku pulak cukup terbuka dan setia mendengar sambil-sambil cuba kasi dia pelajaran yang patut dia kutip sebagai kekuatan dalam kehidupan.
walau usia dia sebaya usia kakak aku, tapi aku rasa itu bukan penghalang untuk aku 'mendidik' dia. cuba mengenalkan dia dengan erti islam yang sebenar. bila aku tengok dia, cuba pandang dengan kasih sayang. cuba pandang dia dengan penuh akhowat..pandang dia, yang dia ni suatu hari akan jadi seorang ibu, akan ada suami, ada anak-anak. yang anak-anak tu mesti dan perlu dibesarkan dengan nilai-nilai islam. thats why even dia berbeza 'bangsa' dan bahasa dari aku, dan of course kadang2 tak senang nak explain benda2 islam yang mentarbiyyah dengan cara yang aku faham dan untuk diterjemahkan dalam english, tapi cuba je la yang sebolehnya.
dan seputar sembang-sembang hati ke hati tu, aku ingatkan dia tentang pentingnya cabaran-cabaran dan dugaan-dugaan yang ada sekarang ni untuk dihadapi dengan penuh ketabahan, kecekalan, kesabaran, dan keimanan yang tinggi.
okla. to be frank and straight to the point, lama-lama sembang, termasuklah topik kawen. usia 20-an ni sangatlah tak boleh lari dari topik ni. dan sebenarnya tak perlu lari pun. perlu hadapi, perlu terbuka.
bila aku kasi dia lecture sikit, baru aku tersedar n terasa aku ni dah matang sikit la pasal bab ni berbanding dulu. (bukan angkat bakul ye). dulu super rebina sikit
antara kita, sapa yang tak nak kawin? ada suami, ada isteri, ada cahaya mata yang comey2.. dan dia memang nak sangat kawin, tapi ayah dia kata habis belajar dulu. dan aku setuju je dengan pendapat ayah dia. (kalau mmg dah ada somebody, tu lain ceritalah.dia ni nak je kawin. tapi belum ada sapa lagi pun. cuma perasaan nak tu macam meluap2 je, sebab dia rasa sangat lonely). tapi bukan ayah dia tak nak dia kawen in fact memang nak sangat dia kawen, tapi dia nak jugak anak dia habis studi dulu.
aku tekankan kat dia, lagi 2 tahun je pun nak habis kan studi. sekarang ni lah masanya untuk persiapkan diri.
"Imagine one day you will be a mother.. if you can't handle, tackle your anger right now, you can't be patience enough, how are you going to deal that with your kids, your husband.. Life for marriage sure will be tougher than now. It's not that easy as you might think. ~ GEt married and live happily ever after .~."
"Imagine if one day you have a husband.. imagine if you can't control your anger, and your ego.. you feel so much hurt..imagine that..if you cant handle it now, learn to forgive and forget, you might suffer for your entire life with your husband. and imagine to be hurt and live with him for the rest of your life for about 30-40 years? or maybe your anger too much that can lead to divorce..is that what you want? therefore for now, it is important to think, learn,prepare yourself. How to be a good wife, how to be a good mother ..Think about it. Yes, you might be in pain for now, having so much hardships, but later insha Allah you will get a happy life for all the struggles.."
lebih kurang camtu la gaya aku cakap.. dan bebel kat dia macam2 lagi. tapi sangat stresskan kat dia, sekarang nilah masanya untuk have the mindset absorbing everything from life to get prepared for the next phase of life (insha Allah kalau ade rezeki panjang umur). be a strong person. tahan dengan ujian kehidupan.
n somehow bila ingatkan dia macam tu, diri aku sendiri sebenarnya macam dah tergerak untuk begerak ke arah tu. tersedar kejap.. oh mann imagine if I'm going to be a mother one day.. mcm2 perangai buruk ada lagi.. aishh.. rosak budak tu nanti..
n kebelakangan ni banyak dibincangankan soal peranan wanita.. role of women in nation-building la. mother of nation la. dan macam2 lagi isu pasal how women should be hero instead of 'victim'. and itu dalam subjek politic and women studies..
lepas sembang-sembang, terus rasa inspired over something..
terus terpanjang angan-angan, 'wishes2' yang dulu, impian yang mahu dinyatakan..
perasaan, fikiran yang pernah bermain-main dan semadi dalam ingatan..
cakap kat husna,
"You know what.. when I still in in high school, I really want to be full-time housewife, mother at home..nurturing and raising the kids carefully..(maybe inspired by my dad)"
I really want to be most of the time at home like my mom. I really really want not to be working at office like other typical working-women..and now I realize how I can realize this dream and make this wish come true..
