Hari ni satu permulaan yang baik mengikut perkiraan aku. Alhamdulillah. Cuma meleset sikit tiba di pertengahan hari. Takpe la. Dalam banyak-banyak misi yang dicatat, paling kurang, ada 2-3 benda yang terlunas. Dalam proses mengedit artikel untuk disiarkan di iluvislam. Memang ambik masa sikit nak edit artikel kali ni sebab pengirim hantar artikel yang tak menepati kriteria yang kita tetapkan tapi isi artikel dah baik, penganalisa pulak dah approve. Cuma secara teknikalnya buat kita dalam hati menggerutu bila bacal. Takpela. Latihan kesabaran. Satu tarbiyyah tu kan di bulan ramadhan?
Masa cuba untuk mengedit dan mempersembahkan dengan sebaik mungkin, aku cuba pautkan sekali artikel-artikel dari tulisan Hilal Asyraf. Entah hati terdetik nak menjenguk laman tu setelah sekian lama jugak tak menyinggah. Sungguh setelah membaca beberapa post yang berbentuk perkongsian dan jugak motivasi serta diari hati ni tersentuh dan jugak ada yang seakan berdas-das peluru tembakan mengenai hati ni.
Banyak juga benda-benda yang Hilal tu kupas. Yang paling terkesan tentang kasih sayang, cinta,tanggungjawab dan pengorbanan.Artikel pun berkisarkan tentang 'cinta yang pasti', nak kena pulak la cari artikel yang agak2 seangkatan dengannya untuk reader iluvislam punya manfaat darinya.
Jenuh juga belek-belek artikel lama yang ada kias- kias berkaitan C.I.N.T.A. Memang penuh jugak facebook tu. sebab setap kali baca, aku akan share. n akan highlightkan part mana yang aku suka kupasan dia.
Betul. Kadang-kadang benda paling 'simple' yang selalu disebut-sebut, benda tu yang kita terlupa dan terlepas pandang.
Sekarang ni pandangan kita pada kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, ada tak dengan pandangan kasih sayang? Nak masuk syurga sama-sama, tak nak masuk neraka sama-sama?
Masha Allah. Tulisan Hilal memang terasa syurga tu macam dekat dengan kita. Ye la bila asyik selalu disebut-sebut. Di sebut-sebut bukan semborono tapi disebut-sebut tu sebagai hala tuju dan matlamat. Bila matlamat kita betul-betul syurga, memang segala tindak tanduk kita takkan lari dari nak ke arah syurga dan bukan yang sebaliknya. Nauzubillah.
Bila fikir macam tu, baru otak ni terjana, momentum terbina, nak berukhuwwah atas rasa kasih sayang tu terasa lebih ringan berbanding ukhuwah yang macam 'dipaksa-paksa' pada mula, yang mungkin awalnya terasa dia dan si dia ni tanggungjawab kita nak 'menjaga'.
Sebenarnya tak. satu benda yang kadang-kadang mungkin kita terlupa atau terlepas pandang, kita kena dahulukan diri kita dulu.
Persoalan pokoknya, kita nak tak masuk syurga? kita memang betul- betul nak ke syurga?
Kalau nak masuk syurga, takkan nak masuk sorang-sorang? Habis tu orang yang kita kenal selama ni sama-sama kita, takkan taknak bawak di sekali sama2 melangkahkan kaki ke syurga?
Soal sahabat, soal teman, soal rakan taulan, usah tengok macamna dengan kita. tapi KITA macamna dengan mereka. Tak kisah la kawan kita tak kasi pengaruh baik dengan kita, tapi kita ni dapat tak kasi pengaruh baik yang dekat dia? Yang terlebih penting tu adalah diri kita sendiri. (memesan diri sendiri)
Tak nak mereka-mereka heret kita ke nerakat (nauzubillahi min zalik), kitalah yang sepatutnya selamatkan diri kita dulu dan patut cuba menukar arus untuk ajak mereka sama-sama ke syurga/. *(easier said than done).
Tapi itulah realiti orang yang beriman. Memang susah. Tak senang. Untuk diri berubah, untuk ubah orang lain. Siapa kata senang? Tapi itulah dunia yang disediakan Allah, kan? - tempat ujian, (Al-Mulk :2) tempat berlumba-umba dalam kebaikan (fastibiqul khoirat).
insha Allah, pandang dengan kasih sayang dalam berukhuwwah akan membuahkan mahabbah yang indah, insha Allah.