Khamis, September 30

Pergilah sayangku

Pergilah sayangku
Moga itu yang terbaik untukmu

Tika lewat waktu
Aku merasa buntu
Namun aku tahu
Tuhan punya rahsia buatku
Aturan yang terbaik bagiku
Tarbiyyah untuk diriku

Mungkin yang kufikir baik,
bukan yang terbaik buatmu.

Maafkan aku
Atas segala khilaf dariku

Apa yang baik buatku mungkin bukan untukmu
Apa yang baik buatmu mungkin bukan untukku

Teruskanlah langkahmu sayang
walau dimana dikau berada

Demi Tuhanku
aku tetap menyayangimu
hingga akhir waktu

Saatnya tiba untuk berlaku
Hadapinya dengan penuh restu
Kerna ia ujian dari Tuhan-Mu
Maka bersabarlah demi Tuhanmu

Saatnya ku merasa haru
Dia tempat aku mengadu
Dalam doa kudus sujudku
Munajat mengharap pada-Mu
Agar masih ada rahmat atas segala yang berlaku

Pintaku hanya satu
moga ini bukan pengakhiran padamu
namun permulaan yang baru
buat diriku dan dirimu

3 ulasan:

askar berkata...

ain syg, are u okay?

Syafiq Azhari berkata...

good post indeed...a very good one

... berkata...

assalamualaikum.. pandainya ukhti menulis.. so good with words. ana harap ana akan dpt menulis sebegini di satu hari nnt. iAllah.. harap2 Allah akan berikan hidayah kepada ana. amin.

jzkk kongsi post ini.. coretan yg amat penuh makna.. ana boleh rasa dan sgt faham perasaan enti.. slalu tabah dan teguh iman ya.. =)

maas salama