*How? hehe.. *
I don't really have a thorough plan, but for now I do have some rough plan for life and I want to work for it and start getting the passion. and everytime I start to work, study, I remember the moment for my 'future' and I remember those 'dreams and wishes' that I want to fulfill and I want it to be realized. (with God's will). I knew it's hard to think about marriage. It's not that easy. It is a crucial and heavy matter that you should not take it lightly. You have to be serious as marriage is the step towards building a generation. and to generate, nurturing the kids later, it need from within. and all starts from ourselves.
ada terjumpa satu blog ni tadi, kisah cerita sepasang suami isteri ni cerita pasal macamana cara dia didik anak dia yang baru umur setahun tapi dah pandai baca ABC, alif ba ta..memang menarik jugak la. boleh baca kisah tu kat
sini.
kagumm..bila baca post tu, terasa mcm..wahhh..seronoknya dapat anak yang cerdik macam tu. ya Allah.. nak satu jugak! =p.. dan mulalah terbayang2, nak dapat anak nanti nak 'hafiz'kan dia..nak itu nak inikan dia..
well, angan-angan ni tak boleh biar angan-angan saja. it has to work from within. perlunya planning, dan paling penting OBJEKTIF. matlamat mardhotillah. (
Allahu Ghayatuna) bila muhasabah kembali, waduhh.. terasa diri ni penuh kekurangan. dengan tak disiplinnya, mutabaah amal yang rongak2.. nak anak hafiz, tapi emaknya sendiri tak 'hafiz'(tak menjaga), macamana ..?
nak anak hebat macam Sultan Muhammad Al-Fateh? aish.. kalau setakat sunat rawatib, mathurat, benda sunat2 tu pun tinggal, liat..macamana? tahajud tak yah sebut la kalau asyik bangun subuh terkejut. T.T
hu. bila koreksi balik, banyak benda perlu islah, islah, islah. bila dah dakwah kat orang, at the end all those peringatan tu sebenarnya datang kat diri balik. n sebenarnya sebelum dia jadi bermanfaat kat orang lain, yang paling bermanfaat tu pada diri sendiri jugak..
kalau dah cakap kat orang, sendiri tak buat, cakap tak serupa bikin, aishh mau tak kena laknat, kena balun dengan Allah nanti..nauzubillah (refer Surah As-Saff:2)
cakap pasal peringatan, dalam solat semalam, terasa something. masa tu solat maghrib ke isyak. jadi imam. kalau jadi imam kena baca kuat sikit la kan. bila baca kuat, kita dapat dengar bacaan tu balik jelas pada pendengaran kita dengan orang lain. aku baca surah baqarah. ayat 1-10 kalau tak silap. tiba rakaat kedua, ayat ke-6, hati terasa gerun kejap. bergetar.
bila baca cuba selami dan hayati makna dia. kebelakangan ni, dalam UO selalu je sebut2 pasal 'kekafiran'. 2 minggu lepas tadabbur tafsir surah insaan diceritakan sifat2 orang kafir. lepas tu minggu ni tadabbur surah baqarah ayat 214-216. ayat first tu sebut pasal kehidupan dunia yang terasa indah bagi orang kafir.
and apa yang gerunnya Allah memang terang-terang sebut, orang kafir ni tempat dia di neraka. akan diazab dengan dasyat. nauzubillah. back to the story, baca ayat ke-6 tu,
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
ayat yg ke-6 tu nampak macam simple je. macam common dan biasa je kita jumpa kan. macam kat dalam surah yasin, Allah ada gak cakap camni.. tapi kan, yang buat hati aku bergetar kejap tu, bila maksud ayat tu diselami lagi..
amaran = peringatan..
Allah cakap, sifat-sifat orang kafir tu sama je .. ko kasi dia peringatan ke tak kasi ke, dia sama je..
cuba baca, ulang, dan fahamkan versi lain sikit..
kalau kita ni bila dah islam, dengan belum dapat 'islam', sama je, takde beza, kita ni macam sape?
kalau kita ni join usrah, sama je macam sebelum kita join, takde berubah apa2, takde beza,kita ni macam sape?
kalau kita ni dah dapat sentuhan tarbiyyah, dah mula sedar itu ini, tapi kita tetap tak berubah ke arah yang lagi baik, malah mungkin in the state of 'denial', tak mau menerima hakikat atas segalanya, ha kita ni macam sape?
nauzubillah. dush! terasa macam satu tamparan kejap. terasa macam.. ya Allah takutnya..entah aku ni dah cukup beriman ke tak.
pilihan hanya dua.
beriman secukupnya atau tidak. takde pun pernah jumpa dalam quran atau kat mana2, separuh2 beriman, beriman sekerat-sekerat, or boleh nak beriman sikit2, beriman part-time..
huu..entah2 selama ni yang aku dok baca2 kisah-kisa yang Allah dok cerita tu..azab2 pasal orang2 kafir.. yang selalu aku ingat, orang2 kafir tu orang lain, bukan aku, dan 'mustahil la aku ni sebahagian dari orang kafir kan', TAPI boleh jadi aku sendiri tergolong dalam golongan tu sebab ada sifat2 yg ada pada golongan tu. nauzubilllah..!
itulah sifat-sifat orang kafir yang antaranya,
- membelakangkan hari akhirat (ada tersebut dalam surah al'ala kalau taksilap)
- hidup ikut acuan sendiri, ikut nafsu (tak ingat surah mana)
- dah diremind, dah diingatkan, sama je macam kasi peringatan ke tak. takde beza. (surah baqarah, yasin)
masha Allah..
ya Allah, moga hati ini terus tsabat pada hidayah yang Kau kurniakan..
hamasah yang ada pada saat ini,
kekalkanlah ya Allah.
gentar rasa ini
jangan kau lenyapkan ya Allah..
rayuan seorang hamba..
17 Cole,
12:53AM