Dalam kita melangkah,
terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis.
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
dan renungilah dalam diri kerana;
mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah iman
yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.
Semoga tabah dan ditetapkan iman.
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang.
DIA sayangkan kau dan aku.
DIA tak pernah lupakan kita!
Hidup ini ibarat mimpi,
kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad.
Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman,
tetapi sebenarnya suatu bentuk penyerahan diri
dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap janji-NYA.
Jangan lupa,
pada nafas sekalipun,
tersembunyi rahsia dan janji-NYA.
Percayalah!
syurga neraka..
pilih antara satu....
2 ulasan:
suka ni :)
jazakillahu khair ukhti (:
Catat Ulasan